Selasa, 18 September 2012
FILEM DI UBAH SUARA DAN UBAH NARATIF
LAKONAN ATAS LAKONAN DAN LAKONAN
EKSPLOITASI TERHADAP KEMARAHAN UMAT ISLAM
KEADILAN mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims - Muhammad Movie yang dilakukan oleh Sam Bacile, seorang warga Amerika. Filem tersebut adalah cerminan keangkuhan dan kebiadapan musuh Islam yang secara tuntas menghina Nabi Muhammad S.A.W serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia. Jelas, filem ini gagal menyuburkan nilai - nilai sejagat yang menghormati kepelbagaian agama. Malah saya yakin filem ini berniat jahat untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan perasaan Islamophobia di kalangan warga dunia.
KEADILAN mendesak Amerika Syarikat supaya segera bertanggungjawab untuk mengutuk jenayah ini dan mengambil usaha proaktif untuk mewujudkan keamanan dunia dan mengikis persepsi yang buruk di kalangan umat Islam.
KEADILAN juga mencela pembunuhan yang dilakukan terhadap Christopher Stevans, Duta Besar Amerika Syarikat ke Libya beserta 3 orang pegawai kedutaan dalam rusuhan di Benghazi, Libya. Kami menyeru umat Islam supaya bertenang dan tidak bertindak melampaui batas kemanusiaan dengan melakukan keganasan melampau. Keganasan yang dilakukan hanya akan memburukkan keadaan dan membentuk persepsi buruk dan negatif terhadap umat Islam.
Justeru KEADILAN mengajak umat Islam seluruh dunia untuk bertegas dalam mempertahankan kesucian Islam dan baginda Rasulullah S.A.W tetapi pada masa yang sama menghargai keamanan dan tidak menghukum individu lain yang tidak bersalah.
KEADILAN bertegas untuk mengingatkan semua pihak supaya tidak mengeksploitasi kemarahan umat Islam yang kian membara sehingga menghalalkan keganasan serta jenayah pembunuhan.
KEADILAN juga mengingatkan supaya rejim diktator seluruh dunia supaya tidak sekali - kali mengeksploitasi kemarahan umat Islam dengan menyekat kebebasan rakyat khususnya kebebasan untuk mendapatkan maklumat.
Kita yakin di atas kesedaran dan kematangan rakyat maka warga dunia memilih untuk menolak dan mengecam filem tersebut kerana bertentangan dengan nilai - nilai masyarakat. KEADILAN mendukung pemikiran Islam yang menjamin hak asasi rakyat. Kepimpinan yang menyalahkan kebebasan di atas penerbitan filem tersebut adalah kepimpinan yang anti demokrasi dan anti kebebasan rakyat serta mengeksploitasi kemarahan rakyat untuk menutup ruang demokrasi demi kepentingan politik.
Justeru, KEADILAN mengajak dan menyeru umat Islam seluruh dunia supaya melawan jenayah serta dakyah yang dibawa melalui filem tersebut dengan melaksanakan program - program pendidikan yang berteras kepada tuntutan agama dan nilai - nilai sejagat. Islam adalah agama yang tidak mempromosikan keganasan, malah Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan mengiktiraf kepelbagaian dengan konsep li - taraafu yang dianjurkan al Quran.
Salam keamanan
Mohamed Azmin Ali
PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:
radiobangsarutama@gmail.com
...kadang2 difikir, direnung dalam2, bagus gak filem ni, bagus bukan sebab ianya bagus, bagus sebab ianya 'hampas/hampeih' kerana dengan 'kehampasan'nya telah mencetuskan atau menampakan satu 'KEBERSATUAN' DIKALANGAN SEMUA PENGIKUT MUHAMMAD SAW/ISLAM, TANPA MENGIRA FAHAMAN, SUNNI KE? SYIAH KE? WAHABI KE? ATAU APA2 SAJA LAH?...ISLAM NAMPAK SATU DAN PADU
BalasPadamKenape Perkasa tak serang kedutaan Amerika kat K.L. Takde telor ke? kata nak bela islam.Hmmm...semua ahli perkasa gangster taik kucing pondan takde telor..Kah..Kah..Kah...
BalasPadam