KITA MULAKAN PENCERAHAN
akhirnya ada juga akal dan
fikrah yang rasional
akhirnya satu langkah
diambil
untuk mengelak bayi
dibuang
akhirnya satelah beribu
bayi mati
baru lah sampai kesedaran
diharapkan langkah ini
akan mengurangkan bayi
dibuang mati
NOTA:
pasti para moralis akan
heboh
pasti para ortopedik moral
yang hibah
bayi dibuang untuk mati
MODUL
CEGAH HAMIL LUAR NIKAH DALAM KOKURIKULUM TAHUN ENAM, TINGKATAN TIGA - mStar
KUALA
LUMPUR: Satu projek perintis untuk mendidik pelajar mengenai bahaya seks luar
nikah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kokurikulum sekolah pada bulan
lepas, yang merupakan cara untuk mencegah kehamilan di kalangan gadis di bawah
16 tahun.
Pelaksanaan
itu merupakan antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu sosial yang mencatatkan lebih 6,000
kehamilan dan kelahiran yang melibatkan gadis di bawah usia 16 tahun sejak
tahun 2000.
“Berdasarkan
data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejumlah 6,820 kehamilan dan kelahiran
melibatkan gadis di bawah 16 tahun telah direkodkan antara 2000 dan 9 Oktober
2012,” kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Chong Eng (DAP-Bukit
Mertajam) di Parlimen.
Projek
perintis itu merupakan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, mengajar murid
Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga mengenai risiko dan bahaya seks menerusi
program Kesihatan Reproduktif dan Sosial.
Program
itu berdasarkan modul Kesihatan Reproduktif Remaja oleh Persatuan Kesihatan
Reproduktif Persekutuan.
“Program
ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada kokurikulum untuk Tahun Enam dan
Tingkatan Tiga selepas peperiksaan UPSR dan PMR, serta pelajar yang menjalani
peperiksaan khas di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mulai
September,” katanya.
Kementerian
itu berkata, terdapat 67 guru diberi latihan untuk mengajar 1,360 pelajar
mengenai bahaya dan risiko seks sebelum berkahwin semasa program itu diadakan
antara 8 dan 10 September.
SATU HIMPUNAN LAGI
UNTUK MENUNTUT 8 TUNTUTAN
UNTUK MENUNTUT 8 TUNTUTAN
Salam Yob Tukar Tiub
BalasPadamMasa kelas berkenaan, budok tak datang sekolah sebab sibuk tengah buat projek. Hahahah!
Sekolah terpilih? pelajar dia dah pandai2.. :) sekolah tak terpilih camno?
BalasPadamPada pandangan saya yang selalu pi sekolah la.. biasa pelajar yang tak pandai ni yang lebih banyak berpacaran.. bila berpacaran tentu la terasa nak peluk meluk.. terasa nak mencuba itu ini hehe.. dah tak pandai dan malas nak belajar.. apa lagi depa nak buat yea tak..
Banyak kes buang bayi disekolah adalah mereka2 yang kurang pandai malas nak belajar, kurang perhatian dan kawalan ibu bapa etc.. atau leh kata anak liar.. etc.. walau semua manusia sama ada perassan nafsu dan sebagainya pendidikan kesedaran dan kawalan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah..
Wallahualam.
Tampa nama 9.01
PadamHang main taram je budak kurang pandai malas nak belajar. Hang tau apasal budak malas? Pasal dpt cikgu mcm hang hang la buta kayu bita perut. Menteri pung bodo mcm hang.
Kalu pelajer kurang pandai apasal tiap kali result upsr, pmr, spm dan stpm kat utusang n rtm, tv3 semua tulis "keputusan terbaik"?
Sebagai contoh dulu kat sekolah aku la kaki pontong pasal cikgu skema gila. Takboleh nak pakai jacket dan bawak gitar sekolah. Tapi sekarang cikgu yg selalu sebat aku pung sekarang respect. Selalu minta donation.
Sistem pendidikan kena betul. Menteri kena tukar. Gaji cikgu kena naik baru budak seronok kesekolah.
Betui tu anon 11:04.... Bill gate pun x abis sek, billionaire lg tu.....
PadamSist pendidkan kena betui dulu.. Baru budak2 bleh elok... La ni kalau sapa ingatan kuat mcm robot, budak tu la paling pandai. ..
Berapa byk lagi gaji cikgu nak naek? Berapa cukup? Mmg banyak billionaire yg xhabis sekolah....bill gate or pengasas facebook tu...dia xhabis belajar tp dia addict dgn apa dia buat...pai la ade windows dan facebook...budak depa pun ramai yg kecik kecik dh hacker computer...C++ ni mcm lauk jela...ni kalau budak kite bg komputer dpn dia yg mana baek tu berfacebook dan youtube jela...tp yg hok lagi ramai cari citer lucah. ..gambar bogel....tu je ade dlm kepala...ade la sikit sikit yg kepala business search kat lebai google how to make syabu for dummies hahaha mcm anak pelakon tuuuuu
PadamDia sebenarnye malas jadi tak pandai bila dah malas dan tak pandai mula la rasa nak enjoy
BalasPadamtu jadi tak pandai..
pi la sekolah jadi cikgu tengok worklaod dari duduk depan komputer ngutuk orang jo takda paedah..
pehal orang sekarang suka melenting tanpa usul periksa.. GILA APA..
Banyak budak sekolah la ni pi sekolah bukan nak belajar nak berhibur.. nak merempit.. so tu tak mustahil gejala sosial melanda..
BalasPadampernak nampah kajiselidik keluar kat paper dulu ramai budak sekolah ni dah takda dara.. depa kata tak luak pon.. huh..
memang benda camni patut diajar supaya depa tahu mengelakan dari mebunuh.. kalau dah tak boleh ajar moral dan agama nak buat camna kan..
sekolah pon pening bukan la cikgu taknak buat apa tapi kalau jentik pon mak bapak melenting nak saman cikgu cikgu so dari sakit jantung lantak la ajar sape yang nak belajar..
tu luahan kengkawan cikgu la nak buat camna dah cuba sedaya upaya kalau tak percaya sila la pergi mengajar masuk sekolah2 dari sodap jo ngato cikgu.. rasakan langit tu tingi ke rendah..
komentar tarak otak ! ..nie macam nak maju jaya ! ..kelaut la kalu gini ..sedih !!
BalasPadamSebagai manusia perlu difikir kaedeah mengajar membuka fikiran supaya bertangungjawab.. tak kira la lelaki ka perempuan..
BalasPadamBukan apa sebagai bapa/ibu risau bila sistem dan moral tak dapat dibendung dan orang dah expert akan ada tokan2 kondom pulak muncul disekolah..
Ingatlah sebagai orang Islam bila kamu tak boleh selesaikan masalah kembali la kepadaNya.. Al-Quran.. Tapi orang sekarang nak kembali kepada AlQuran pon bergaduh.. Hmm.. WallahuAlam..