Jumaat, 5 Oktober 2012

AJENDA REGIME CHANGE SEDANG BERJALAN - BERITA INI ADALAH BUKTI



HIMPUNAN  BERSIH ROCKS

KOMENTAR TUKAR TIUB

dibawah ini ada dua berita
sila baca rapi rapi

satu tentang harga minyak sawit jatuh
satu lagi tentang bursa saham buat rekod

apa makna dua berita ini?

maknanya dua dua sedang digoreng

bursa saham sedang digoreng
untuk menikakan saham
ini untuk beri keyakinan bahawa ekonomi malaysia baik
ini adalah sebahagian dari propaganda pru13

saham sengaja dinaikan menuju ke  pilihanraya
ramai akan masuk membeli
ini akan digunaka untuk yakinkan orang ramai
bahawa united malays national organisation
mendapat sokongan ramai

satu lagi berita harga sawit jatuh
ini juga kena goreng
siapa goreng untuk jatihkan harga sawit?

sama saperti goreng bursa saham
ini juga bertujuan untuk beri tekanan
kepada united malays national organisation

yang sedang goreng pasaran sawit ini
adalah penyokong pakatan rakyat di luar negara
mereka mahu regime change

ini mungkin kerja soros
ini mungkin kerja amerika

ini samalah saperti yang sedang berlaku 
kepada ahmaddinejad di iran
nilai duit iran jatuh mendadak

untuk ngo melayu
inilaha dia namanya regime change
selain dari beri duit kepadav suaram dan ngo lain

NOTA:
sila buat bantahan
kerana soros sedang buat kacau
kah kah kah



KEJATUHAN HARGA MSM AKAN DITANGANI SEGERA : BERNARD DOMPOK - meloay

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah kejatuhan teruk harga minyak sawit mentah (MSM) yang telah menjunam ke paras terendah sejak 2009, kelmarin.

Purata MSM pada April lalu adalah sekitar RM3,500 setan metrik tetapi mula menunjukkan trend penurunan terutamanya pada bulan ini dengan harga kontrak ditutup pada RM2,365 setan metrik hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, kementeriannya telah merangka kertas cadangan bagi mengatasi masalah tersebut dan akan dihantar ke Kabinet esok.

Harga MSM sekarang tidak berada di situasi panik dan paras RM2,000 setan metrik ke atas yang mana masih boleh memberi margin (keuntungan) kepada pengeluar tempatan.

Kerajaan mengambil berat situasi semasa dan perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini (esok)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pameran Global Woodmart di sini, hari ini.

 
BURSA CATAT REKOD TERTINGGI - meloya

KUALA LUMPUR 4 Okt. - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatat rekod tertinggi hari ini apabila ditutup pada 1661.47 berbanding 1,654.11 pada 4 September lalu didorong oleh sentimen keyakinan pelabur yang lebih tinggi.

Minat belian yang tinggi terhadap kaunter-kaunter mewah seperti Sime Darby Bhd., Kuala Lumpur Kepong, Tenaga Nasional Bhd., Petronas Gas dan KLCC Property turut membantu FBM KLCI merekodkan prestasi cemerlang.

Barometer indeks bergerak dalam jajaran 1,649.66 dan 1,662.14 sepanjang hari.

Sejumlah 965.062 juta saham bernilai RM1.596 bilion bertukar tangan dengan 400 kaunter untung mengatasi 297 kaunter rugi manakala 365 kaunter lagi didagang tidak berubah.

BERHIMPUN STADIUM KELAN JAYA 
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
BERSIH ROCKS


2 ulasan:

  1. selalunya bila dekat nak pru, harga saham mmg naik sebab kroni2 koparat2 glc2 mcm kwsp ltat dll dikerah membeli membeli dan membeli bagi harga naik sikit demi sikit, lalu pelabur2 individu yg kecik2 pun ikut sama beli sebab terpengaruh graf tengah mendaki, jadi semakin ramai membeli, maka harga pun melonjak.

    bila betul2 dah nak pru, kroni2 kera akan mula jual balik saham2 tu lalu buat untung dlm sekelipmata (1-2bulan), dan keuntungan ini la yg disalur balik ke kera2 yg kat atas2 yg terpilih tu sebagai senjata kempen pru depa (baca: sogok pengundi la!) tu yang kat kampung2 kat pedalaman banyak mengundi kera sebab memasing dah buta2 masyuk 50rgt dlm poket - 50rgt tu mahabesar tu bagi depa!

    dan masa yg sama. yg kena goreng terbakar kat bursa tu adalah pelabur2 individu, pelabur2 separuhmasa, pelabur2 yg hijau budakhingusan yg terperangkap beli kat harga dah mahal/peak tapi tiba2 harga dah menurun pulak tersangkut la kat situ takdapat nak jual!

    ini semua keje kera, kaki manipulasi kaki judi. agaknya harussana harussini tu tau bagi fatwa dari kerusi empuk je kot, kalau dia guna lebih sikit 2 kaki dll yg ada pada diri dia yg Tuhan kurnia dan masih pelihara tu, mungkin barulah dia dapat tau bahwa selama ni kera UMNgOk yg melaung2 ketuanan melayu dan pembela islam tu sebenarnya kuat berjudi kat pasaran saham tu! oh, nak bagi penyedap telinga makcik2 dan pak2 lebai kat kampung, kera yg kaki kelentong ni cepat2 la buat jugak "saham2 halal" khas utk muslim

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

    BalasPadam
  2. Kalau anda fikir akan berlaku regime change anda sebenarnya bermimpi, tidak akan berlaku pertukaran kerajaan hanya pertukaran pemimpin saja dari gabungan parti yang sama. Di luar sana mungkin ada senator,congressman atau ahli parlimen dari United States of America dan United Kingdom of Great Britain yang bersimpati dengan pakatan rakyat tetapi kerajaan mereka lebih suka kalau BN kekal memerintah kerana lebih mudah dimanipulasi. Sekarang US dan UK dapat beli minyak dan gas dari kita rendah dari harga pasaran kalau pakatan berkuasa ingat boleh dapat macam tu ke. Sekarang kapal perang mereka bebas keluar masuk pelabuhan kita rasanya kalau pakatan memerintah boleh ke diaorang buat macam tu lagi. Sekiranya pakatan rakyat jadi kerajaan pusat PAS akan laksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dia control korang ingat US dan UK tu suka ke hukum hudud dan banyak lagi. Regime change is merely a utopia excepts Pakatan Rakyat willing to grab power by force means armed rebellion.

    BalasPadam