Isnin, 17 September 2012

SEMUA BAHAYA - TANGKAP OLEH POLIS MATI - PLKN MATI - SEKRANG NAK JADI DIPLOMAT PUN MATI




SUDAHKAH JANTAN INI DITEMUI





CEGAH KEMATIAN LATIHAN PTD DARIPADA BERULANG


Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aldy Hasmi Abu Hassan, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang meninggal dunia ketika menjalani latihan Wataniah di Pekan, Pahang semalam.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira dua tahun selepas kematian seorang pelatih PTD Norhashimah Wahid, ketika menjalani latihan ala-komando.

Saya difahamkan keluarga Allahyarham Norhashimah telah dimaklumkan bahawa modul komando telah pun diberhentikan dan prosedur operasi diubah berikutan tragedi yang menimpa beliau.

Berikutan tragedi yang menimpa Allahyarham Aldy Hasmi, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang meminta aktiviti lasak bagi PTD dihentikan serta-merta.

Namun dengan berulangnya kematian seorang lagi anggota PTD membangkitkan persoalan adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan mental. Namun ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD.

JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada kedua-dua kes Norhashimah dan Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian. JPA juga harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD terpelihara.

Sekali lagi ucapan takziah kepada keluarga arwah Aldy Hasmi dan Norhashimah.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT





4 ulasan:

  1. Belajar tinggi tinggi tapi akal letak kat bontot macam kuching aku.Latihan askar tu untuk askar,latihan komando untuk komando,latihan PTD untuk PTD....itu pun tak faham.Ingat PTD nih nak jadi "jack of all trade".Keluarga simati diharap saman kerajaan diatas kecuaian ini,namakan KSN,KSU dan Kerajaan sebagai defendant.

    BalasPadam
  2. tiada jaminan keselamatan bukan sahaja untuk pembangkang malah untuk penjawat awam yang mendokong kerajaan juga tiada jaminan keselamatan..

    ini adalah bukti bahawa kerajaan kita adil dan tidak pilih bulu..

    keh keh..

    BalasPadam
  3. Mat poyo jadi PTD, baru lari 5km dah mcm nak mati.
    Masuk PTD mesti pakai cable Umngok la tu.
    Kalu jadi PTD yg perap teloq kat ofis baik jadi kerani pos bro.

    BalasPadam
  4. latihan macam gilababi pun,bila dah tamat latihan PTD muda ni banyak jenis mengampu,bodek dan pandai terima rasuah.bukanya jadi penjawat awam yang mempertahankan peraturan! perangai PTD muda sekarang macam cibai sebab boss seperti ksu,sub semuanya kaki bodek dan ampu...orang politik

    BalasPadam