Rabu, 5 September 2012

SANGA SAKA MALAYA ADALAH SEJARAH PERJUANGAN BANGSA




LIHAT SEKALI LAGU KLIP PENCERAHAN INI




BENDERA ITU ROH KEMERDEKAAN
- meloya

SIAPA kata Jalur Gemilang bukan ciptaan anak negeri atau warganegara Malaysia?

Kalau dilihat aksi provokasi dua pemuda mengibarkan bendera merah putih yang mereka namakan 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang, yang terpampang di muka depan akhbar ini semalam, bukankah itu kelihatannya seperti bendera Singapura atau bendera Indonesia?

Sebenarnya, isu untuk menggantikan Jalur Gemilang dengan reka bentuk lain, bukanlah isu baru. Ia mula-mula sekali dibangkitkan oleh aktivis sosialis atau pendemonstrasi jalanan, Hishammuddin Rais dua tahun lalu.

Kalau anda boleh layari satu bual bicara penyokong kuat pembangkang ini dalam program Rentakkini.TV ketika mengulas sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 tersebut, Hishamuddin telah menguar-uarkan bahawa Jalur Gemilang diciplak dari bendera Amerika Syarikat. Katanya selain lagu Negaraku, ia wajib diubah kerana kedua-duanya bukan garapan anak negeri.

Apabila diajukan cercaan Hishamuddin itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan yang kebetulan penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah rakan seangkatannya di Universiti Malaya (UM) suatu ketika dulu, Fuad mengingatkan:

"Bendera adalah simbol kewujudan bangsa, maruah serta kemuncak perpaduan bangsa. Kalaupun ada unsur pinjam meminjam, ia sesuatu yang lumrah.


Tetapi yang penting, ia diubah suai mengikut latar belakang budaya, sejarah dan perkembangan negara masing-masing.

"Paling penting, makna kemerdekaan."

Fuad menarik perhatian yang mana dengan sedikit perubahan, sesuatu bendera itu boleh diukir dengan meminjam idea dari bendera negara lain. Apatah lagi, jika kedua-dua negara ada hubungan penjajahan.

"Cuba kita lihat bendera Australia ada persamaan dengan British. Bendera Singapura mirip bendera Indonesia.

"Yang dicadangkan bendera negara ini turut sama dengan Indonesia itu adalah kehendak Ibrahim Yaakob yang ketika itu hendak bersama Ahmad Boestaman, pejuang nasionalis kiri yang mahu Malaya merdeka bersama Indonesia, dalam konsep Indonesia Raya. Mereka juga hendak merdeka sekali bersama Filipina," kata beliau.




Dan hakikatnya, kalau dilihat bendera Amerika Syarikat mirip bendera Syarikat Hindia Timur British. Malah, bukan sahaja bendera Amerika Syarikat, bendera empayar Majapahit, Pulau Bikini Atoll dan Liberia juga menyamai corak berjalur-jalur bendera Syarikat Hindia Timur berkenaan.

"Malah, bendera Amerika Syarikat juga telah 26 kali berubah reka bentuknya sejak tahun 1777 tapi tidak menghilangkan jalurnya.

"Bendera Amerika ambil idea daripada Syarikat Hindia Timur British. Hubungan pinjam meminjam ini lumrah tetapi dipindahkan dengan disesuaikan budaya, sejarah negeri dan geografi negara masing-masing tanpa mengurangkan nilainya," katanya.

Menyangkal lagi dakwaan Jalur Gemilang bukan ciptaan anak tempatan, Fuad berkata, ciptaan bendera negara ini telah dipertandingkan dengan sebanyak 373 rekaan diserahkan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan. Dan menerusi pemilihan yang dibuat pada 15 November 1949, hanya tiga disenarai pendek.

Bagaimanapun, sebelum diumumkan, ada beberapa cadangan dibuat. Contohnya, permintaan Sultan Kedah yang meminta supaya bulan sabit putih ditukar kepada warna kuning. Ia untuk mewakili Raja-Raja Melayu.

Justeru, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja Melayu, maka satu rekaan telah dicadangkan oleh Sultan Kedah dan diberikan kepada pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk dijadikan bendera Persekutuan Malaya.

"Dan seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor, Mohamad Hamzah telah diumumkan sebagai pemenang. Pada 19 Mei 1950, bendera Malaysia dinaikkan di hadapan Istana Selangor, diikuti pada 31 Ogos 1957 dinaikkan di Dataran Merdeka untuk menggantikan Union Jack.

"Jadi, tidak betul dakwaan Hishammuddin itu bendera kita adalah hasil ciplak dari negara asing," katanya.

Dalam perbualan hampir 20 minit dengan kami, Fuad bagaimanapun terdiam sejenak. Beliau teringatkan bapanya, Tan Sri Hassan Azhari, 84, yang mempunyai nilai sentimental pada hari negara mengecap kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu.

"Bapa yang ketika itu berusia 25 tahun telah diminta oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Datuk Abdul Rahman Talib atas jemputan Tunku (Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) untuk membaca azan selepas pengisytiharan merdeka.

"Ia untuk memberi roh kepada kemerdekaan. Dan ia (azan) bukan dalam bentuk 'Hijaz' iaitu melankolik atau mendayu-dayu tetapi dalam bacaan yang lebih bersemangat," katanya.

Dan benarlah bendera itu bukan sekadar bendera.

Jalur Gemilang itu roh kemerdekaan.





komentar tukar tiub:






JALUR TEMBERANG BUKAN ROH KEMERDEKAAN

jalur gemilang ialah jalur temberang
amat jelas bahawa bendera ini telah diciplak
dari bendera amerika

mana buktinya?

buktinya ialah motif jalur temberang
motif dalam bahasa seni ialah latar
latar dalam jalur temberang adalah latar
yang diciplak dari bendera amerika

lihat lukisan batik melayu
lihat tenunan songket melayu
lihat reka bentuk rumah melayu

semuanya kerja seni ini memiliki motif
motif lahir dari budaya tempatan
motif lahir dari pembudayaan
motif lahir dari sejarah bangsa

jalur temberang tidak memiliki motif melayu
ini kerana ianya di ciplak

SANG SAKA MALAYA
ini adalah warna darah nusantara
dari zaman berzaman warna ini telah berkibar
dari langkasuka ke gangga negara ke sri vijaya
ke persidangan afro asia 1947 di new delhi
sang saka telah berkibar

sahaeh!
sang saka memiliki sejarah perjuangan bangsa

memang tepat dan betul
bendera singapura
bendera indonesia
bendera parti pas
bendera united malays national organisation
semuanya menggunakan motif nusantara
ini adalah motif kesatuan bumi melayu
yang kait berkait
tetapi telah di pisah perentah oleh kuasa kolonial

ini sejarahnya:
1824 - perjanjian anglo- dutch treaty
1906 - anglo -thai treaty
1957 - singapura dicicirkan

perjanjian ini memisah bumi melayu

1906 empat wilayah menjadi tanah jajahan siam
1824 selat melakan memisah malaya dengan sumatra
1957 singapura masih ditangan inggeris


MEMULA MOON = NEGARA KU
kenapa tak berani sebut lagu memula moon
kenapa segan buat buat tak tahu?
lagu negar-ku ini juga lagu ciplakan
ini saheh lagu rekaan penulis lagu peranchis
diambil memjadi lagu terang bulan
kemudian dia ambil menjadi lagu negara-ku

bukti amat jelas!

kerana terlalu jelas lagu negara-ku diciplak maka
isu memula moon ini cuba di senyapkan
tak ada yang berani bersuara
tak ada yang berani bercakap
tetapi ombak perlawanan menuntut
lagu baru akan diteruskan

HISHAMUDDIN RAIS
hishamuddin rais merasa bagitu bangga
kerana wacana sang saka ini telah dibuka
tahun lalu wacana mat indra telah berjaya dibuka
tahun ini wacana sang saka

terima kaseh ronald reagan!




PENGUMUMAN:
sesiapa yang berminat
untuk memesan sang saka
untuk dikibarkan di rumah masing masing
sila hubungi:

radiobangsarutama@gmail.com


11 ulasan:

  1. dipetik drpd wikipedia/flag of malaysia:

    "The Malayan flag was designed by Mohamed Hamzah, a 29-year-old architect working for the Public Works Department (JKR) in Johor Bahru, Johor. He entered the Malayan flag design competition in 1947 with two designs which he completed within two weeks. The first design was a green flag with blue kris in the middle, surrounded by 15 white stars. The second design, which was among the three finalists, was similar to the current flag but with a five-pointed star.

    It borrows major design elements from the East India Company flag, notably the red and white stripes."

    BalasPadam
  2. Persidangan Afro-asia 1947 = persidangan parti2 komunis komanwel.Berlansung di London.Parti KomunisMalaya diwakili Tuan Rashid Maidin,Wu Tien Wang dan Balan.(sumber www.matamin02.blogspot.com)

    BalasPadam
  3. Saya penyokong kuat PR & TT & Isham Rais tetapi dalam hal bendera ini saya minta tolong dengan TT, tolong lah hentikan kempen bendera Sang Saka Kepala Bana apa ni kerana nampak sangat macam bendera UMNO. Kalau Malaysia tukar bendera ke bendera Sang Saka Kepala Bana apa, hanya UMNO yang untuk sebab bendera mereka sama macam bendera Sang Saka Kepala Bana Apa tak tahu.

    Kekalkan Jalur Gemilang.

    BalasPadam
  4. kpd EN JALUR TEMBERANG.. nak kekalkan JALUR TEMBERANG? TIDAKKKKKKKK... Ini sepatutnya BENDRA UMNO, bukannya bendera malaysia..

    kami dah penat lihat bendera bangang ni menjadi bendera kami.. kami mahu kerajaan yang baru dan bendera yang baru.. kami mahu serba baru macam merayakan hari raya gitu..

    BalasPadam
  5. Bos kenapa terima kasih kat Ronald Reagen? Tentu ada maksud coz tulisan2 tt,selalunya walaupun berlawak tersimpan maksud2 yg mendalam..(Kalau Ada la) hehehe

    BalasPadam
  6. x da kerja la nk kibar sang saka....dri dlu dah biasa kibar jalur gemilang jd nilai sentimen merdeka dah wujud kat situ...x perlula nk mempromot sang saka...knapa bru sekarg nk timbul isu sang saka?knapa x dri puluhan taun dlu jikalau ianya benar...pe da...jgn terpengaruh la..lagi bermanfaat kalau keluarkn isu perbaiki sistem pemerintahan negara yg berat sebelah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari dulu lagi BN perintah negara, nape perlu tukar.. analogi yg xleh pakai..

      Padam
  7. tq pd ronald reagan....sebab RR adenya internet...x gitu TT

    BalasPadam
  8. Terima kasih juga kepada Nikita Khrushchev kalau tanpa tekanan dan ancaman dari komunis Russia internet tidak dibangunkan. Tujuan internet atau Darpanet dibangunkan kerana Amerika bimbang akan serangan nuklear kepusat-pusat komputer bakal melumpuhkan sistem komputer dan pertahanan Amerika,oleh itu jaringan komputer dicipta bagi tujuan pertahanan.

    BalasPadam
  9. Hishammuddin Rais Sang Sakai Negara

    BalasPadam
  10. Tukar aje Malaysia jadi Tanah Melayu semula, amacam ada berani kalau nak lihat pencacai DAP menyalak...

    BalasPadam