Rabu, 8 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA

HARI YANG PANAS TERIK

jerebu masih ada kelihatan
panas terik
aku tak keluar rumah

MALAM KELMARIN
mencari ambience raya di chow kit
terperanjat kerana tahun ini tak gila sibuk
mungkin seminngu lagi
tapi di batu road
jelas banyak ruang kosong

tak ramai orang
malah laluan bundle
daj tutup bila kami
sampai ke sana

mungkin membeli dan membeli
di saat saat akhir
mungkin simpan duit
dah kumpul pergi olympik
di brazil 4 tahun nanti

INI PETAI TERBAIK




JERING DAN PETAI
dari lrong bundle
masuk loring sayuran
aku beli jering muda
aku beli petau tua
durian pun bayak
tapi tak selera

petai aku rebus
buang kulit kemudian
aku simpan dlam minyak zaiton
ertinya setiap kali aku makan
aku tidak pernah tidak ada petai

guhna minyak zaiton ini
belajar dari awek italian aku
yang bubuh lada dan bawang dalm
minyak zaiton

opps... tercerita pulak awek italian
batak puasa tak?
kah kah kah

JERING MUDA TERBAIK


MAKAN SAHUR RESTORAN TIKUS
aku beri nama restoran tikus
kerana lama dulu ketika
restoran ini selalu aku nampak
tikuis berlari lari

aku suka restoran tikus ini
masakan melayu
tapi yang penting banyak ulam
ada petai
ada petai rebus
ada petai bakar
jering muda
daun silon
rebus terong belanda
dan dan dan

ada sambal tempoyak
ada sambal bacang
ada sambal belacan
dan dan dan

puluhan masakan untuk
jadi pilihan

aku hanya makan gulai ikan
ulam petai
jering
peria katak rebus
terong rebus

minum air suam sahaja

harga di restoran tikus
agak demokratik

BERBUKA PETANG KELMARIN
tak nak cerita
kerana minah cun itu
tak sampai
aku tunngu punya tunggu
tapi tak datang

kemudian pagilan datang
rupa-rupanya masih diluar kl

buat janji lagi

apakah aku kecewa?
apakah aku bersedih?
apakah agaknya perasaan aku ?

UDANG GALAH DARI BERUNAI


PETANG INI
aku masak udang galah
hadiah dari kawan yang bekerja di berunai
besar dan amat besar

aku masak cara negori
kunyit tapi tak ada kelapa
tapi tidak pedas
ini intrepretasi aku









6 ulasan:

  1. alamak abg TT, awek di tunngu x mai ke smlm? termasuk dlm list gagalist lg la taun nie yer.. kekekekekeke

    BalasPadam
  2. keciowaaa..hahaha

    BalasPadam
  3. kesian tt.
    lain kali janji dgn aku la.
    confirm datang.
    kah kah kah

    boleh bagi detail resepi kau masak udang galah macamana?

    BalasPadam
  4. Biar jauh kau berjalan, tetap utuh kampung di jiwa. Asal makan mesti nk berulam, petai jering mmg tak boleh lupa. Syabas! (bukan syarikat air, ini adalah pujian.)

    BalasPadam
  5. CMA CGM DON CARLOS9 Ogos 2012 pada 2:07 PTG

    awek italy pergh....mas TT jumpa di mana GENOVA ...BORDEAUX....atau LIVORNO...cayalah

    BalasPadam
  6. puasa tak batak, sebab memang tak puasa.

    BalasPadam