Rabu, 31 Oktober 2012

HUTAN NEGERI SEMBILAN DI REMBAT OLEH MAT IHASAN ADIK BERADIK



NOTA: 
maloan ini akan ditendang oleh najib
pada ketika ini ramai gedebe geerombolan
terutama tim mat isa dan tim budak itam
sedang berusaha kuat untuk membelangkong malaon ini

dokumen dokumen dalam tangan rafizi
ini datangnya united malays national organisation
bahagian kuala pilah kerna banyak sungai dah
kering kerana maloan ini curi balak

 

SKANDAL PENGURUSAN TANAH NEGERI SEMBILAN:
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 MENEGUR KERAJAAN NEGERI SEMBILAN KERANA TIDAK MENGGANTIKAN HUTAN SIMPAN

KEADILAN merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang disiarkan Sinar Harian pada 25 Oktober 2012 mengenai pendedahan penyelewengan pengurusan tanah hutan simpan di Negeri Sembilan.

Antara lainnya, beliau menyebut bahawa Kerajaan Negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan. Malah, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan 4,800 hektar tanah setiap tahun dari hutan simpan bagi tujuan pembalakan dan hasil kayu.

KEADILAN mengulangi kecaman sebelum ini yang masih belum dijawab oleh Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa keputusan EXCO membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sehingga kini, Mohamad Hassan masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. KEADILAN beranggapan tindakan beliau berdiam diri itu sebagai tanda-tanda tuduhan yang dibawa ada asasnya. Oleh yang demikian, saya, pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO akan membuat satu laporan polis di Seremban pada hari Khamis 1 November 2012 jam 3 petang agar satu siasatan dapat dimulakan segera.

Kenyataan  Mohamad Hassan mengenai penggantian hutan simpan juga cuba menyembunyikan keadaan sebenar.

KEADILAN telah menyemak dokumen-dokumen rasmi yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang telah diambil untuk kegunaan lain. Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Mohamad Hassan, jumlah keluasan hutan simpan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar.

Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:


Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tahun 2007 dan 2010 memberikan perbandingan berikut:

Negeri
Keluasan hutan simpan baru yang diwartakan* antara 2005 hingga 2010 (hektar)
% hutan simpan yang diganti**
Perak
102,057
11.5%
Johor
76,436
21.5%
Pahang
38,770
2.5%
Selangor
16,348
7.0%
Terengganu
9,072
1.7%
Pulau Pinang
664
12.2%
Perlis
81
0.8%
Wilayah Persekutuan
2
3.3%
Kedah
0
0.0%
Melaka
(367)
(7.1%)
Kelantan
(5,518)
(0.9%)
Negeri Sembilan
(8,616)
(5.3%)
*Hutan simpan baru yang diwartakan TOLAK hutan simpan sedia ada yang dibatalkan. Angka negatif menunjukkan hutan simpan sedia ada yang dibatalkan tidak diganti
**Peratusan hutan simpan yang tidak diganti berbanding dengan keluasan keseluruhan keluasan hutan simpan yang diwartakan. Angka negatif menunjukkan kadar cepatnya hutan simpan semakin hilang di negeri itu


Oleh kerana rekod Kerajaan Negeri Sembilan yang buruk dari segi menggantikan hutan simpan, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dilampirkan bersama (Perkara 3.3.2) menegur dan mengesyorkan Kerajaan Negeri Sembilan (melalui Jabatan Perhutanan Negeri) untuk mengenalpasti dan menggantikan hutan simpan yang telah dibatalkan. Ini adalah kerana penggantian hutan simpan bagi menggantikan hutan yang telah diterokai adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara 1984.

Adalah jelas bahawa kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Negeri Sembilan adalah berleluasa dan diluar kawalan apabila hutan simpan yang dibatalkan statusnya tidak diganti. Pada kadar kehilangan hutan simpan 5% setiap 5 tahun, anggaran KEADILAN kawasan hutan dan tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun, terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan semakin berkurangan.

Oleh yang demikian, KEADILAN menggesa  Mohamad Hassan membentangkan kepada rakyat dengan serta merta semua maklumat konsesi pembalakan yang telah dan akan diberikan melibatkan kuota 4,800 hektar setiap tahun seperti yang disebut oleh beliau sebelum ini. Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada Kerajaan Negeri dan status hakmilik tanah-tanah ini setelah diterokai.

Sekiranya perkara ini tidak berlaku, KEADILAN akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat durian runtuh dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno/Barisan Nasional Negeri Sembilan.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

T KUMAR
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
30 OKTOBER 2012


MARI BUAT RAMAI 
DEMO DI SEREMBAN


2 ulasan:

  1. SEMUA MENTERI LANTIKAN MADEY KUTTI THE BOSS LEMAS SEKARANG NI....SEMUA TENGAH BELAJAR BERENANG KUAK KUPU KUPU.....TULAH...KUPUSAMY NAK AJAR DULU DEGIL...KAN MENGUPU NGUPU KO...AILAH BADAN...AILAH NYAWA...BERCERAILAH BADAN DAN NYAWA KALAU RAKYAT TAHU...RAFIZI NI PUN SATU...JANGANLAH BAGITAHU SESIAPA....JAHAT PUNYA RAFIZIZ.....BENCI MAK....

    BalasPadam
  2. Selangor perlu ganti banyak... PP ganti agak banyak mengikut % tetapi masih rendah!

    PATUT KE EMPAT-EMPAT NEGERI PAKATAN MELEBIHI 50% GANTI dan menjadi contoh kepada NEGERI2 BN...

    Walaupun memang ternyata, BN paling buruk dalam menggantikan hutan yang ditarah, walaupun PR agak-agak buruk dalam menggantikan hutan yang ditarah!

    BalasPadam