Selasa, 23 Oktober 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



Kenyataan Umum
23 Oktober 2012
BERSEDIA UNTUK KE JALANRAYA ATAU DITIPU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini memandang serius khabar angin mengatakan PRU makin hampir dan kemungkinan diadakan tahun ini. Kelihatan parti - parti politik atau aktivis yang melawan regim nampaknya juga sedikit terhanyut dengan persiapan PRU yang memperlihatkan betapa peluang untuk menang tinggi berdasarkan mood perubahan rakyat.

Namun SAMM mahu semua pihak sedar, regim pewaris penjajah ini sudah terlalu banyak jenayah terkumpulnya. Mereka pernah berikrar biar hancur tulang namun Putrajaya harus dipastikan tidak terlepas. Maka dalam PRU kali ini semua elemen akan digunakan untuk memastikan 'kemenangan' parti regim. SPR sudah tentu menjadi aparat utama untuk melaksanakan penipuan.

 Bukan setakat penipuan media tetapi penipuan lebih dasyat lagi. Klik sini lihat penipuan janji Najib. Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan. Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan rakyat walaupun secara paksa.

PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.Klik untuk baca lanjut.

Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara. klik sini untuk baca lanjut.

antara contoh lain ialah Mohd Nawi Daud, bernombor kad pengenalan 500508-03-5345 mengundi di Daerah Mengundi Seksyen 16 mengikut daftar pemilih 2008.

Daftar turut menunjukkan alamatnya ditanda sebagai ‘Tiada’ dengan nombor rumah ditulis sebagai ’28′.

Ada berpuluh ribu rumah di Shah Alam, di Seksyen 16. Yang mana satu? Apa tujuan kemaskini tetapi dirombak dengan begitu mengelirukan?
Kejanggalan dalam senarai daftar pemilih berlaku apabila ada permohonan menjadi pengundi sebelum lahir. 
 
H’ng Sau Ching bernombor kad pengenalan 790823-08-5885, lahir pada 23 Ogos 1979 di Parlimen Parit Buntar memohon menjadi pengundi pada 15 Januari 1950.

Contoh permohonan menjadi pengundi pada hari kelahiran pula berlaku pada individu bernama Nur Khalida Salmi Mohd Nawar, pengundi di Serdang dengan nombor kad pengenalan 821026-10-5010.

Manakala permohonan sebelum umur masuk persekolahan berlaku di Parlimen Setiu kepada individu bernama Zulkarnain Harun bernombor kad pengenalan 790531-06-5559.

Individu ini memohon menjadi pengundi ketika berumur 11 bulan 29 hari.
Sehingga kini belum ada petanda daftar pemilih diperbaiki.

Pilihan raya mungkin akan diadakan pada Januari 2013. Rekod tak jelas. Bermakna pilihan raya akan dijalankan dalam penipuan,

Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan. Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.

Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya. Jawatankuasa BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan perbagai pihak. Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya. Regim pekak ini harus diasak dengan berani.

Perlu usaha serius dari semua pihak ! Satu juta ke jalanraya "bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia"



che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

3 ulasan:

  1. nak tau gak, apa ulasan ai, tgna, lks, ambiga, pak samad...?

    dan jika mereka tidak sependapat,
    adakah tetap mampu mengembeling 1juta utk turun satu gelanggang sama (bukan tempat lain2) bagi memberikan isyarat jelas dan padu bangkangan rakyat pada tindaktanduk spr dan kawanan kera?

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)

    BalasPadam
  2. Tolonglah jangan berdemo lagi!

    Kalau demo BERSIH dibuat sekali lagi, aku risau BeEnd tak akan jumpa terus tarikh utk buat PRU 13 nanti...

    BalasPadam
  3. YA BETUL BETUL...TOLONGLAH TOLONGLAH...NO DEMO DEMO KAWE KAWE....TOLONGLAH...KANG DAPAT TAYAR TEKSI LAGI...BRIM UP 800,TELEFON FREE,ELAUN BUKU 500...NO NON OOO TOLONGLAH JANGAN BUAT DEMO...TOLONGLAH WEIIII....

    BalasPadam