Selasa, 28 Ogos 2012

SIAPA NASHARUDIN MAT ISA? TULISAN TUKAR TIUB SATU TAHUN DAHULU



KOMENTAR TUKAR TIUB

akhirnya nasharuddin mat isa
akan meninggalkan parti pas

pada ketika ini sedang mengintai
kerja-kerja jual agama yang
masih ada kosong

ini juga bukan satu pekara baru
pernah dahulu setiausaha agung pas lari
jadi pengarah yadim

bila kerja jual agama telah ditemui
maka nasharuddin ini akan pergi

tak percaya?
tunggu dan lihat



TUNGGU KERJA KOSONG JUAL AGAMA



NOTA
lebih setahun dahulu
tukar tiub telah kenal
siapa dia nasha ini

sekilas nasha dalam hotel lima bintang
sudah tahu betina mana akan dilanggan


MAJLIS SYURA DISARAN GUGUR KEANGOTTAN NASHA
- malaysia kini

Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.




sila baca tulisan yang keluar 1 jun 2011


POLITIK DAN GARIS POLITIK

Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.

Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.

Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin.

Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.

Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.


Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.

Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.

Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.

Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat.

Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.


Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas.

Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.

Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.

Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli.

Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.

Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.

Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah ‘tagline’ untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas.

Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.


Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.


Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu

Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.

Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.

Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.

Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.

Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.

Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.


Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT)


MALAM 30 OGOS KITA BERHIMPUN



8 ulasan:

  1. Tapi kini nasib Nasaruddin tetap akan melalui seperti Ustaz Nakahei keluar dari PAS dan masuk UMNO dan menjadi 'ulama' pada UMNO yang akan mencari kesilapan tindakan PAS yang tidak mengikut fahaman al sunah wal al rasuah. Hairan bagaimana Nasaruddin berjaya memasuki PAS sehingga menjadi orang kesayangan Ustaz Fadil Noor dulu sehingga belangnya baru disedari setelah dia merintis jalan agar PAS dan UMNO bersatu atas program perpaduan Melayu.
    Ramai ahli PAS sulit nak faham perpektif kelas, sistem minoriti penindas dan majoriti tertindas kerana dalam Islam tiada penjelasan terhadap perpektif itu. Ramai ahli PAS yang bersifat ritualistik yakni memegang teguh dengan aktiviti ritual dalam bahasa Arab dan sujud pada Illahi.

    BalasPadam
  2. ramai ahli PAS bukan sujud pada ilahi tapi sujud taat pada Karpal Singh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah, kau tu yg sujud pakai otak, fikir pakai bontot.. Kahkahkah bodoh x bole diajar, Mak bapak kalau da sundal, Anak mcm kau la jawabnya.
      Kahkahkah kahkahkah

      Padam
  3. Nasa naik kerana satu budaya yg terdapat di semua parti iaitu budaya BODEK.Awas budaya bodek adalah penyakit dalaman yang bahaya dan Akan berjangkit jika tidak dicegah.harap tt dapat mengupas lanjut tentang cerita bodek.

    BalasPadam
  4. TT pernah dihentam oleh pemgomen2 sini bila kupas soal ni, sama macam bila dia tulis pasal Azizan MB Kedah awal tahun ni. Sayangnya ramai manusia terutamanya Melayu Islam tak faham2 mengenai class struggle atau pertentangan kelas dalam sistem ekonomi kapitalis. Sama ada seseorang itu ulama atau tidak, itu bukan soal utama. Asyik2 dgn pemikiran "beliau ni ulama, kamu jgn persoalkan atau kamu ni komunis anti Islam"

    BalasPadam
  5. Ahli PAS yg haq akan sujud pada Allah dan melaksanakan salah satu perintah Allah, iaitu menolong org miskin yg tertindas, dan melawan kekejaman golongan kaya yg jahat.

    Malah kalau kita lihat dari sejarah para anbiya, byk pengikut2 mereka dari kalangan golongan tertindas, sementara byk org kaya menolak para anbiya' ini. cthnya, Nabi Nuh a.s.

    Sementara UMNo pulak bukan sujud pada Allah, tapi hakikatnya mereka sujud kat Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan 'dewa2 kekayaan' yg akan memberikan 'pahala' berupa projek2 haram, komisen, dsb kpd mereka. Mereka bukan berjuang demi rakyat tertindas, tetapi berjuang kerana nak kaya dan mendapat 'pahala' dari 'berhala2 kekayaan' ni.

    Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, dan Syed Mokhtar adalah bagaikan Laat, Uzza, Manat, dan Zul Kaffain bagi org2 UMNO.

    Kahkahkahkahkah!!!! :p

    BalasPadam
  6. Pembetulan. Vincent Tan, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, dan Syed Mokhtar adalah bagaikan berhala Hubal, Laat, Uzza, dan Manat bagi org2 UMNO.

    Kahkahkah!!! :p

    BalasPadam
  7. Tanpa nama 3:17 ptg, jgn marah2. Ayat meroyan mencarut2 macm ParpuGomo. Tak profesional lgsung.

    Jgn jadikan mentaliti anda rendah macam cai2 UMNO. kahkahkah

    BalasPadam