23 September 2012
Ancaman MB Pahang Bukti Kerajaan Barisan Nasional Kejam
Menteri Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.
Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang MB berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah. SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar.
SAMM Selangor juga merakamkan rasa pelik mengapa perjanjian air antara Selangor dan Pahang perlu disemak semula sedangkan ada perjanjian air lain yang perlu disemak iaitu perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. Perjanjian berat sebelah yang menawarkan harga air 'tidak masuk akal' itu tidak disemak sehingga hari ini. SAMM Selangor juga mohon supaya dikaji semula bagaimana perjanjian air dengan Singapura ini berlaku berat sebelah, samada pemimpin Umno yang berunding itu sangat bodoh atau terpaksa membodohkan diri di sebalik komisyen yang tersedia kerana menawarkan harga air yang murah. Inilah perjanjian yang sepatutnya dikaji, disemak dan dibatal bukan hanya kerana ia berat sebelah tetapi kerana ia suatu penggadaian hasil bumi negara kepada Singapura.
Justeru itu, SAMM Selangor dengan ini menyatakan kekesalan terhadap keberanian menteri besar Barisan Nasional yang tidak kena pada tempatnya. SAMM Selangor juga mencabar Umno/Bn untuk punya keberanian mengugut kerajaan Singapura untuk menutup bekalan air ke Singapura sekiranya perjanjian berat sebelah tersebut tidak disemak semula.
SAMM Selangor juga menyokong segala tindakan Menteri Besar Khalid Ibrahim serta kerajaan Negeri Selangor yang dilihat pro kepada rakyat dan penolakkan besar terhadap cubaan rasuah penyelewengan yang merugikan rakyat, negeri dan negara.
Mengugut dan mengancam nasib rakyat adalah resam yang tidak boleh ditinggalkan oleh Umno dan Barisan Nasional ketika tertekan dan terdesak, seharusnya menjadi faktor yang besar mengapa Umno/Bn wajar ditolak dalam pilihanraya akan datang.
Sekian
Azhar Achil
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor
HATI-HATI JALAN DIHADAPAN PENUH JERANGKAP SAMAR
BalasPadamJangan lah kita berjalan terlalu jauh tanpa melihat kebelakang dari tulisan sejarah yang tidak lagi boleh diubah …. sebenarnya yang paling memusuhi ISLAM di Malaysia hanya UMNO parti BANGSAT tinggalan penjajah BRITISH.
Di Malaysia hanya UMNO yang sebenar-benarnya menentang hukum ALLAH dengan tindak tanduk nya dan keliatannya mengekalkan institusi ISLAM sperti peranan para MUFTI hanya sebagai badan pentadbir hukum hakam ISLAM berkaitan kahwin, mati, pembahgaian harta dan menjaga kumpulan agama yang dilabel sesat yang lebih berkepentingan untuk menjaga kedudukan UMNO sebagai pemerintah sekular di Malaysia. Ini adalah sebahagian polisi tinggalan BRITISH yang masih belum terungkai walaupun sudah menjangkau 55 tahun MERDEKA.
Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang menghilangkan tulisan JAWI, yang secara langsung menyebabkan orang MELAYU mulai lupa akan kepentingan huruf-huruf JAWI ARAB dalam memepelajari agama.
Sejarah telah membuktikan UMNO lah yang bertanggung jawab menutup sekolah agama rakyat yang secara langsung menutup perkembangan ilmu fardhu ain di bumi Melayu, malang nya UMNO tidak bertindak sedemikian rupa terhadap sekolah-sekolah mubaligh Kristian.
UMNO lah juga parti BANGSAT tinggalan penjajah yang masih memperluas penyebaran JUDI dan ARAK, dua senjata orang Kristian untuk menrosakan akhlak orang ISLAM dimana jua di dunia ini … sebagai senjata sulit Kristian menyekat perkembangan Islam dimana negara itu majoritinya orang Islam.
Dan UMNO juga lah parti BANGSAT tinggalan BRITISH yang telah bertindak diluar batas tata susila ketamaddunan manusia yang waras dengan mengeluarkan perintah supaya MEMBUNUH orang ISLAM MELAYU dalam lakaran lipatan sejarah dalam peristiwa hitam PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ORANG MELAYU di MEMALI. Tidak seperti di SELATAN THAI atau WILAYAH AUTONOMI MINDANAO dimana yang melakukan pembunuhan terhadap orang ISLAM adalah dari bangsa BUDDHA dan KRISTIAN, di Malaysia yang membunuh ORANG ISLAM adalah SYAITAN bertopengkan UMNO.
UMNO sudah lama membohongi orang MELAYU dengan janji untuk menjadikan MALAYSIA sebuah negara ISLAM, sekarang ini tidak ada seorang PEMIMPIN UMNO yang berani bercakap atas tiket ISLAM kerana mereka adalah orang BANGSAT pengkhianat BANGSA dan AGAMA yang terlatih untuk patuh pada penjajah BRITISH walaupun dikatakan sudah 55tahun MERDEKA ….
Bukti NAJIB juga adalah talibarut penjajah BRITISH adalah lawatan terakhir NAJIB ke BRITAIN yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan WATIKAH pertabalan penjajah dalam satu upacara penuh istiadat pertabalan sebagai WAKIL penguasa BRITISH.
Hati-hati, … UMNO tidak pernah segan silu untuk menjadikan orang MELAYU yang tidak berdosa sebagai korban bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti pemerintah …. skrip kejahatan UMNO sedang berjalan ketika ini dengan pelakun UTAMA anak-anak Melayu haramjadah yang menjadi anggota PERKASA dan PEKIDA yang telah dipilh KHAS sebagai pencetus perbalahan sesama MELAYU …. dan apabila berlaku keganasan antara MELAYU, UMNO akan turun dengan kekuatan angkatan TENTERA dan POLIS upahannya untuk menjadi PENYELAMAT, “atas nama menyelamatkan KENTENTERAMAN AWAM” – pencetus upahan ini sudah mula menyemarakan api kemarahan orang Melayu yang tidak berdosa dengan perintah melempar KEPALA BABI, melempar CAT, melempar BATU, melempar KASUT kedalam MASJID dan akan terus menerus melempar KATA NISTA mencaci dan mencerca sebagai umapan untuk menaikkan kemarahan ORANG MELAYU ISLAM
Ini semua kerja KOTOR UMNO PARTI BANGSAT tinggalan BRITISH
Hati-hati jangan termakan umpan pencetus kemarahan ORANG MELAYU
asyik mencarut je
BalasPadamJika kerajaan pahang ugut nak batalkan penjanjian air selangor,
BalasPadamKerajaan selangor pula ugut menghalau keluar rakyat pahang yang berkerja di selangor.
Uuuiiiitttttttt.... X relevan langsung ni......
Padamair ialah keperluan asas yg haram dinafikan kpd makluk bumi samada kawan atau lawan.
BalasPadamDah nak kene.gugur le turrrr...atau tau dianyer yang dia tak sepopular P.Ramlee....orang ada resdung kalau tak di ubat beginilah jadi nyer..yang belah situ je...belah sini ok.double standard pun double standard lah.........:-o ada aku kecahhh.
BalasPadam