Jumaat, 21 September 2012

LAGI TANDA DEMO SUDAH MENJADI BUDAYA KITA



KOMENTAR TUKAR TIUB

tukar tiub mengajukan demo
sebagai jalan politik  yang terbaik

united malays national organisation
tak suka demo
melarang berdemo
menyerang demonstran

madey kata demo bukan budaya kita
najib razak juga kata demo bukan budaya kita

hari ini kita melihat bahawa demo telah menjadi
daragh daging dalam budaya politik kita

berita terbaru ini
yang meminta dewan ulamak untuk turun berdemo
membuktikan bahawa mazhab demo sebagai jalan politik
telah dan semakin tersebar luas

ini adalah petanda paling baik untuk melaysia
ini adalah petanda realpolitik sedang diamalkan

ini adalah tanda
united malays national organisation
semakin terpinggir
semakin dibenci
semakin tidak relevan

INI BUDAYA  DEMO DALAM POLITIK MALAYSIA KITA

AHLI DEWAN ULAMAK DISERU BERSAMA DEMO - harakah daily


KUALA LUMPUR: Seluruh ahli Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) digesa turun untuk bersama Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, hari ini.

“Kehadiran ahli-ahli DUPP adalah manifestasi perjuangan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali.

Jelasnya, apabila kemenangan Islam dalam perang Badar diperlekeh dan Nabi SAW serta para sahabat Nabi dihina oleh seorang Yahudi bernama Ka'ab bin Asyraf, Nabi SAW telah memberi isyarat kepada para sahabat untuk bertindak terhadap Ka'ab yang akhirnya membawa kepada pembunuhannya di perkampungannya sendiri.

Maka, katanya begitulah umat Islam perlu bangkit bertindak menurut kemampuan yang ada bagi menggambarkan usaha dan tindakan bersama umat Islam dalam sebarang percubaan penghinaan terhadap Nabi SAW.

“Malah, seluruh rakyat Malaysia yang bukan Islam pun diseru untuk bersama hadir di program tersebut bagi menggambarkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menolak sebarang tindakan penghinaan terhadap agama yang boleh memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.


PM: DEMO JALANAN BUKAN BUDAYA KITA - mkini 11/09/12
Najib Razak berkata, tindakan itu dan demonstrasi jalanan tidak melambangkan nilai Malaysia dan tidak patut digalakkan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... MADEY FRUS MENONGGENG.... kah kah ka...

kah kah kah...NAJIB FRUS MENONGENG.... kah kah kah



NOTA:
radio bangsar utama
radio punk rock
mengalu-alukan
semua program demo yang melawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan