HIMPUNAN BERSIH ROCKS
STADIUM KELANA JAYA
SABTU 13 OKTOBER 2012
JAM 4:00 PETANG
KITA BERHIMPUAN MENUNTUT 8 TUNTUTAN
Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
8 Oktober 2012
RESOLUSI SAMM 03/2012
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 di Sekinchan, Selangor pada 6 Oktober 2012. Rapat yang diadakan sehari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 10.00 malam menghimpunkan hampir semua penyelaras SAMM peringkat Kebangsaan, Negeri dan Kawasan serta menghimpunkan orang sumber dari perbagai latar sesuai dengan agenda rapat kali ini "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". Maka telah dilahirkan beberapa gerak kerja yang praktikal dan yang telah disimpulkan dalam 8 Resolusi.
Berikut ialah resolusi SAMM sempena rapat kali ini yang perlu diangkat kepada massa;
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.
2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’ Pertualang Negara.
3. Media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya regim pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif. Satu siri latihan dan gerak kerja penyampaian maklumat telah disusun di seluruh negara untuk perlaksanaan segera.
4. Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan Bn dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat. Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno / Bn di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu.
5. SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintahan regim ini wajib tidak diperbaharui. SAMM akan meneruskan usaha pendedahan penyelewengan regim dari masa ke semasa. SAMM akan terus berkerjasama dan menghargai usaha semua termasuk kakitangan awam yang mendedahkan maklumat penyelewengan. Kakitangan awam yang berani tampil mendedahkan penyelewengan regim adalah hero rakyat dan bagi kes tertentu SAMM akan memastikan identiti mereka terus dirahsiakan.
6. Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti regim untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa. SAMM dengan ini akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara. Satu program khusus sedang dirangka sesuai dengan maksud tersebut. Sebuah ormas yang dikenali sebagai APS dikenalpasti sesuai untuk menjadi rakan strategik SAMM.
7. SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar. Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.
SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.
Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.
8. SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Sememangnya wujud musang berbulu ayam dan mereka ini seharusnya diperhatikan namun ia seharusnya tidak menghilangkan fokus menyatu gerakan menumbang regim. Sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) menyatu gerakan rakyat menumbang musuh utama akan diteruskan. Kerjasama dengan sekutu – sekutu diperbagai peringkat akan dipertingkatkan. SAMM akan berkerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
Resolusi SAMM ini bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan regim pemerintah. Inilah "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13".
"Perubahan Itu Harus DIdesak!"
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
HIMPUNAN BERSIH ROCKS
SABTU 13 OKTOBER JAM 4:00 PETANG
STADIUM KELAN JAYA
MENUNTUT 8 TUNTUTAN
'Propaganda'
BalasPadamtolong habag mai apa erti benda ni?
Mmng ptt pntau tmpt pilihan raya nti..kasi warning kt pati ni jgn masuk cmpur..klu dgil jg mmng kena tarukkk pati ni..surat layang dn mcm2 harus d edar dr skng ni bg mereka pk 3 4 kali nk ngundi ms pru nti
BalasPadam