Khamis, 6 September 2012

KESAH PETANG KHAMIS 6/9/2012




SERAH DIRI DI RUMAH PASONG





NOTA:
gambar terkini
diambil dalam rumah pasong dang wangi
gambar ingatan menyerah diri
kah kah kah




KESAHNYA BAGINI PETANG INI


pak samad dan maria chin
dapat surat dari rumah pasong dang wangi
mereka di minta datang kelmarin
tapi agak lewat

buat temu janji hari ini jam 3:00 petang

sebelah malam mat sabu pulak dapat surat
yang sama

aku sampai balai jam 2:30
jumpa stanley pemimpin dewan china
yang bawa potongan akhbar cina

dalam akhbar china ada laporan
mata matav buat kenyataan
yang: mat sabu, tian chua, hishamuddin rais dan stanley
sednag dicari oleh polis

yang menjadi pelik tetapi benar
hanya akhbar china sahaja yang melapor
akhbar melayu tak lapor
media baru tak lapor

nampaknya mata mata sengaja
nak panjang panjang kan kes ini
tahan satu demi satu
buat ceerita dalam akhbar
sampai pru13

tapi ini trik tak boleh pakai
internet dah ada
dulu boleh laaa kelentong
sekarang susah

hampir jam tiga baru muncul mata-mata
mata mata sampai dengan pegawai mata mata i
aku pun katakan : saya dah sampai

pegawai ini kata: nak hantar surat pada
inche hishamuddin
tapi salah alamat


aku jawab: itu pasal jangan robohkan
balai polis brickfeild beri pada kroni
sekarang tak tahu mana hishamuddin tinggal


semua ketawa kah kah kah

NOTA:
datang ke rumah pasong beri sokongan:
yb nurul yang kiut lagi slim
cik gu ishak surin
kassim dari paksi
dinsamn dari paksi
jonah rozan dari amk
cik gu bard edi dan geng smm
piyan habib
nik jidan
warga aman
staley dan geng dewan china

PEGUAM:
ambiga
lat
sharizan johan

DAN DAN
berpuluh wartawan

JUGA TURUT SAMA
geng ikan bakar
geng pekasa
ini bukan lawak tak caya
tanya ruamh pasong

AKAN DATANG KE BALAI SEKALI LAGI
mat sabu, tian, stanley dan aku
akan pakat cari tarikh baik untuk
datang ke rumah pasong dang wangi
untuk jumpa asp kamarulzaman

kami sudah bertukar talipon
akan memukul talipon untuk buat
temu janji - eeewaaaah!

asp ini adalah pegawai yang akan menyiasat
tentang JANJI DEMOKRASI




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



8 ulasan:

  1. kisah petang khamis yg terbaik.
    gambar serah diri tu memang tak boleh blah.
    lagi tak boleh blah ayat ni :'saya dah sampai'

    kah kah kah

    BalasPadam
  2. so kena tangkap ke tak? takde update la nanti tukar tiub ni

    BalasPadam
  3. TT, dulu ko tinggal kat kuarters balai pulis brikfil ke punn?? kah kah kah

    BalasPadam
  4. nanti aku tolong editkan gambaq hang bagi hensem sikit. aku dah kata hang jangan dok wat kelaku. nanti kurus semua tak lalu makan.

    BalasPadam
  5. TT, lu dah makin lebar laa.. hehehe
    jgn sampai jadi mcm bik mama dah laa.

    BalasPadam
  6. jaga perut kau tu. kalau tak, nanti kau tak layak nak kutuk bik mama atau mat2 boroi baju batik lagi kah kah kah

    BalasPadam
  7. ternyata hishamuddin rais tak cabut lari, tapi pergi balai polis dang wangi dengan berani.

    tapi hishamuddin rais cabut lari tak mari-mari, mungkin rasa malu tak terperi-peri atau tak tau apa nak kata lagi...

    BalasPadam
  8. keberanian hishamuddin rais harus di puji, tanpa pingat kasta.

    BalasPadam