Selasa, 11 September 2012

KIBAR KAN SANG SAKA MERAH PUTEH BENDERA PERJUANGAN BANGSA





SANG SAKA SEJARAH BANGSA





DUA JALUR FIKRAH


Bulan Ogos tahun lalu, wacana Mat Indera telah dibuka luas. Tohmah dan fitnah bertaburan. Kutukan demi kutukan. Tuduhan demi tuduhan. Polis dan undang-undang dicari dan diupah. Akhirnya Mat Indera menjadi ikon anak –anak muda. Imej Mat Indera kini setaraf dengan imej Che Geuvera dan John Lennon. Akhirnya anak semua bangsa mula mengenali siapa dia Mat Indera.

Sebenarnya apa makna semua ini? Apa makna babak-babak Bulan Ogos ini? Apa yang hingar dan apa pula yang bingar ini? Pasti ada dikalangan pembaca menjadi kalut apabila berhadapan dengan wacana ini. Pasti ada juga yang kurang arif untuk memahami tanda dan makna wacana ini.

Saya tidak akan menyalahkan pembaca jika tidak memahami sepenuhnya makna dan tanda dan heboh heboh tentang Mat Indra. Heboh tentang Sang Saka. Heboh tentang Memula Moon. Saya akan cuba menyusun kembali fakta dan salasilah sejarah agar kita sesama memahami apa yang sedang berlaku. Saya akan cuba leraikan rambut yang kusut dengan minyak sejarah.

Semua yang berlaku sekarang ini adalah perjalanan sejarah. Dihadapan mata kita ialah manifestasi perjalanan sejarah yang belum selesai. Perjalanan sejarah yang terbantut. Perjalanan sejarah yang belum selesai ini ialah perjalanan ‘nasionalisma Tanah Melayu’ yang terbantut. Ertinya perjuangan nasionalisma Melayu tidak sampai ke matlamat yang dicita-citakan

Biar saya terangkan apa makna – semangat nasionalisma yang belum selesai – yang tidak sampai ke maltlamat. Nasionalisma Melayu tidak kesampaian – tidak sampai ke puncak yang dicita-citakan. Terbantutnya cita-cita untuk mendirikan negara bangsa yang bebas Merdeka.


Nasionalisma ialah semangat, perasaan dan laungan warga Asia, Afrika dan Latin Amerika menentang penjajah. Semangat dan kesedaran nasionalisma muncul di era pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial. Penjajah dilihat sebagai ‘ Yang Asing’ atau “ Orang Lain’.

Kalau di Tanah Melayu pertembungan ini pada awalnya ialah antara manusia Melayu dengan kuasa kolonial –Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun. Justeru nama-nama saperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Raja Haji, Dol Said dan Maharaja Lela muncul ditinta sejarah. Mereka dinobat sebagai pemula gerakan kesedaran untuk melahirkan ‘ingatan bersama ‘ bahawa kita sesama kita adalah Melayu. Mereka yang ‘diluar sana’ ialah Orang Puteh.

Kuasa kolonial datang untuk mencari harta kekayaan. Portugis yang dipanggil Bengali Puteh datang sebagai penjajah untuk mencari rempah rampai. Belanda juga datang untuk tujuan sama. Inggeris datang untuk bijih timah dan emas. Jepun datang untuk memunggah apa saja yang boleh dipunggah.

Nasionalisma Melayu ini adalah asas nasionalisma untuk Tanah Melayu/ Malaya – ini termasuk Singapura. Tidak menerima hakikat ini bermakna tidak menerima hakikat realpolitik dihadapan mata. Nasionalisma Melayu yang luas ini telah di manifestasikan dalam Perlembagaan Rakyat 1947. Dokumen bersejarah ini telah bersedia menerima sesiapa sahaja yang bercita menjadikan Tanah Melayu sebagai negara mereka. Negara baru ini akan menobatkan mereka sebagai Melayu. Ini satu dokumen yang amat radikal.

Orang India dan orang China yang dibawa oleh penjajah Inggeris pada awalnya tidak melihat bumi Melayu ini sebagai wilayah mereka. Mereka datang kerana dibawa oleh British atau kerana mahu mencari makan. Ini sikap budaya jenerasi imigran pertama. Masa dan luang telah mengubah semua ini. Akhinya para pendatang ini telah sebaris bangun menentang kuasa kolonial. Perlembagaan Rakyat memanifestasikan permulaan kelahiran setiakawan bangsa-bangsa untuk sebuah negara bangsa yang berdaulat.

Tetapi projek Perlembagaabn Rakyat 1947 ini telah di sabotaj oleh kuasa kolonial British. Dengan licik British telah memayungi satu gerombolan kaum feudal Melayu bersama anak didik kolonial untuk mengagalkan terdirinya Tanah Melayu yang merdeka.

Usaha mensabotaj Malaya Merdeka dilakukan dengan membangun-kan parti-parti politik yang berasaskan kaum. Setiakawan bangsa-bangsa yang terjalin dalam Perlembagaan Rakyat untuk melahirkan sebuah Malaya Merdeka telah dialih untuk menjadi ‘perjuangan antara kaum’. Politik perkauman menjadi satu strateji yang amat ampoh untuk memisah-misah rakyat yang sedang bangun bersatu melawan kuasa kolonial.

United Malays National Organistion hanya dimunculkan pada tahun 1946. Kesatuan Melayu Muda ( 1938) Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( 1945), Angkatan Pemuda Insaf ( 1946), Parti Komunis Malaya (1930) telah berjuang berdekad-dekad lebih awal. United Malays National Organisation hanya berselogankan – Hidup Melayu. Manakala parti nasionalis yang lain melaungkan MERDEKA!

Memunculkan parti-parti perkauman ini adalah taktik penjajah. Hasilnya British telah berjaya menangguhkan ombak Merdeka selama 10 tahun. Melambatkan Merdeka ini telah membolehkan British menyusun para barua dan budak-budak suruhan yang setia untuk memastikan kepentingan ekonomi British selamat. Jelas disini United Malays National Organisation telah dipilih untuk menggantikan pentabiran British.

Parti politik dan kumpulan nasionalis yang enggan bekerja sama dengan British telah ditangkap, dibuang negara atau di bunuh. Parti-parti politik dan organasi massa yang menentang British telah diharamkan. Yang boleh beroperasi, berkempen mencari pengaruh hanyalah United Malays National Organisatiojn, Malayan Chinese Associatioan dan Malayan Indian Congress. Perhatikan dengan teliti – hingga ke hari ini satelah 55 tahun Merdeka parti politik ini masih lagi menggunakan nama Inggeris untuk gerombolan mereka.

Selama 55 tahun United Malays National Organsiation telah cuba menutup hakikat bahawa mereka mula berjuang hanya pada tahun 1946. Ini pun bukan berjuang menuntut kemerdekaan. United Malays National Organisation berjuang mencari tambahan oxygen kerana slogan mereka hanyalah Hidup Melayu dan bukan menentang British.

Apa maknanya apa yang saya tulis diatas? Maknanya ialah nasionalisma Melayu untuk mencapai kemerdekaan telah disabotaj oleh British dengan kerjasama United Malays National Organisation. Nasionalisma Melayu dibantutkan. Semangat nasionalis Melayu diganti dengan semangat perkauman. Akhirnya slogan Hidup Melayu beralih menjadi Ketuanan Melayu.

Apabila British mengundur pada tahun 1957 – kusa kolonial British masih meneraju Tanah Melayu. Ketua Hakim Negara - James Beveridge Thomson 1963-1966 seorang Mat Saleh. Gobenor Bank Negara W H Wilcock 1959- 1962. Ketua Polis Negara – Claude Fenner 1958 – 1966 masih lagi saorang Mat Saleh.

Ramai yang tak sedar tentang pekara ini. United Malays National Organistaion cuba menyorokan fakta sejarah ini. Jika umum tahu maka orang ramai akan sedar bahawa United Malays National Organisation hanyalah budak suruhan British untuk menjadi benteng British yang sedang diasak oleh perjuangan bersenjata nasionalis Malaya yang bermula pada 20 Jun 1948.

Juasteru sebagai budak suruhan – tidak ada seorang pun diantara pemimpin atau ahli United Malays Natiopnal Organsiation yang ditangkap, dibuang negara atau di bunuh oleh Briritsh. Malah selama 55 tahun ini naratif perjuangan mereka ialah melawan komunis. Wal hal Parti Komunis Malay adalah parti yang nengangkat senjata melawan British.


Pembohongan sejarah ini akhirnya terlungkup. Contohnya, dengan maklumat yang sedia ada umum kini sedar bahawa lagu Negaraku ialah ciplakan. Tidak dapat disorokan lagi bahawa Memula Moon ialah lagu Terang Bulan yang dijadikan lagu kebangsaan Malaysia. Ini fakta sejarah.

Tetiba akhir bulan Ogos ini timbul pula wacana Sang Saka. Ramai yang kurang sedar bahawa bendera gerombolan United Malays National Organistion juga berasal usul dari Sang Saka. Adalah fakta sejarah bahawa pada Perhimpunan Agung United Malays National Organisation tahun 2006 dahulu bendera ini telah dinobatkan sebagai Sang Saka Bangsa.

Apa sebenarnya sejarah Sang Saka ini? Bendera ini dikatakan muncul seawal zaman Langkasuka. Seawal zaman Seri Vijaya. Seawal zaman Majapahit dan Mataram. Warna merah puteh ini adalah motif Nusantara. Motif alam Melayu. Merah adalah darah rakyat. Puteh ialah kesucian hati rakyat.

Sayugia diingatkan disini – bendera Sang Saka Tanah Melayu ini memiliki sejarah yang gilang gemilang. Sang Saka ini bukan Jalur Tembelang yang diciplak dari bendera Amerika. Sang Saka lahir dari bumi Melayu – lahir dari bumi NUsantara.

Bendera ini telah dibawa ke persidangan Afro-Asia di New Delhli pada tahun 1947. Bendera ini adala payung untuk para nasionalis Melayu sama ada dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda, API atau AWAS.

Pada perjumpaan semua pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Ipoh – Sang Saka telah dicadangan untuk menjadi bendera resmi United Malays National Organisation. Ianya diterima tetapi Keris dan Warna Kuning telah dimasukan ke dalam motif Sang Saka. Ini telah dibantah oleh PKMM – yang dipimpin oleh Pak Sako dan Ahmad Boestamam. Mereka yang anti Britsih dan anti feudal telah meninggalkan dewan. Kuning/keris secara semiotik dibaca sebagai nahu feudal dalam gerakan nasionalisma Melayu.

Mereka yang membantah simbol feudal ini telah meneruskan perjuangan dan TIDAK bersama United Malays National Organisation. Akhirnya mereka menjadi mangsa British – di tangkap dan dibunuh – apabila British mengistiharkan Darurat pada 20 Jun 1948.

Justeru adalah satu kebebalan jika menuduh Sang Saka berasal dari China, dari Singapura, atau meniru bendera Indonesia. Sang Saka ini telah wujud dalam kesedaran nasional berpuluh tahun dahulu. Ianya telah cuba dilupuskan dari ingatan bersama.

Menggunakan ancaman. Menakut-nakutkan orang ramai. Menggunakan mahkamah. Menggunakan penjara dan hukuman tidak akan memadamkan api kebenaran. Penghormatan bukan diwujdkan melalui hukum hakam. Pemghormatan lahir dari hati suci dan jiwa merdeka.

Justeru, Janji Demokrasi pada 30 Ogos 2012 mengembalikan Sang Saka ke persada sejarah. Ini adalah manifestasi kesinambungan sejarah nasionalisma yang telah dibantutkan. Anak-anak muda yang mengkibarkan Sang Saka pada malam itu sedang menyambung kembali ingatan sejarah tentang perjuangan para nasionalis melawan British. Sang Saka yang berkibar hari ini sedang membawa semangat pembebasan. Bangsa yang tidak tahu dari mana asal usul mereka pasti tidak akan tahu kemana arah tujuan mereka. (TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45







PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com



9 ulasan:

  1. sang saka malaya... semangat mu tetap bersama kami...

    BalasPadam
  2. jgn ada yg termuntah
    najibahdan rosemah menari-nari
    diiringi dayang2 suami rais dan isteri
    kahkahkah:

    http://www.youtube.com/watch?v=6WkXdDY1rZI

    BalasPadam
  3. Lagu janji dicapati

    http://www.youtube.com/watch?v=5svd5xtLQAQ

    BalasPadam
  4. Ternyata tak ada dalam Teks Sejarah. Harap-harap ada sejarawan muncul membahaskan artikel ini..menyangkal dan mengukuh.

    BalasPadam
  5. yg tak bestnya sebab sang saka dapat respons negatif dari pemimpin PR masa insiden sambutan kemerdekaan.

    cepat sangat melenting dan jahil sejarah.

    BalasPadam
  6. Bendera sang saka malaya tak secantik Jalur Gemilang lah, lagipun lebih kepada sejaran Malaya shj, Sabah, Sarawak nak taruk kat mane?... Jalur Gemilang pun dah jadi ikon sejarah Malaysia, elok kalau Pakatan menang teruskan dengan Jalur Gemilang, sang saka Malaya tu bleh buat jadi bendera kedua rasmi...

    BalasPadam
  7. Saya budak sekolah yang terjumpa buku biografi shamsiah fakeh di library dan dgn izin Allah S.W.T terjumpa entry ini. Ternyata ada kesinambungan. Semuanya jelas sekarang. Terima kasih pak isham atas penerangannya.

    BalasPadam
  8. terbaik TT! well said & ada kebenaran. Baca link dibawah! no wonder PKM terus angkat senjata w/pun dah declare merdeka, rupanya merdeka telor separuh masak. Let's change the current government and Merdeka 100%!!! Sebarkan seluas mungkin.

    http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/merdeka-tunku-abdul-rahman/

    August 31, 2010

    Merdeka! — Tunku Abdul Rahman

    * Speech by the Chief Minister, Tunku Abdul Rahman, at the Proclamation of Independence at Merdeka Stadium, Kuala Lumpur on August 31, 1957.

    BalasPadam