Jumaat, 7 September 2012
MALAPETAKA KESAN RUMAH KACA DAN PEMANASAN GLOBAL
BANJIR KILAT SEMAKIN KERAP SATU TANDA
HUJAN DAN KESAN RUMAH KACA
Tiba-tiba warga Kuala Lumpur menjadi terperanjat apabila mendengar lebuh raya Plus di kawasan Sungai Besi ditenggelami air. Ratusan kereta tersangkut. Ramai yang tersadai berjam-jam dalam kereta. Ramai yang terperangkap tidak tahu apa yang sedang berlaku. Lebuh raya PLUS penuh dengan kereta - padat dan tidak bergerak.
Apa sebenarnya sedang berlaku? Kenapa tiba-tiba awal bulan September hujan mencurah-curah di seluruh negara? Kenapa musim hujan menjadi lebih awal? Untuk saya, banjir di Sungai Besi, musim hujan awal, air sungai Klang melimpah adalah tanda bahawa iklim Malaysia dan iklim dunia telah dan sedang berubah.
Kita wajib menerima hakikat bahawa pemanasan dunia/global warming sedang berada dihadapan mata kita. Cuba ingatkan kembali - bulan puasa yang baru berlalu, bagaimana kita sempat melihat jerebu telah sekali lagi menyerang kita semua. Dari utara ke selatan - tidak ada wilayah yang selamat dari jerebu. Hujan sesekali pun tidak membawa langit yang cerah. Pembakaran dan pemanasan bumi ini sedang berlaku.
baca disini:
http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/hujan-dan-kesan-rumah-kaca-051416078.html
rumah kaca mana laa makcik2 nak paham... makcik ingat rumah makcik diperbuat drp batu jadi makcik takde kesan... lain la kalau rumah diperbuat drp kaca... bak kata pepatah 'kalau tinggal di rumah kaca, jgn main baling batu' nnti rumah pecah kena batu
BalasPadamKahkahkahkahkahkah.
PadamWoi TT,
padan muka hang. Hang ingat pakcikn makcik kat felda tu tau ka erti rumah kaca.
Kepada pemandu kereta Lembah Kelang dinasihatkan membawa pelampung untuk kegunaan kecemasan.
BalasPadamIni menunjukkan tiada masalah air diSelangor.Tapi parti cap lembu nak tipu rakyat,Pi mamposlah.Kah..Kah..Kah.
BalasPadamapala blog ni makinhari makin merapu, cerita pasal banjir pasal hujan, tapi cakap pasal pemanasan la pembakaran la... pulak!
BalasPadamkalau panas, maknanya takde hujan!
kalau bakar, maknanya bikin panas!
jadi takde kenamengena banjir dan hujan dengan pembakaran atau pemanasan!
alasan bangang tu cuma dongeng rekaan bersama dalam konspirasi yahudi kapitalis bersama komunis sosialis!
ingat taktik/mo kapitalis? nak bikin duit kena bikin projek, nak bikin projek kena bikin penyelesaian (solution), nak bikin penyelesaian kena bikin isu(problem). takkan mudah lupa macam melayu melentok kot?
bila 1dunia (yg dah kena kelentong bulat2 ala rosmahbulat) risau pasal banjir, yahudi pun soronglah bermacam2 alat2 canggih (baca: mahal melangit ala komisen perimekar utk scorpene): 1alat meramal banjir, 1alat meramal hujan, 1alat mengesan bilangan titishujan, 1alat mengesan bilangan airsungai, 1alat mengesan bilangan kumulusnimbus, 1alat mengesan harta dan manusia yg tertimbus, 1alat bagi amaran tsunami, 1alat bagi senang nak hantar bekalan beras dan maggimi, dsbnya...
bila 1dunia dah terkelentong risau pasal pembakaran, komunis pun soronglah macam2 alat2 separa canggih (baca: murah sikit la): iped, ipid, ipud, sam sun, sam san, sam sang, sam sing, sam song, sam seng, dsbnya...
jadi, pembakaran dan pemanasan tu semua cuma mainan ejen yahudi dan komunis je!
lagipun semua orang melayu tau, banjirkilat tu disebabkan hujanlebat akibat bertalu2 dan berterusannya (selama 7hari 7malam tanpa henti - 1lagi rekod baru 1malaysia!) panggilan syahdu sang katak malaya yang bergabung tenagasakti dan suaraemas bersama si-ikanbakar dan 97ribu ahlinya (itu pasal depa tak dapat turun join hisamrais & janji bersih malam ambang merdeka tuhari!)
catatan: kepada pemandu dinasihatkan membawa kenderaan guna jalan alternatif, percuma, takperlu bagi duit tiaphari pada plus.
kepada pengundi dinasihatkan takperlu membawa wang utk bayaran tambang naik kenderaan angkut pengundi, percuma, cuma di pusat pengundian kelak pangkahlah parti alternatif takpayah bagi undi tiap pru pada bn.
-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ