Sabtu, 18 Ogos 2012
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI PARTI KEADILAN RAKYAT
KERAJAAN BARU MALAYSIA 2013 - PAKATAN RAKYAT
PERUTUSAN HARI RAYA DARI PARTI KEADIKLAN RAKYAT
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd
Begitulah syahdunya seruan takbir dan tahmid di pagi 1 Syawal. Pastinya perasaan syukur ke hadrat Ilahi itu memuncak di kala kita semua bergembira menyambut kedatangan Syawal.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang tercinta. Semoga kehadiran Syawal terus memperkukuhkan perjuangan kita mempertahankan hak dan keadilan rakyat.
Ramadhan yang baru berlalu, sesungguhnya telah menunjukkan kita kembali arah fitrah kehidupan manusia yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. Bahkan Ramadhan jugalah mendidik kita untuk menjadi seorang muslim yang bersungguh sungguh mencari keredhaan Illahi.
Dalam kita menyambut kegembiraan Syawal, marilah kita bersama-sama berdoa akan keselamatan saudara kita yang kini berdepan dengan tekanan dan kezaliman daripada mereka yang tidak punyai nilai kemanusian. Doakanlah keselamatan dan kesihatan saudara kita di Rohigya, Syria, Palestin dan juga seluruh umat Islam di merata dunia yang sering ditindas.
Tidak lupa kepada rakyat Malaysia juga yang terbeban dengan harga barang yang mahal, keselataman awam terutamanya ibu-ibu dan kaum wanita yang mejadi mangsa jenayah ragut, rogol, bakar dan bunuh. Semoga Syawal ini kita semua bersama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga, Insya Allah.
Selangor juga tidak ketinggalan untuk terlibat sama dalam musim perayaan ini. Sumbangan dan bantuan terus diberikan kepada rakyat tanpa membedakan fahaman agama dan politik. Di samping itu KEADILAN juga terus dengan agenda membela rakyat dengan kempen terbaru untuk menurunkan harga kereta. Ini secara tidak langsungnya akan membantu peningkatan ekonomi rakyat. Oleh yang demikian, matlamat untuk menurunkan harga minyak, kawalan harga barang akan lebih terancang untuk dilaksanakan kelak.
Akhir kalam, dari saya dan seluruh kepimpinanan serta ahli KEADILAN, kami ucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin. Semoga Syawal ini diiberkati Allah. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, pastikan kenderaan diperiksa sempurna. Pandulah dengan sabar dan berhemah agar kegembiraan Syawal dapat disambut dengan keluarga tercinta.
Selamat Hari Raya Eidulfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
PERUTUSAN EIDUL FITR 1433 H
Syawal yang menjelang adalah keraian kepada kemenangan ruhiyyah. Kemenangan setelah umat Islam keluar daripada Ramadhan yang menjadi medan tarbiyyah ruhiyyah serta kejayaan menundukkan hawa nafsu serta mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan untuk mendapat keredhaanNya.
Perjuangan sepanjang bulan Ramadhan yang berlalu kini disambut dengan Eidul Fitr yang bermakna kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia yang bersih dan suci. Terdapat dalam fitrah manusia juga adalah semangat keadilan dan kebencian kepada kezaliman. Maka merayakan fitrah juga bermakna merayakan semangat keadilan dan menggilap iltizam menentang kezaliman. Sesungguhnya perjuangan melawan hawa nafsu dan memperbaiki diri ke arah kebaikan merupakan jihad yang dituntut oleh Islam. Namun, Sheikh Yusuf Qardawi dalam Taurah Sha'ab turut mengingatkan kita kepada hadis yang menyebut bahawa :
"Sebaik - baik jihad adalah menyatakan kebenaran pada penguasa yang zalim"
(Riwayat Imam Ahmad)
Justeru saya menyeru para pencinta kebenaran agar memperkukuh tekad perjuangan yang kian bersemarak ini. Kita harus sedar negara Malaysia ini harus diselamatkan daripada budaya rasuah, fitnah serta ketidakadilan yang merosakkan jalinan ukhwah dalam masyarakat. Nilai moral dan akhlak yang baik perlu dipupuk agar mengembalikan kemuliaan insan yang kian tercemar.
Kemuliaan Insan, atau Dignity of Man merupakan tema utama yang diungkapkan pemikir Islam seperti Ibnu Qutaibah yang kemudiannya mempengaruhi pemikir utama zaman Renaissance iaitu Pico Della Mirandola. Tidaklah lengkap "weltanschauung", pandang dunia pemikiran manusia sekiranya tidak meletakkan peranan insan atau manusia sesuai dengan fitrahnya. Hasrat ini pastinya merentasi sempadan keyakinan, warna kulit mahupun ras.
Oleh kerana itu tidaklah salah menjelang sambutan Eidul Fitr, hari kemenangan menawan nafsu serta kejahatan, hari insan kembali kepada fitrah iaitu kepada kebaikan, kita bersama-sama merenung tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 yang disaran Pakatan Rakyat; Sebangsa Senegara Sejiwa. Apatah lagi Sambutan Kemerdekaan ke 55 kali ini juga dalam bulan Syawal. Tema tersebut sejajar dengan gesaan fitrah sekaligus mengangkat harakat kemuliaan insan kerana ianya meraikan persamaan dan menerima perbezaan. Bukanlah asing terutamanya buat umat Islam untuk meraikan persamaan antara mereka yang punya keyakinan berbeza dan ras kerana pesan Al Quran untuk kita saling kenal mengenali; Li Taarafu dan Kalimatus Sawa. Dengan semangat ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama boleh mencipta zaman baru, satu Renaissance bangsa Malaysia.
Akhir kata, saya dan keluarga mengucapkan salam eidul fitr kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia. Semoga kemenangan ini menguatkan azam dan tekad kita untuk bersatu demi rakyat dan menegakkan keadilan.
Minal 'aidin wal faidzin, maaf zahir dan batin.
Eid Mubarak
Mohamed Azmin Ali
Azan berkumandang
BalasPadamAnwar dan Azmin
Ketupat dan Rendang
Lawat dan AisKerim
Kakakakah
endan
BalasPadamterbarai gelak. geli sial aku baca perutusan Azmin Ali. lancau laaa sebut pasal renaissance. nak tunjuk konon intelektual la tu kah kah kah
Terbarai gelak. Geli sial aku baca komen dua org di atas. Mungkin seorg tu mangsa liw*t & seorg lagi tu la*caunya lembek...kah..kah...kah... Menunjukkan kedua2nya langsung tdk mempunyai ciri2 keintelektualan...kah..kah...kah...!
BalasPadam