Khamis, 4 Oktober 2012

HAJI MADEY DENGAN LEBAI SOROS






HIMPUNAN KONSERT BERSIH  SABTU 13 OKTOBER
STADIUM KELANA JAYA 
JAM 4 PETANG - 12:00 MALAM




MAHATHIR, SOROS DAN  DOLAR  AMERIKA

Suaram ialah sebuah NGO  yang memperjuangkan hak asasi manusia. Pada tahun 1987 , Mahathir  telah melancarkan Operasi Lalang dan menangkap 106 musuh politiknya. Kerana Mahathir menggunakan ISA menentang  musuh politiknya  maka Suaram ditubuhkan.  Justeru, tidak salah kalau umum  berkata ‘ Suaram ini ditubuhkan oleh Mahathir Muhamad sendiri’.

Satu pekara yang wajib diberitahu  kepada warga ialah dalam negara Malaysia yang kurang hak kebebasan ini  amat-amat susah untuk menubuhkan NGO dibawah lembaga Pendaftaran Persatuan. Lebih senang mendirikan perniagaan  rumah judi dan membuka  ‘kedai lendir’ dari  mendirikan NGO. 

Kerana tekanan banyak  maka NGO di Malaysia ini ditubuhkan di bawah lembaga  Pendaftaran Syarikat. Suaram dikata ‘berniaga’  melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd. Ini kerana tidak dapat mendafar  diri sebagai satu pertubuhan.  Hanya   dengan mendaftar sebagai sebuah syarikat barulah  NGO ini dapat bergerak halal.

Pada ketika ini Suaram dan banyak NGO Malaysia sedang  diserang dan menerima pelbagai tuduhan. Sebenarnya Suaram  diserang  kerana membawa kes rasuah pembelian  kapal selam Scorpene ke mahkamah Peranchis. Kes ini pula berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya  - gadis cun dari Mongolia yang dikatakan oleh Balasubramaniam sebagai  bekas ‘penyedap’ Najib Razak.
 
Kes Scorpene  di  Mahkamah Peranchis yang sedang berjalan.  Dari laporan awal telah disahkan bahawa mahkmah  akan memanggil  Balasubramaniam,  ayah mendiang Altantuya Profesor Shaaribu, Najib Razak dan Razak Baginda sebagai saksi. 

Saheh dan jelas - kes Scorpene di Paris menjadi sebab utama serangan datang bertubi keatas Suaram. Mahkamah Paris akan membuktikan bagaimana Najib  Razak dan Razak Baginda meminta ‘duit sogokan’ dari syarikat DCNI – pembuat kapal selam.  Bukan kecik anak duit yang diminta  oleh Najib. Laporan awal dari mahkamah telah emnunjukkan Najib meminta  3 bilion ringgit dari DCNI.

Najib dan Razak Baginda boleh mengabaikan saman untuk tidak datang ke Paris. Tetapi impak dari surat saman ini  cukup besar. Bayangkan Perdana Menteri Malaysia ada saman  ‘ wanted’  dari  mahkamah Paris.  Kes rasuah ini pula melibatkan pembunuhan  seorang Minah cun. Minah bergetah  ini pula adalah bekas kekasih Perdana Menteri Malaysia. Berita ini pasti akan menggempakan dunia gosip  Eropah. Ini lebih hebat dari gambar  susu  Duchess of Cambridge.  Oleh kerana ini  Suaram wajib ditalkinkan kerana telah meletakan bom jangka ke dalam beg Birkin Rosmah Mansor.

Bagaimana pula dengan peranan Pak Cik Soros? Betulkah si Soros ini memberi dana kepada Suaram?  Apa tujuan memberi dana ini? Apa pula peranan Yahudi dan Amerika dalam membiyai NGO di Malaysia?

Selama berpuluh-puluh tahun manusia  Melayu Islam telah dijulingkan pandangan mereka dengan tuduhan bahawa Yahudi adalah pembawa masaalah. Dari Pak Lebai di kampong, ke Ustaz di sekolah, ke YB di Parlimen –  jika ada sahaja masalah maka semuanya berpunca dari Yahudi.  Akhbar dan media pula sering bertandak memperkukuhkan pandangan rasis ini.
 
Memang betul Soros itu seorang  Yahudi. Sama juga saperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabu Yakob, Nabi Yahya  – kesemua mereka ini berketurunan Yahudi. Tetapi disini bukan keYahudian Soros yang  dipertikaikan.   Yang menjadi puncanya ialah duit Soros yang bergantang-gantang itu telah disalurkan kepada badan NGO yang bergerak di seluruh dunia.

Sekali lagi saya ingin menerangkan disini bahawa Yahudi itu ialah bangsa dan agamanya ialah Judaisma.  Ada Yahudi beragama dan banyak  juga  Yahudi   yang tidak beragama.

Yang membuat huru hara dalam dunia hari ini ialah Zionisma. Zionisma adalah gerakan politik. Gerakan politik inilah  yang menjajah bumi Palestin.  Ramai Yahudi  menentang Zionisma.  Ramai Yahudi tidak bersetuju dengan penubuhan Israel.

Gerakan Zionist International berkerja rapat dengan kapitalis antarabangsa. Kaum Zionis dan kaum kapitalis ini tidak ada agama, bangsa, bahasa  atau negara.  Tuhan kaum Zionis dan kaum Kapiltalis ialah dolar, riyal dan ringgit.

Sayugia diingatkan ramai Yahudi menentang Zionisma. Sayugia  diingatkan selain dari New York, Tehran ialah kota  yang paling ramai didiami oleh Yahudi.   Malah Pak Cik Soros sendiri tidak menyokong gerakan Zionis dan tidak mengidentifikasi dirinya sebagai warga Israel. Soros adalah  warga Amerika  - imigran yang berasal usul dari Hungary.
 
Lalu timbul persoalan kenapa Soros – yang kaya raya sebagai peniaga mata wang – memfaraidkan banyak hartanya kepada NGO. Soros bukan sosok sosialis jauh sekali untuk bersimpati kepada gerakan komunis.

Soros ialah seorang kapitalis yang percaya bahawa peranan kerjaan/daulah/state dalam urus niaga perlu dikurangkan. Soros yakin hanya melalui perdangan bebas  barulah negara dapat maju berkembang. Soros berkeyakinan jika sebuah negara itu mengamalkan demokrasi maka warganya boleh memperbaiki kehidupan.

Keyakinan Soros ini lahir dari pengalaman dirinya yang lahir dan  membesar di Hungary  - negara sosialis dimana daulah memiliki kuasa mutlak. Soros berpindah ke Amerika dan berjaya mengumpul harta. Dari pengalaman pribadi ini Soros  yakin kebebasan individu adalah rukun untuk kejayaan. Juga sebagai seorang kapitalis Soros tidak mahu campur tangan kerajaan/daulah dalam urusan perniagaan.

Berapa banyak harta kekayaan Pak Cik Soros bukan ajenda kita. Apa yang ingin saya terangkan disini ialah wujudnya  garis pertemuan diantara falsafah Soros yang mahukan dunia ini bebas dan gerakan NGO yang juga memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.

NGO di Malaysia mahukan sebuah negara yang adil,  bebas dan demokratik. NGO di Malaysian mahu pilihan raya yang bebas dan adil.   NGO Malaysia mahu media yang bebas tanpa sekatan. NGO Malaysia menolak  tahanan tanpa bicara. Semua nilai-nilai  yang dihayati oleh Pak Cik Soros.

Justeru George  Soros, seorang Yahudi peniaga mata wang telah mengarahkan Open Society Institute (OSI)  untuk menghulurkan dana  kepada NGO di Malaysia. Maka dari jalur inilah  Suaram mendapat sebahagian dari dana sokongan.
 
Sokongan dana dari Pak Cik Soros ini bukan hanya  ke Malaysia, malah di Afrika, di negara Arab, di Amerika Latin, di  Eropah Timur  – Yayasan Soros telah mencurahkan dana untuk mengembangkan demokrasi.

Kenapa sekarang timbul hal Pak Cik Soros ini?  Ajenda anti NGO yang dilancarkan oleh  United Malays National Organisation ini  memiliki  latar yang menarik. Parti politik ini sedang dalam keadaan nazak.  Semenjak kekalahan dalam PRU12, parti politik ini telah melakukan pelbagai kerenah untuk mengembalikan  sokongan rakyat terutama manusia Melayu.

United Malays National Organsiation telah bersubahat membalingkan kepala babi ke dalam masjid. Telah bersubahat membakar gereja. Telah bersubahat mencurahkan cat ke masjid. Telah mengosong kepala lembu ke Pejabat Kerajaan Selangor. Semua yang diharap-harapkan untuk  menaikkan kemarahan orang Melayu telah dilakukan. Semua yang dirancang untuk  menimbulkan ketengangan bangsa-bangsa telah dilakukan oleh budak suruh atau anak syarikat parti ini.

Hasilnya meleset. Orang Melayu tidak ambil pot. Orang Melayu tidak  mengamok bila ditemui kepala babi dalam masjid. Orang Melayu buat deeek apabila  surau dan masjid di simbah cat.  Apa sudah jadi?  Jawabnya ialah orang Melayu sedar bahawa  semua yang berlaku  adalah  rancangan dan komplot dari United Malays National Organisation untuk mencari sokongan Melayu.
 
Lalu, Majlis Fatwa berfatwa. Lalu Mufti bermufti-muftian dengan suara khutubahnya.  Jabatan agama telah membuat arahan.  Iman tua dan Imam muda telah membebel. Sultan telah bertitah.  Semua meminta agar orang Melayu bersatu. Semua meminta agar orang Melayu memberikan sokongan kepada United Malays National Organisation.  Hasilnya zero..zilch.. sifar... orang Melayu tidak ambil pot.

Bayangkan betapa gementarnya tubuh badan  pemimpin United Malays National Organisation apabila menghadapi hakikat yang PRU13 akan dijalankan tidak lama lagi. Pengundi China telah lama lari. Pengundi India pecah terbarai. Di Sabah dan Sarawak  nasionalisma Kadazan dan Dayak sedang melonjak. Semangat anti Semenajung kian merebak.  Semua ini adalah tanda-tanda parti Ketuanan Melayu ini akan lungkup.

Maka keluarkan Mahathir Muhamad  saperti saekor kaldai tua  dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si kaldai tua ini  tidak sedar zaman telah beredar.  Pada satu ketika dahulu si kaldai tua ini  amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya telah diketahui imum.

Setiap hari Mahathir Muhamad mengeluarkan fatwa – tentang Melayu hilang kuasa, tentang Melayu akan jadi hamba, tentang Melayu  tidak berterima kaseh, tentang  Melayu tidak bersyukur, tentang Melayu akan jadi kuda China, tentang kuasa politik Melayu kian mengecil.

Mahathir bersedih. Dia merayu. Dia menangis pilu di Mingguan Malaysia.  Dia mengingatkan bahaya Soros dan Yahudi kepada orang Melayu.  Auta punya auta – kelentong punya kelentong -  Mahathir  terlupa bahawa Yayasan Perdana  yang dipimpin oleh dirinya sendiri pernah meminta duit dari Pak Cik Soros.  Tunggu ceritanya minggu hadapan. (TT)

NOTA: tulisan ini telah disiarkan
 dalam akhbar SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini 
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45


8 ulasan:

  1. lastly mahathir is a devil....
    kah...kah....kah....

    BalasPadam
  2. kah kah..and milayoo is a bastard sanggup jadi barua mamak since parameswara

    BalasPadam
  3. Mulus sekali artikel ini yang menjernihkan bicara kalut Suaram diserang dek rejim. Yang best tu Madey akhirnya bagaikan kaldai tua laung/melalak tapi tak ada impak lagi, justeru UMNO akan dipinggirkan tapi pengundi bangla,indo, nepal,myanmar, filipino boleh kacau daun.

    BalasPadam
  4. aku melayu...ko melayu..kita sama...( dalam hati kutty tu terdetik....hahahahahah aku baham le korang hidup hidup....hahahahaha)

    BalasPadam
  5. Last sekali Madey juga lupa yang dia bukan Melayu tapi Kutty Pariah!Kah..Kah..Kah

    BalasPadam
  6. Ape guna kuasa rakyat..klu pr x ok humban pr ni..yg pnting nk humban legasi bn ni dlu yg penuh korup..kite tegak islam yg sebenar,kite bersih pdrm bdn kehakiman sprm dll..xdela ari2 kite nk ngadap TT lg psni..he he he,TT pn leh idup ngn tenang..

    BalasPadam
  7. pernah cuba daftar NGO?tak sampai 2 minggu dah dapat daftar NGO...dah buat fact finding?ke sekadar cuba nak becerita yg kat malaysia ni semuanya konspirasi?

    BalasPadam
  8. tak payah la p himpunan bersih rock itu kan elok p masjid dpt pahala....ni semua keja syaitan je...bertaubat la kwan2 ku...

    BalasPadam