Khamis, 20 September 2012

APA JADI KALAU MINYAK PETROL HABIS?








RADIO BANGSAR UTAMA
membuat siaran terus menerus
dari taman melewar malam esok!



NASIB DUNIA TANPA MINYAK Yahoo! Malaysia Newsroom – Thu, Sep 13, 2012


 Harga minyak naik lagi. Dari data dan maklumat, jelas terbukti harga minyak Ron 97 telah berkali-kali naik. Pada bulan Julai 2010 harga minyak Ron 97 untuk satu liter hanya RM 2.10 sen. Pada tahun 2010 harganya naik 3 kali. Pada tahun 2011 harga naik 5 kali. Tahun ini ianya telah naik 3 kali untuk menjadi RM3 untuk satu liter.


 Saya tidak membantah kenaikan harga minyak. Malah saya juga menyokong kenaikan harganya. Ini bukan kerana saya tidak memiliki apa yang dipanggil — jejak kaki karbon atau 'carbon footprint'. Atau kerana saya tidak memiliki kereta. Atau kerana saya tidak pandai memandu kereta.

 Saya menyokong kenaikan harga minyak kerana sebab-sebab yang lain. Saya ini memiliki pandangan yang paling minoriti dalam hal minyak. Malah, saya melihat dasar minyak yang sering dilafazkan oleh para pemimpin politik tidak betul dan tidak memiliki asas ekonomi. Malah dasar menurunkan harga minyak itu akan membawa mudarat berjangka panjang untuk kita semua.

  baca seterusnya disini: http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/nasib-dunia-tanpa-minyak-055142627.html

3 ulasan:

  1. Bro TT pernah jalan2 di Singapura dengan menggunakan pengangkutan awam?? Sangat berbeza pengangkutan awam di Singapura dengan Malaysia, Singapura punya pengangkutan awam canggih setaraf Eropah, MRT, LRT, komuter etc, tak guna kuasa petroleum tapi elektrik. Utk kebaikan orang ramai bersama utk masa jangka panjang harap pembinaan MRT oleh kerajaan di sokong Pakatan. Kalau pun pakatan ambil alih kerajaan, usaha MRT harap boleh diteruskan, ia boleh di"sosialis"kan...

    BalasPadam
  2. aku ulang alik pergi kerja naik basikal je. jarak lebih kurang 30km

    kalau hujan atau travel dgn anak isteri baru bawak kereta. aku cuba untuk menyumbang sebanyak mungkin untuk tak cemarkan alam sekitar.

    setakat ni itu jaa yg aku mampu buat.
    nak beli kereta hybrid, mahal mcm sial.

    BalasPadam
  3. Harap kerajaan pakatan membenarkan kemasukan kereta elektrik dari China

    BalasPadam