Jumaat, 24 Ogos 2012

MAHATHIR SEDAR BAHAWA DIA AKAN ADI DAKWA DI MAHKAMAH




MENANGIS TAKUT HILANG KUASA






KENYATAAN GOYAH MAHATHIR BUKTI PAKATAN AKAN AMBIL ALIH KUASA


Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/Bn tumbang menyembah bumi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan 5 negeri Bn tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim Bn hilang kuasa sebagai pemerintah. Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' Bn, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/Bn bakal kehilangan kuasa pada PRU-13.

Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.

Mungkin Tun Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa 5 kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan Bn telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.

Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin shredder. Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti'. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya Bn tumbang.

SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan survey, mendapati perubahan yang berlaku di 5 buah negeri (sekarang 4) yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran.

Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrupt malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah. Dalam keadaan regim pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat.

Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan?

Dalam kenyataannya Tun Mahathir juga cuba menyamakan Anwar Ibrahim dan Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihanraya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Tun Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya(Janji BERSIH Pilihanraya).

Salah satu para kenyataan Tun Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" - seolah-olah Tun Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno Bn, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak Bn dan mengundi 'Asalkan Bukan Umno'.



Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”. SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah - Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com



MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA




NOTA:
jangam lupa
memakai baju kuning
berkumpul jam 10: malam
di sebelah air pancut
dataran merdeka


11 ulasan:

  1. Sekurang2 chedet takdelah lari keluar negara berpuluh2 tahun macam anjing bercawat ekor tak berani nak balik macam pondan takde telor kahkahkahkahkah pengecut

    BalasPadam
  2. Manusi i ni perlu ditangkap...diadili...dan dihukum diatas kesalahan jenayah politik yang dlakukan selama 22 thn...ppemerintahanya...

    BalasPadam
  3. mamak kutty akan berak cirit dalam seluar jika putarjaya diambilalih ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  4. DAKWALAH DULU ANUWAR IBRAHIM YANG SEBAT 3 BILLION DAN AGIH HARTA NEGARA KEPADA KRONINYA DULU. DAKWALAH DULU ANUWAR YANG BERZINA DENGAN PELACOR CINA. DAKWALAH DULU ANUWAR IBRAHIM YANG MELIWAT SU DIA. DAKWALAH DULU ANUWAR IBRAHIM YANG MENIPU DAN MEMBURUK-BURUKKAN NEGARA. BUDAK-BUDAK BODOH YANG KONONNYA MAHASISWA TU TAK SEDAR KA YANG DEPA MASUK U TU PUN BUKAN PASAL ANUWAR. ANUWAR TAK PERNAH PERJUANG PUN UNTUK RAKYAT MASA DIA JADI MENTERI DAN TPM. YANG DIA TAU BEDAK DAN BAHAGI PINK FORM DAN TENDER KAT PUAK-PUAK DIA DARI ABIM. PUAK PAS NI MEMANG BODOH TAK BOLEH DIAJAR. PUAK PKR LAGI LAH TAK BOLEH PAKAI. NAK PAKAI MACAMMANA. KETUA DIA SENDIRI PUN KAKI BETINA DAN KAKI LIWAT ORANG. SEBAB TULAH TAK PERNAH RASA DOSAPUN MENIPU ORANG SETIAP HARI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko nie ..........ak ckp ko bodoh ko mrh....tpi yg sbnarnye ko nie BANGANG...klu nk bdek pn agak2lh....kalo bca utsan meloya mcm nielh otak ko...babi mahakuty sok mmpus ko ikut skli masuk kubur..kah kah kah...psal ape ada lgi manusia bnggang mcm ko nie....kecik2 xnk mpus dh tua bangke wat malu kaum je...

      Padam
    2. Chua soi lek tak kena dakwa pun....jadi presiden lagi dalam mca.. BN merestui lagi... kah kah kah...lawak lah ngko ni...yg paling banyak berburet adalah dari kalangan UMPORNO...sebab apa?...sebab dh mmg darah daging UMPORNO kaki memburet...tak percaya tanya bini rosmah..tokeh mankok hayun

      Padam
    3. Hoi mangkok..ko pnggil org umngok suh dakwa DSAI nape plk pembngkng nk bwk kes, tuduhn tu sume dr bn tp msuk mhkamah anwar xslh..ape benda ni, bukti palsu semata..lu jgn bpdoh sgt la,klu lu baca utusan ka tv 3suku ke dorg pun ngaku xde bukti...lu ni yg sangap sgt2

      Padam
  5. GILA ADA MACAM-MACAM GILA
    BUKTI MANA BUKTI..!!

    BODOH ADA MACAM-MACAM BODOH
    ADA PHD PUN BODOH..!!

    BANGANG ADA MACAM-MACAM BANGANG
    NAK NAMPAK LAGI BANGANG..
    BANGANG NAK MENDAKWA-DAKWI..!!
    BERTAMBAH2 LAGI BANGANG!!
    BANGANG KETINGGALAN KERETAPI!!

    3 BILLION DAH JAWAB
    DAH TUTUP KES!!
    DAH KELUAR STATEMENT

    APA PUNYA BANGANG!!
    KETINGGALAN KERETAPI!!
    KEMUDIAN BAGI KOMEN....!!
    NAMPAK BANGANG!!!

    BANGANG ADA MACAM-MACAM BANGANG
    BANGANG KETINGGALAN KERETAPI!!
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

    BalasPadam
  6. Jadi Cet Det takut yang PR akan hapuskan mitos yang dia adalah bapak pemodenan Malaysia, Wira dunia ke-3, induk mamak tersohor, pejuang Melayu pada hal dia adalah penganut kroni kapitalisme tegar yang telah meruntuhkan negara. Madey tak puas lagi nak klentong Melayu dan kini apabila idea dan konsep atau model pembangnannya mulai digasak oleh rakyat dan dia pula liiat nak mati , dia sedang menghadapi satu situasi yang paling menggerunkan yang dia sebenarnya adalah pemimpin palsu Malaysia selama ini seperti juga kepimpinan UMNO.

    BalasPadam
  7. Memang betul, pilih malaikat yang belum dikenali BELUM TENTU menuju kejayaan...

    TETAPI!

    pilih syaitan yang dikenali, SUDAH TENTU-TENTU menuju kebinasaan.

    BELUM TENTU dan SUDAH TENTU-TENTU banyak bezanya...

    udin rais kecut bodoh memang tak faham ni... papa gomo lagi lah...

    BalasPadam
  8. Jasa che det dlm umno yg terbesar ialah transformasi all mamak kutty menjadi Melayu...wakaksksskskskskskkaka dan pegang bnyk jawatan penting dlm umno...yg melayu bodoh dlm umno...kaki bodek mamak....btoi la kata bro hisham..bangangni mcm2..tahao melayu bingai dlm umno ni memang sejak lahir lg dah tahap bingai/bangang yg takde ubat dah...wakakkkkakakakkaka-tarzan hutan batu.-

    BalasPadam