Rabu, 24 Oktober 2012

GEROMBOLAN SEDANG MERANCANG - AWAS DAN WASPADA!














SERANGAN: JAGA ETIKA DAN INGAT OPERASI LALANG - harakah daily

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

 

kenytaaan penuh:

PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.

Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.

Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.

Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.

Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.

Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan,

Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.

MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.

Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung. Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.

Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk  beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.

Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.

PAS  mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


3 ulasan:

  1. Nasihat yang bagus dari seorang pemimpin.. Jangan beremosi.. Tetapi sebagai manusia hendak tak hendak emosi kadang sukar dikawal..

    BalasPadam
  2. 3 peringatan terbaekkk sebelum pru13:
    1)jgn melatah bukak silat nak gocoh
    2)amaran & peringatan keras dan berulangkali (secara lisan, takperlu nak berpencaksilat nak gocoh!) kepada pendatang2 atau pekerja2 asing samada kenal atau tak, supaya jangan sesekali mahupun 2-3 atau banyak2 kali, nak berani turutserta mengundi dalam pru malaysia!
    3)spr kasi bersih senarai pengundi, dan kasi bersih proses pilihanraya dari semua segi, dari pendaftaran pengundi hingga kebenaran berkempen hingga penjumlahan undi!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ 2

    BalasPadam
  3. BUNGA KALAU SATU KALER...BOSAN MAK MELIHATNYA...KALAU BANYAK KALER..HARI HARI MAK NAK TENGOK DAN HIDU BAUNYER....ITULAH PERPADUAN...BANYAK WARNA.

    BalasPadam