Rabu, 19 September 2012

GERAKAN ANTI NAJIB SEMAKIN MEMBESAR



KOMENTAR TUKAR TIUB


mengapa agaknya gambar ini keluar
walau pun kenduri itu satu minggu dahulu

apa maknanya?

maknanya:
ini adalah projek
nak malukan najib

gambar ini sengaja dikeluarkan lagi
walau pun keduri ini telah lama berlangsung

ini sabotaj dari tim anti najib

ertinya:
dalam media milik gerombolan
ada pengarang dan ketua pengarang
yang tidak suka pada najib
atau lebih tepat lagi
orang muhyiddin


ertinya nst pro muhyiddin
ertinya utusan meloya pro muhyiddin


PAKATAN RAKYAT WAJIB WASAPADA
telah wujud rancangan
untuk tolak najib sebelum pru13
jika najib kena tendang
pakatan rakyat dalam bahaya


muhyiddin lebih cekap dari najib
muhyiddin lebih berani dari najib
muhyiddin kurang rasuah
muhyiddin ada ramai penyokong dari najib

yang amat penting muhyiddin berani
dan tak takut pada bini

GAMBAR TIPU INI KELUAR LAGI




WARGA MAYA DAKWA FOTO ORANG RAMAI DI MAJLIS NAJIB DIUBAHSUAI - mkini

Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Najib Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno’s success in polls’ di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise, mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.









PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com





4 ulasan:

  1. Tukar Tiub has good sense of humour. To pit TPM against PM needs better stuff. Pity you ran out of ideas. No class. The people will not be easily fooled by substandard spin. Is that all you got dude?

    by Mr.Tukar Tayar.

    BalasPadam
  2. What we've got here is failure to communicate
    Some men you just can't reach...
    So, you get what we had here last week
    Which is the way he wants it!
    Well, he gets it!
    N' I don't like it any more than you men.

    -Kg Gagu with Love.-

    BalasPadam
  3. rumah Tun mahathir pun tidak ramai orang.makanan boleh di tapau.

    BalasPadam
  4. kuiz pantas:
    apa yg sebenarnya ada pada gambar tersebut?
    A.bulatan sebelah kanan adalah copy&paste, asalnya cumalah gambar meja dan kerusi2 birutua yg kosong.
    B....
    sila ambil kuiz dan jawap di sini:
    klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)

    BalasPadam