Jumaat, 31 Ogos 2012
PAK SAMAD AKAN DI TANGLAP KERNA BACA SAJAK
SUSUN GERAKAN KITA GEMPUR GEROMBOLAN
JANJI DEMOKRASI
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!
Pak Samad
28 Ogos 2012
UNTUK WARGA DI LUAR KUALA LUMPUR INILAH SEJARAH
wow, you are the hero dear tt :)
BalasPadamDepa nak tangLap lagu mana? kah2
BalasPadamkalau pak samad ditangkap
BalasPadamlagi teruk bn kalah di pru13.
nak tanya, jamal ikan bakar
di mana menghilang.
berapa ramai orang2 dia
sudah belasah orang2 yang
menyertai janji demokrasi.
samseng taik minyak.
sambutan merdeka ada 2 versi, i bn satu lagi pakatan. mana satu lebih 'live'. bn or pakatan?
BalasPadam