Ahad, 12 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA



TAPAI AKAN BERMULA KEMBALI







BERAPA HARI LAGI KITA AKAN RAYA


aku telah mula mencari mercun
aku telah berhubung dengan tokan lama
sayangnya mercun ada
harga ada
tapi tak ada gambar mercun
ini yang bikin aku susah
nama mercun pelik pelik
sampai ada nama najib c4
apa jenis mercun ini pun aku tak tahu

KELMARIN
kelamrin aku tak puasa
sakit kepala bersama sinus datang menyerang
maka aku makan panadol
baru boleh buat kerja
kalau tidak terseksa

sapa yang ada migraine
pasti tahu apa yang aku tulis ini

TAPAI BERMULA KEMBALi

bukan ogos ini
tapai akan dihidupakan kembali
dulu tapai dalam off the edge
kini tapai dalam betuk baru

malaysian insider ada niat
tapi sudah terlambat
tapai telah berhijrah ke bfm
bfm radio stesen ini akan membuat majalah
ini majalah yang hanya dapat dilihat
dalam ipad dan ipod
ertinya aku sendiri pun tak dapt lihat

HANTU TAKUT IKAN PUYU




tapi kali ini tapai dalam bentuk baru
kurang tulisan banyak visul
tunggu dan nanti

kelmarin aku telah merakam episod pertama
pasar basah cow kit road
sambil membeli sambil aku merakam
aku beli:
bawang
lada
bendir
tomato
buah keras
jagung

ULAM ULAM
aku beli kerdas
aku juga beli belimbing
semua persediaan untuk episod tapai

LEPAS BESALIN SUP HARUAN








IKAN AIR TAWAR
ha hah hah
paling menarik ialah
ikan ayer tawar yang menjalar hidup
aku beli ikan hidup
dipotong hadapan kemera

ikan yang aku beli:
ikan puyu
ikan haruan
belut

wow wow ... mahal dari harga daging segar



aku juga beli buah rambutan
dan buah anggur
abang jual anggur minta aku beli
maka aku pun belilah

nanti puyu aku masak lemak pedas
haruan masam asam
dan sup belut



PETANG INI UNTUK AKU
petang ini
aku masak belut dengan minyak zaiton
caranya - masih di tahap percubaan
jiika berjaya akan di rakam kan untuk BFM
yum yum

bon apetite!



8 ulasan:

  1. Diem, xdak ipad ipod cm na nk tgk? Adoi..

    BalasPadam
  2. Isham, my comment lepas, tak appear, apa cerita!?

    Masih lagi menayangkan segala benda yang tak ada di sini. Sungguh kejam. Sini masih menggila dengan cloudberries, blueberries pun baru ranum, tapi segar! Juicy.

    Migrain....hmm, 4 hari kena attack dah di sini, summer sini humid. Hangat berwap kata orang utara sana. Sakit sebelah kanan tu dia beralih ke kiri. You gotta do what you gotta do, pop pills, smoke or just sleep, pray that you wake up with a clear rather than cloudy head.

    Untuk perempuan, dekat mense, hormon tak balance, jadinya sakit kepala. You're on the mercy of your hormones. But you?

    Thinking too much, anticipation of Raya kot? RINDUNYA suasana Raya!

    Mercun, pelita, bunga api, tadbir Raya di malam Raya, bau masakan Raya & kek di dalam oven, bau carpet baru & lagu Raya.

    Selamat Hari RAYA, Maaz Zahir Batin.

    BalasPadam
  3. Peminat kolum Tapai yg anti barangan Apple Inc12 Ogos 2012 pada 8:06 PTG

    Pardon my french tapi BABI LA KAU ISHAM! takkan Tapai untuk pengguna barangan Apple je leh baca woi!!! Elitist sial!

    Please consider the feelings of your former followers of Tapai on Off The Edge.

    sila hijrah ke malaysian insider agar semua dapat baca. atau, sila siarkan dalam TT. tak kisah la Inggeris pun walaupun blog ni guna bahasa melayu. ini bukan marah tapi tuntutan!!!

    You have 48 hours to rescind your decision or we will demonstrate on the cemetery near your home!!!

    BalasPadam
  4. elo taukeh. tu tomanlah? haruan baru sedap.

    BalasPadam
  5. aku setuju dengan Peminat kolum Tapai yg anti barangan Apple Inc

    apa kes bro? aku mana ada ipod ipad pok pek semua.
    ini tidak adil...

    BalasPadam
  6. Hi TT,

    For your sinus infection, take sea salt, not the normal cooking salt used in hawker centres or by our grandmas.

    Go buy sea salt from organic shop or large supermarkets. Even the himalayan rock or fine salt is good enough...this variety is pinkish in colour.

    Sea salt has the capability to clean out mucuous membranes so your sinuses will clear out and become infection-free.

    Do the following:
    1. Put a pinch of sea salt on your tongue
    2. Suck it like you would a candy
    3. After 5 or 10 mins, drink 2 to 3 glasses of clean water. Need plenty of water to flush our the mucous from your sinus cavities. You will feel immediate relief.
    4. Repeat the above 3X a day till your sinuses are cleared out.

    This natural remedy has helped thousands of folks.

    Try and let me know.

    You want to be bright-eyed and bushy tailed for the raya.

    BalasPadam
  7. belut goreng kunyit or sup...wat pekat sikit....tapi belut tu kena yang besaq,baru piaw.. jangan simpan lama sup tu.belendir nanti.. aku taktau la pulak cara nak kurangkan lendir... jangan gosok gamaknya.hahaha.goreng tu yang kecik2 goreng garing. besaq pon takpa.

    BalasPadam
  8. abang..nanti pausa yang kantoi tu jangan lupa ganti tau...luv u abang...ewwww....kahkahkah

    BalasPadam