Selasa, 30 Oktober 2012

KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



BERHIMPUN DI:
taman seremban jaya
( dekat tol senawang)

50 RIBU BERHIMPUN 
DI DATARAN SEREMBAN
MENUNTUIT 8 TUNTUTAN

50,000 - PRA – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU INI – keadilan daily

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) mensasarkan kehadiran 50,000 peserta pada Pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang, Sabtu ini.

“Kita mengharapkan negeri-negeri di selatan tanah air iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat menghantar seramai mungkin peserta memandangkan kedudukan mereka lebih hampir dengan lokasi himpunan,” kata Pengarah Himpunan, Mohamad Sabu.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, himpunan tersebut akan menggabungkan empat warna yang menjadi simbol kepada beberapa tuntutan rakyat yang masih belum ditunaikan kerajaan sehingga kini.

“Warna-warna tersebut terdiri daripada merah, kuning, hijau dan oren,” jelasnya.
Beliau berkata, warna kuning mewakili Himpunan Bersih yang menuntut lapan perkara, manakala hijau berkaitan dengan alam sekitar yang membantah projek Lynas serta Pengerang.

“Warna merah mewakili tuntutan royalti rakyat Kelantan, manakala oren mewakili tuntutan peneroka Felda. Jadi terserah kepada peserta untuk memilih warna baju untuk dipakai pada himpunan itu nanti,” jelas Mat Sabu dipetik Harakah.

Tambahnya, himpunan itu adalah ekoran sikap kerajaan yang masih tidak melayan tuntutan lapan perkara pada Himpunan Bersih sebelum ini termasuk membersihkan senarai daftar pemilih.

“Kita lihat daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, terdapat terlalu banyak nama pengundi meragukan, sebab itu kita mengambil keputusan mengadakan himpunan ini bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan kita,” tegasnya.

Program itu merupakan pemula kepada program jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan selepas itu.

Ia dijadual bermula jam 4 petang hingga 12 malam dengan dihadiri semua kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Antaranya termasuk Ketua Umum KEADILAN,  Anwar Ibrahim; Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 3 November ini namun ditangguhkan kerana stadium tersebut akan digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.

 
Ia telah diumumkan ditunda ke Januari tahun hadapan dan pihak penganjur sedang membuat permohonan untuk mendapatkan sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.

Bagaimanapun, pelancaran himpunan itu tetap dibuat pada tarikh sama tetapi dengan mengubah tempatnya ke Senawang Negeri Sembilan.

Dari Negeri Sembilan, program jelajah Kebangkitan Rakyat pula akan bergerak ke seluruh negara mengikut zon dan negeri.

Menurut Mat Sabu, mereka akan bergerak ke setiap negeri termasuk Kedah, Terengganu, Pahang, Johor serta Perak dan diikuti negeri-negeri lain sebelum kemuncak himpunan tersebut di ibu negara Januari tahun hadapan.







6 ulasan:

  1. Pi mampoih la woi...tukaq la nama perhimpunan ni jadi "Perhimpunan Syok Sendiri Sejuta Umat"...dah tau nak kena tipu dok gatai nak pi berimpun buat apa lagi..duduk lah diam2 kat rumah tengok macam mana depa nak tipu...dah berapa kali berimpun dah hoi... takdak sapa amik pot pun...lagi kuat lagi depa kuntau adalah...lepas tu bila pi berimpun, kena katok dgn FRU, ramai yg mampuih, mulalah buat muka toya mat amin depan cnn, aljazeera, bbc nak bagi dunia tengok dan simpati konon. Kalau dah nak jadi hero sangat cuba dua tiga orang top leaders mcm nuar brahim ka, lge ka, azmin ka dok depan skali masa berdemo tu, pastu tunggu FRU katok sampai pecah kepala dan mampuih berbuih mulut... Baru lah ada kick sket...barulah omputih kata we make a difference...baru anak cucu kenang dan buat tugu kenangan...ni takdak...melalak sana sini, poyo sana sini cari glamer... Kalau depa2 ni mampuih pun so what, berlambak lagi dok ada orang2 yg lagi terrer...lagi cool dari mat2 poyo ni...Woi dunia lain pun dah tak amik pot dah la...pi mampoih la dgn hangpa...negara depa pun dok carca merba..pandai2 lah hangpa...Cuba hangpa ambik la sikit contoh lembu korban tu...depa ni dah tau nak kena korban rilek saja...kehkehkeh...dah tau esok lusa nak kena korban, takdak pun sibuk2 dok berhimpun sana sini berdemo...Lembu2 ni pun tau kalau depa dok tergedik-gedik meronta-ronta, lagi sakan depa kena belit dan kena balun. Lebih baik dok rilek makan rumput kenyang2...besok bila dah mampuih kena sembelih....so what berlambak lagi lembu lain dok ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodo taknak pegi pegang telor sendiri la pahal nak pegang telor org lain bangang

      Padam
  2. ada jodoh ....JUMPA DISANAAAA DISANAAAAAA......

    BalasPadam
  3. KUALA LUMPUR, Oct 30 — Negeri Sembilan mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang telah diambil untuk kegunaan lain, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
    Menurut Rafizi, dalam kenyataan menteri besar Negeri Sembilan, kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan.

    “PKR telah menyemak dokumen-dokumen rasmi yang secara jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai rekod paling buruk dari segi kegagalan menggantikan hutan simpan yang telah diambil untuk kegunaan lain.

    “Walaupun ada sedikit penggantian sebanyak 2,400 hektar seperti yang disebut oleh Datuk Seri Mohamad Hassan, jumlah keluasan hutan simpan yang dibatalkan statusnya bagi tujuan pembalakan adalah jauh lebih besar,” kata Rafizi dalam sidang media di Parlimen hari ini.

    “PKR mengulangi kecaman yang masih belum dijawab oleh Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa keputusan EXCO membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

    “Sehingga kini, Datuk Seri Mohamad Hassan masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. PKR beranggapan tindakan beliau berdiam diri itu sebagai tanda-tanda tuduhan yang dibawa ada asasnya.

    “Oleh yang demikian, saya, pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO akan membuat satu laporan polis di Seremban pada hari Khamis 1 November 2012 jam 3 petang agar satu siasatan dapat dimulakan segera,” kata Rafizi dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

    Menurut Rafizi, kenyataan Mohamad Hassan mengenai penggantian hutan simpan juga cuba menyembunyikan keadaan sebenar.

    Rafizi berkata laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dilampirkan bersama dalam Perkara 3.3.2 menegur dan mengesyorkan Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perhutanan Negeri untuk mengenalpasti dan menggantikan hutan simpan yang telah dibatalkan.

    “Ini adalah kerana penggantian hutan simpan bagi menggantikan hutan yang telah diterokai adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara 1984.”

    Rafizi berkata bahawa jelas bahawa kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Negeri Sembilan adalah berleluasa dan diluar kawalan apabila hutan simpan yang dibatalkan statusnya tidak diganti.

    “Pada kadar kehilangan hutan simpan 5% setiap 5 tahun, anggaran PKR kawasan hutan dan tadahan hujan di Negeri Sembilan boleh pupus sepenuhnya dalam tempoh 50 tahun, terutamanya apabila semakin tahun hutan simpan semakin berkurangan.

    “Oleh yang demikian, PKR menggesa Datuk Seri Mohamad Hassan membentangkan kepada rakyat dengan serta merta semua maklumat konsesi pembalakan yang telah dan akan diberikan melibatkan kuota 4,800 hektar setiap tahun seperti yang disebut oleh beliau sebelum ini.

    “Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada Kerajaan Negeri dan status hakmilik tanah-tanah ini setelah diterokai,” katanya lagi.

    Menurut Rafizi lagi, sekiranya perkara ini tidak berlaku, PKR akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat durian runtuh dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno dan Barisan Nasional Negeri Sembilan.

    Dalam laporan tahunan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dari tahun 2007 hingga 2010, Negeri Sembilan berada di tangga tercorot dari segi keluasan hutan simpan baru yang diwartakan dari tahun 2005 hingga 2010, iaitu keluasan sebanyak 8,616 hektar hutan simpan masih belum digantikan, iaitu 5.3 peratus dari keluasan keseluruhan dari hutan simpan yang perlu diganti. apo kono eh..Jang...

    BalasPadam
  4. Yang mengundi itu BANGANG, yang berdemo juga BANGANG, Yang Melalak di Jalan Raya juga BANGANG. Dah tahu kena tipu pun masih lagi buang UNDI. Dah Tahu SISTEM itu DIATUR mengapa masih lagi pergi mengundi..PAtut BOIKOT pilihanraya ni selepas PARLIMEN dibubar...Xde sape2 akan memerintah..VACUUM OF POWER...HALAU sistem PUKIMAK yang diciplakdari BRITISH ni, HILANGKAN KUASA RAJA2GOPAL.. kah kah kah kah kah kah kah kah....BODO semua...BADAK AKAN BERENDAM DI PUTRAJAYA sampai la dia Lemas...kah kah kah...4 negeri yang korang menang tu pun ntah2 dirancang...kah kah kah kah...

    BalasPadam
  5. S.P.R.......stand for SYAITAN PUNYA REGIM........

    BalasPadam