Khamis, 6 September 2012

SEBUAH SAJAK NAMANYA PERJUANGAN





JANJI DEMOKRASI JANJI DITUNTUT




SAMM BERDIRI TEGUH PERTAHAN PAK SAMAD

Selaku antara pendiri Gabungan JANJI, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengiringi tokoh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang esok (Khamis 6 September).

Adalah menjadi satu malapetaka bagi demokrasi dalam negara ini apabila seorang sasterawan negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa diheret bagaikan penjenayah hanya kerana menguntum sebuah puisi di malam ambang kemerdekaan.

Apakah mungkin puisi yang dibaca oleh Pak Samad pada kemuncak himpunan Janji Demokrasi mampu mencetus huru-hara dan merobohkan istana regim maka Pak Samad akhirnya disiasat di bawah akta perhimpunan aman? Regim umpama sudah kepanasan dan gamaknya sedia untuk menyumbat sesiapa sahaja ke tirai besai waima seorang tua berumur hampir 80 tahun semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

SAMM menegaskan adalah tidak wajar untuk Pak Samad dipanggil ke Balai Polis. Beliau seorang sasterawan, puisi sememangnya menjadi rutin. Pihak polis pula janganlah bersikap bagaikan lembu dicucuk hidung, membenarkan seluruh institusi menjadi aparat pemerintah. SAMM cukup bersimpati kepada pihak berkuasa senantiasa menjadi mangsa dan terpaksa mengikut telunjuk sang penguasa. Moga pihak berkuasa dikurniakan sedikit kekuatan untuk bertindak adil demi keadilan sejagat.





Berikut adalah ringkasan informasi:

Solidariti Buat Pak Samad
Tarikh: 6 September 2012 (Khamis)
Masa: 3.00 Petang
Lokasi: Depan IPD Dang Wangi


SAMM dengan ini menyeru orang ramai, penegak demokrasi dan pencinta keadilan untuk menunjukkan solidariti buat Pak Samad dengan menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi. Satu sidang media akan diadakan selepas itu dan pengamal media adalah dijemput.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan