Jumaat, 3 Ogos 2012

KRONI BESAR AL- HAJ NAJIBUN WAL PIKUM DAPAT KONTREK MELALUI AJARAN ISLAM BERPANDU AYAT MEJA




KOMENTAR TUKAR TIUB

kenapa agaknya syarikat
yang hanya ada pengalaman
membuat meter paip air
mendapat kontrek ini?

sebenarnya di belakang
syarikat meter paip ini
ialah syarikat thales
yang terlibat dalam jual
beli kapal selam scorpene

ingat?
tukar tiub ada menyatakan
malaysia juga akan membeli
loji nuklear dari peranchia

kenapa?


sama amacm kes tanah ktm di singapura
najib telah terperangkap
pasti syarikat thales dari france
ini tahu najib mengentot altantuya
pasti gambar najib dan altantuya
ada dalam tangan mereka

perdana menteri yang ada masalah
adalah perdana menteri yang lemah
perdana menteri ini akan terus kena pau

justeru telah sampai masanya
kita humbankan perdana menteri ini
dalm ke dalam tong sampah sejarah



TAK GENTAR UNTUK KE PARIS






SKANDAL GEORGE KENT-LRT AMPANG:
SURUHANJAYA DIRAJA UNTUK MENYIASAT SALAHGUNA KUASA PERDANA MENTERI

Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent bagi pembinaan tambahan laluan LRT Ampang mengesahkan campur tangan dan salahguna kuasa Perdana Menteri, Najib Razak seperti yang didedahkan sebelum ini.
Sehingga kini, beliau tidak menafikan bahawa:

1. Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam mesyuarat bilangan 1/2012 telah memutuskan bahawa Konsortium Balfour-Beatty adalah pembida terbaik dari segi harga dan kepakaran teknikal;

2. Jawatankuasa yang sama dan dipengerusikan beliau dalam mesyuarat bilangan 5/2012 telah membatalkan keputusan tersebut dan melantik Konsortium George Kent, walaupun pembida itu diputuskan tidak layak oleh penilai pakar kerana markah penilaian teknikal antara yang tercorot;

3. Daripada 8 pembida, 3 pembida adalah syarikat yang ditunjangi oleh Thales, sebuah syarikat besar dari Perancis yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan merasuah Najib dan sekutu kanan beliau; dan

4. Pemilik George Kent dilaporkan sebagai seorang kenalan rapat Najib.

Fakta-fakta yang tidak dinafikan ini secara jelas menunjukkan ada unsur-unsur salahguna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Najib dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran.

Walaupun saya telah membuat laporan polis dan saya sendiri telah disiasat polis, itu tidak mempunyai apa-apa kesan kepada keputusan yang akan melibatkan nyawa jutaan rakyat dan berbilion ringgit wang rakyat. Jelas sekali bahawa pihak polis dan SPRM tidak berkuasa untuk menyiasat Najib sehinggakan anugerah kontrak tersebut terus dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat.

Mengambil kira kegagalan pihak polis menyekat perlakuan salahguna kuasa di peringkat tertinggi kerajaan ini, saya mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat peranan dan campur tangan Najib di dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada rakan karibnya.

Lebih-lebih lagi apabila ada beberapa persoalan besar mengenai kepentingan awam yang berkait dengan kes ini:

1. Campur tangan Dato’ Seri Najib di dalam proses perolehan projek-projek negara menggambarkan kroniknya amalan rasuah dan salah gunakuasa di peringkat tertinggi negara;

2. Kemungkinan wujudnya campur tangan Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumuman anugerah kontrak kepada George Kent;

3. Persoalan mengenai hubungan Najib dengan Thales yang didakwa terlibat dengan penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglubatan pimpinan tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara.

Persoalan dan tuduhan-tuduhan ini hanya boleh dirungkai melalui sebuah Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri.

Jika Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN





1 ulasan:

  1. Syarikat George-Kent memang pakar menggunakan kemahiran memasang paip untuk memasang koc atau gerabak LRT! Kah! Kah! Kah! Landasan yang dibangunkan juga akan menggunakan batang atau paip besi! Mereka sedang membuat kajian untuk menggunakan bahan polimer atau plastik! Kah! Kah! Kah! Hebat betul syarikat George-Kent ini! Memang jaguh! Kah! Kah! Kah! Kah! Adakah mereka sama-sama di masjid mengangkat Al-Quran dan bersumpah dengan bini Rosmah? Kah! Kah! Kah! Kah!

    BalasPadam