Sabtu, 4 Ogos 2012
KRONI CUKONG REMBAT TANAH RUMAH PASONG BRICKGEILD
HABIS TANAH KERAJAAN DI REMBAT
KENYATAAN MEDIA
3 Ogos 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA
IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR
Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).
Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.
Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini:
1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?
2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?
Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.
SENGAJA DI KOTORKAN
Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?
Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.
Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
X leh tido... Tibe2 aku terpikir nama ejekan untuk BN - BAZIRAN NASIONAL.. (Org kluang)
BalasPadam