Jumaat, 3 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA




AYAM HUTAN CANTIK DAN LIAR




TELAH DUA MINGGU KITA BERPUASA

hari ini di kuala lumpur redup
jerebu disana sini
tadi aku ke kuburan
berjalan dengan jai dan ezi
aku ternampak seluruh kuala lumpur jerebu

kita membayar harga mahal
untuk modeniti

kita membayar harga malah
untuk keselesan

kita meracun diri kita sendiri

PETANG INI DI TANAH PERKUBURAN

burung pipit uban
burung pipit padi
balam dan terkukur
burung onget bumi
burung ayam ayam
dilembah kuburan ini
adalah dunia mereka

anak anak sungai
laluan ikan ikan
rancak menari nari
anak anak air meremaja
belalang dan kupu kupu

PIPIT UBAN


apa akan jadi pada wilayah ini
apabila dibangunkan bangunan
di tapak lapangan terbang sungai besi



TERKUKUR DAN BALAM


apa akan jadi bila tanah
seluas ini menjadi rebutan
apa akan jadi dengan ayam denak
apa akan jadi dengan ayam hutan
apa akan jadi dengan helang dan ungas
yang rumah rehatnya ialah batu nesan

apa akan jadi
bila semua menjadi simin dan batu
apa akan jadi bila
mata mata air ditutup
apa akan jadi kepada
600 hektar tanah kuburan ini





ULAR ULAR DAN ULAR
dua malam dulu
lewat pagi jam dua
aku dalam perjalanan pulang
dari pekan brickfeild
aku terserempak dengan ular sawa
cantik indah besar dan panjang
sedang melintasi dari paya kubur
untuk ke satu wilayah yang lagi subur

apakah ular ini tahu
waktu yang terbaik
melintasi jalan ialah lewat pagi
dimana kereta tidak ada
yang ada hanya aku pejalan kaki

BERBUKA - SELAMAT BERBUKA
hahah
seperti aku katakan
hidup seorangan memang enak
tapi yang tak seronok
petang ini aku makan
semua yang aku beli kelmarin

kueh yang sama
malah masih ada lagi
sambal undang petai

SINGGANG IKAN UNTUK PETANG INI



buah buahan pun masih yang sama

tapi ada penambahan
aku masak singgang ikan terubuk
hahah
hahah
lengkuas
halia
serai
bawah merah
bawang puteh
lada

singgang adalah masakan terbaik
tanpa minyak

NOTA:
siapa tahu dimana singgang
terbaik di kuala lumpur
kalau tahu tempatnya
maka boleh dinobatkan
sebagai foodie





11 ulasan:

  1. Tt ko x balik kg kt jelebu ke ramadhan ni? Kt kg lg syok tt buke pose.

    BalasPadam
  2. aduhaii..kelaka beb! Wakakaka

    BalasPadam
  3. Singgang best kat chow kit,aku lupa exact location tapi kau masuk ikut simpang restoran kudu,terus je ke belakang ada kedai singgang orang kelantan.kepada aku rumah makan ikan singgang tu yang paling best kat KL.

    BalasPadam
  4. singgang masak sendiri yang tersedap, kata bini aku. nanti bila dia masak, aku bagi kat kau sikit, TT.

    sri hartamas

    BalasPadam
  5. Kalau singgang pon nak cari kat gerai memang melampao la tuu..

    Tu la, lain kali nak merasa kueh banyak jenis, ambik sejenis seketul je, ok?

    BalasPadam
  6. mana nak cari periuk kera..ko kompom lum pnah mkn tt..kah kah kah

    BalasPadam
  7. singgang terbaik di kg pandan.lu tanyaitu sabri yunus

    BalasPadam
  8. nak ko dio balik?? jalan klawang pun dah lupo agak eh. kalo turun klawang boleh kito lepak kek kodai no.8. yeeehaaaaaaaaa...!!

    BalasPadam
  9. INi berita dari CHINA:
    "Kenyataan dari Zonglang, daerah di kawasan Kashgar, menyatakan ‘jawatankuasa daerah mengeluarkan dasar menyeluruh bagi mengekalkan kestabilan sosial ketika Ramadan.

    “Adalah dilarang bagi anggota Parti Komunis, pegawai awam (termasuk yang sudah bersara) dan pelajar berpuasa.”


    Amacam kaum komunis tegar kat Malaysia???????

    BalasPadam
  10. Hisham, kau boleh tak ambil
    gambar ori guna phone ke camera kau?
    ni kau rembat kat google tak ori le!!
    aku nak tengok lauk yang ori yg kau masak!! kah kah kah kah..

    BalasPadam
  11. kat chow kit..mcm brader atas ckp..mmg sedap....ko g r ranggah skali...try tgk...

    BalasPadam