Selasa, 14 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA




UCAPAN SELAMAT HARI RAYA




TAK SAMPAI SATU MINGGU

macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat berbuka puasa
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat bersahur

bagitulah hidup ini
pejalanan yang tak henti henti
detik yang telah pergi
tidak akan dapat ditangkap kembali
seribu ingatan
sejuta harapan
detik itu telah berlalu

lalu aku ingin bertanya
seperti yang telah
aku lakukan berkali kali
lalu aku ingin bertanya

sesudah ini hendak kemana
kenapa agaknya aku sampai disini

soalan hakiki
yang tak mungkin aku temui jawapan
soalan yang akan menimbulkan soalan
jawapan yang mememilik jawapan
jawapan yang memiliki soalan

maka disinilah aku
maka hadapan cermin ini lah aku
maka kau bacalah apa yang aku tulis
linkaran fikrah aku
yang menjalar jauh
dari ramadan je shawal
ke musim runtuk ke musim sejuk
musim hujan ke musim panas

jika sekiranya kita tak pernah bertanya
jika sekiranya kita tak menyoal
jika sekiranya kita hanya mengikut detik dan arus
jika sekiranya kita hanya bernafas
apakah indahnya hidup ini?

PETANG INI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
aku mengucapkan lebih awal
aku mengucapkan 6 hari sebelum raya
aku mengucapkan keriangan untuk semua
aku mengucapkan kegumbiraan untuk seluruh umat di dunia
aku mengucapkan setiakawan sepanjang masa
aku mengucapkan kesejahteraan umat manusia

aku mengucapkan semua akan makan tapai!

PUYU MASAK GULAI LOMAK TEMPOYAK


PETANG INI AKU MASAK
petang ini aku masak
iakan puyu dengan temnpoyak
aku tak pakai kelapa
aku pakai susu

puyu ini aku beli ahad dahulu
ketika aku merakamkan klip
puyu ini besar daru puyu yang
pernah aku panncing

petang ini juga aku merebus jagong
kali ini aku tidak terlupa
memasukan garam ketika merebus

buah buah telah habis
aku tidak ke pasar
kerana esok
aku akan pergi ke pasar
yang paling spesial

tunggu laporan aku!

REBUS JAGONG LA PETANG INI



PETANG INI REDUP BERBAHANG
tidak bagitu panas
tidak bagitu terik
ketika aku mengetik ini
semua senyap
yang akau dengar hanya putaran kipas

murai entah kemana?
salakan ajing entah ke mana?
kokok ayam hutan entah kemana?

kenapa semuanya senyap
mungkin dunia memberi tanda hormat
kepada kita semua agar kita
berjanji pada diri sendiri
untuk menjadi manusia yang baik

SELAMAT HARI RAYA LEBIH AWAL




9 ulasan:

  1. penuh bermakna tulisan tt hari ni.
    ada banyak yang tersirat dalam yang tersurat.
    terima kasih kerana menceriakan hari-hari saya dengan tulisan tt saban hari.
    selamat hari raya

    BalasPadam
  2. TT, kau betul-betul menyertai amalan puasa ini memandangkan setiap hari membicara momen persiapan nak berbuka dari bertawaf gerai pasar malam mencari bahan yang paling best untuk berbuka puasa. Tidakkah kau merenung berapa ramadan yang kau atau seangkatan dengan kau akan menemui ramadan akan datang? Apakah kau sudah dapat menikmati hasil daripada puasa selain daripada merasa perut tak sedap pada ketika waktu sarapan pagi atau waktu sarapan tenghari yang waktu itu tidak boleh makan? Mungkin kau dapat kesan rohaniahnya yang tak boleh diungkapkan bagi meyakinkan golongan yang logikal dan rasional. Atau kita berpuasa ni kerana kita dah terikat dengan tradisi sejak kecil lagi kita dan mula berpuasa bersama keluarga.
    Hairan pada bulan puasa ini orang Islam di timur tengah berperang, berbunuh-bunuhan, banyak negara kafir dan Islam dilanda malapetaka yang mana ramai tewas termasuk yang yang tak berdosa dan kanak-kanak. Tidakkah kau rasa keliru yang pada musim bulan baik, mulia ini kuasa ghaib bagaikan menduga kita habis-habisan?

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum wbt
    Bila ada janji tak setepat waktu sholat tiba
    Bila ada serangkai kata dusta
    Bila ada prasangka tak seindah serangkaian do’a
    Bila aku teman,sahabat atau keluarga yang tak sebaik suara adzan bergemah
    Bila ada kata lara yang masih membekas dihati
    Bila hati tak sebening embun pagi
    Bila wajah tak secerah mentari
    Bila ada tingkah laku tak sebaik bacaan qur’an
    Bersikan jiwa dan
    Sucikan hati
    Di hari yang fitri ini
    Tak ada kata yang baik dan bijaksana selain
    Memohon dan memaafkan atas segala salah dan silap
    Taqabbalallahu minna wa minkum…taqobal ya karim…

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya isham .., kau blk jelebu ke nnti ..

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya...kalu tt ke trengganu,jgn lupa brbuka puasa di tepi pantai..pntai kmasek,pntai rhu muda..best bangat..inform gu..

    Mr lj

    BalasPadam
  6. belajar ilmu tuhan bro,kalau komunis tiada tuhan,kalau belajar ilmu mati ada bro tak ada tuhan,ada tuhan tak ada bro dan sey...pilh lah mana satu...sesat ye manusia hanya dihujung halaman bos eh.org yang berani sesat la akan jumpa jalan ke mencester...

    BalasPadam
  7. Siapa yg sesat? Yg sesat ialah kebanyakan pengomen yg menulis / mengkritik dlm blog ni! Sesat dlm mentafsir mesej yg tersurat dlm sesuatu penulisan disebabkan olh daya pemikiran yg cetek, tdk kreatif, kurang menggunakan daya fikir dsbnya. Tdk perlu 4 degree & 1 phd utk memahami intipati penulisan TT, yg diperlukan cuma sebijik otak & akal...

    BalasPadam
  8. Bang Tukar tiub mana nak cari t-shirtnya 30 ogos ni..baru best nak pakai raya

    BalasPadam
  9. CMA CGM BOURDELAIRE15 Ogos 2012 pada 11:14 PG

    mas TT...perjalanan kehidupan yang berliku...ranjau sepanjang jalan...terus dan teruskan perjuangan tuan...tiada noktah...saya mulai perjalanan di JURONG outer port limit...meredah laut china selatan....lautan india...lautan pasifik....lautan atlantik...laut mediterranean...sesungguhnya indah belaka dunia ciptaan tuhan...SELAMAT HARI RAYA untuk mas TT dan TIM TUKARTIUB....

    BalasPadam