Rabu, 15 Ogos 2012
PILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA
BANGUN DAN LAWAN
WARGA INTERNET SOKONG PROTES # STOP114A
Pemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Warga internet seluruh negara hari ini menyokong kempen untuk memprotes Akta Keterangan 1950 Seksyen 114A yang dipinda pada 31 Julai yang lalu berkenaan dengan internet dan rangkaian sosial.
Menurut pemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya.
“Sekiranya kempen ini hanya berada di dalam internet semata-mata, kempen ini akan hanya menjadi syok sendiri.
“Orang ramai perlu turun ke jalan raya dan membantah akta ini, kerana sekadar menutup internet tidak akan berlaku apa-apa,” kata blogger yang dikenali sebagai Tukar Tiub itu.
Katanya lagi, akta ini dipinda sedemikian lagi kerana kerajaan sudah semakin takut kerana sudah kehilangan hegemoni terhadap maklumat.
“Sejak internet menjadi medium yang besar, kerajaan sudah tidak boleh memonopoli maklumat, kerana itu mereka adakan akta ini,” katanya lagi.
Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan. Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, walaupun komen dan artikel itu ditulis oleh pihak lain.
Pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut - sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda dipertanggungjawabkan.
Sementara itu, ketua editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata, laman berita portal itu menyertai kempen ini kerana mahu menyedarkan orang ramai terhadap kelemahan pindaan akta tersebut.
“Segala beban kesalahan hanya diletakkan kepada pemilik laman web, bukan orang yang bertanggungjawab jika sekiranya sesuatu fitnah dari ruang komen.
“Jadi akta ini jelas menakutkan orang ramai untuk bersuara dan memberi pandangan atas apa yang berlaku,” katanya lagi.
Antara yang menyokong kempen ini ialah Free Malaysian Today, Malaysiakini, The Nut Graph, Harakahdaily, Keadilan Daily, dan BFM Radio.
Selain itu, tokoh-tokoh masyarakat seperti Datin Paduka Marina Mahathir menyokong kempen ini.
Ahli politik yang menyokong kempen ini ialah Datuk Saiffudin Abdullah, Khairy Jamaludin, Nurul Izzah, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, lelong.com.my, cari.com.my, Majlis Peguam, Suaram dan Sister In Islam (SIS) menyokong agar pindaan 114A ini dimansuhkan.
KITA BERSEDIA UNTUK MELAWAN
Ini jelas membuktikan Nazri Aziz bodoh serta tolol! Kah! Kah! Kah! Kah! Patutlah pulau batu putih pun diambil oleh Singapura! Kah! Kah! Kah! Menteri tolol! Kah! Kah! Kah!
BalasPadamkah kah kah kah si pengecut hishamuddin rais da mengelabah
BalasPadamkah kah kah kah kah kah kah woit, kecut telor ke????
kah kah kah kah kah da bersedia nak cabut lari lg sekali ke???
siapa suruh asyik nak buat kacau, buat fitnah kat blog sampah ko ni. padan muka ko tau pun takut kah kah kah kah kah kah
Brader TT, turunkanlah logo melancap tu, kalau nak taruk pun jangan lah sampai setiap page, susah gua nak kongsi kandungan blog ko dengan anak menantu. You made your point already, jadi tutup la sikit.
BalasPadamPemilik blog terkenal, Hishamuddin Rais, kempen ini tidak seharusnya hanya berada di dalam internet, tetapi perlu diluaskan ke demo jalan raya. — Gambar fail
BalasPadamnampak gaya, macam PAKATAN RAKYAT pun bersetuju dengan akta ni diperkenalkan.. sebab tu dia senyap pasal berdemo di jalanraya pasal menatang haramjadah ni.. JIKA BETUL PAKATAN TIDAK SETUJU DENGAN AKTA HARAMJADAH NI, SILA TURUN KE JALANRAYA...