Isnin, 3 September 2012

SEJARAH NEGARA BANGSA DI BUKA KEMBALI





KOMENTAR TUKAR TIUB

hukuman
ancaman
tangkapan
tidak akan memberhentikan
terkibarnya sang saka malaya

kemaraan sejarah bangsa
tidak dapat ditutup dengan ancaman
tidak dapat ditutup dengan tindakan polis
tidak dapat ditutup dengan gertak

fakta sejarah hanya boleh ditutup
untuk sementara masa

fakta sejarah boleh diputar
fakta sejarah boleh di aji no moto
tapi hanya untuk seketika

akhirnya
semua di ketahui umum
semua akan terpapar di hadapan mata



INI GAMBAR SEJARAH









HISHAMUDDIN RAIS - SANG SAKA MALAYA WARNA BENDERA NUSANTARA , TURUT DIGUNAKAN UMNO - minsider


KUALA LUMPUR, 3 Sept — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.

Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.

“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

“Merah putih adalah motif nusantara.

“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.”

Hishamuddin Rais: “Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka.”

SANG SAKA SEJARAH PAS




Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang Kemerdekaan malam Khamis lalu yang menyaksikan lebih 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut dengan memakai baju bewarna kuning.

Ketika ditanya tentang mengapa sehingga ada anak muda yang sanggup mengibarkan bendera alternatif, Hishamuddin yang juga bekas aktivis mahasiswa 1970an berkata, Jalur Gemilang yang digunapakai sebagai bendera Malaysia hari ini telah dilihat sebagai milik peribadi perdana menteri (PM), Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini mendorong segelintir anak muda membencinya.

“Kerana mereka melihat Jalur Gemilang sebagai miliki peribadi Najib dan Rosmah,” katanya.

“Mereka benci Najib dan Rosmah maka mereka juga membenci simbol dan ikon yang berkait rapat dengan Najib dan Rosmah, katanya lagi.”


Jalur Gemilang di atas bendera Umno. Hishamuddin mendakwa pada tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa.

Menurut pengarah filem “Dari Jemapoh Ke Manchestee” itu lagi, pada tahun 2006, Khairy Jamaluddin yang kini ketua pemuda Umno mencadangkan agar bendera Umno dinamakan Sang Saka Bangsa.

“Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa,” kata Hishamuddin lagi.

“Sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini.

“Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka,” katanya lagi.

SANG SAKA BANGSA DIANGKAT 2006


Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, presiden Umno pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, secara rasmi mengiktiraf nama bendera Umno sebagai “Sang Saka Bangsa”.

Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.

Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.

KIBARKAN SANG SAKA MALAYA


5 ulasan:

  1. tuan tt
    jangan tanya khairy pasal sang saka bangsa kerana bendera tu ada belum dia beranak lagi,lagipun dia jadi ahli umno setelah menjadi menantu pak lah baru 6,7 tahun aje.lebih baik tanya bagaimana hj syaitun jadi melayu.lagi satu minta diulas kes ceroboh masjid dipunpong kedah oleh datuk perkasa.datuk tu sah dah pergi haji tapi dialah contoh syaitan yang dikenali,baik ,buat jahat tapi pergi mekah,tuan tt patut ulas panjang2 kes syaitan umno yang dikenali, saya sukar untuk faham kerana mahater yang cakap umno ini syaeitan yang baik.
    cvb

    BalasPadam
  2. Death in Custody: Laban Dolah Dau of Senadin, Miri died while in custody of Miri police yesterday. We speak to Laban’s stunned and distressed son, Douglas, on the circumstances leading up to the demise of his father, the family’s suspicions and the police report filed. Lawyer for the family, Alan Ling – also DAP Piasau assembly-man – takes us through the legalities of this case.

    Laban Dolah Dau adalah seorang NGO Aktivis dalam mempertahankan tanah adat di sarawak.

    BalasPadam
  3. jangan lah malaya sahaja ingatlah kami di sabah dan sarawak juga.

    BalasPadam
  4. Setakat satu filem yang tak laku tu tak payah nak berlagak la.Dah mcm star pulak.anugerah untuk hisyam Pengarah Syok Sendiri..hahahaha

    BalasPadam
  5. sang saka malaya amat sesuai dijadikan bendera kebangsaan untuk persekutuan malaya. tapi, bagi saya, bendera persekutuan malaysia perlu ada campuran motif dari bendera sabah dan sarawak supaya sempurna.

    BalasPadam