Khamis, 4 Oktober 2012

PERHIMPUAN SEJUTA RAKYAT





TEOH BENG HOCK  KAN BERSAMA DI HIMPUNAN 8 TUNTUTAN BERSIH

 KEBANGKITAN SEJUTA RAKYAT - MENUNTUT 8 JANJI BERSIH
hampir dilupakan bahawa
8 tuntuan bersih masih tidak dipedulikan

masih cuba di tenggelamkan
dengan berita bangang
dengan berita bodoh
agar orang ramai lupa
spr sedang merancang untuk menipu

kerajaan pakatan rakyat di selangor akan jatuh
bukan kerana kerajaan selangor rasuah
bukan kerana tidak bijak mentadbir
pakatan akan kalah kerana undi tipu

pakatan rakyat akan gagal ke putra jaya
bukan kerana tidak ada sokongan
bukan kerana  pemimpin tidak bijak
bukan kerana kurang sokongan
pakatan akan gagal kerana
spr telah merancang projek tipu
untuk memastikan united malays national organisation

HANYA JALAN RAYA MENGUBAH DUNIA
Pakatan akan anjurkan perhimpunan pada 3 November tuntut pilihan raya bersih
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November untuk menuntut pilihan raya yang bersih, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu  hari ini.
Beliau berkata keputusan ini dibuat kerana mereka mendapati “bahawa lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hampir tidak diendahkan oleh pemerintah (Barisan Nasional)”.
Bersih 2.0 menuntut daftar pemilih dibersihkan, reformasi sistem undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses kepada media yang adil, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.
Gerakan reformasi pilihan raya itu juga telah berkata bahawa ia akan mengadakan konsert pada 13 Oktober untuk mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa lapan tuntutan masih belum ditunaikan.
Acara itu akan diadakan bermula dari pukul 6 petang di Stadium Kelana Jaya, juga akan mencari dana bagi membantu Bersih 2.0 untuk membiayai kempen pra-pilihan raya seluruh negara untuk mengekalkan momentum dari perhimpunan 28 April lalu.
Bersih 2.0 juga pada bulan Ogos lalu melancarkan kempen mengumpul dana RM1 untuk membantu mengumpulkan RM250,000 bagi perbelanjaan perubatan dan undang-undang akibat daripada perhimpunan 28 April lalu.
Gabungan lebih 82 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan sejak tahun 2007 itu telah mengadakan perhimpunan ketiga untuk pilihanraya yang bebas dan adil di ibu kota pada 28 April lalu, yang menyaksikan penyertaan berpuluh-puluh ribu orang.

KITA BERHIMPUN 
SEKALI LAGI 13 OKTOBER

3 ulasan:

  1. Yeah, back in this
    Wit' poetry, my mind I flex
    Flip like Wilson, vocals never lackin' dat finesse
    Whadda I got to, whadda I got to do to wake ya up
    To shake ya up, to break the structure up
    Cause blood still flows in the gutter
    I'm like takin' photos
    Mad boy kicks open the shutter
    Set the groove
    Then stick and move like I was Cassius
    Rep the stutter step
    Then bomb a left upon the fascists
    Yea, the several federal men
    Who pulled schemes on the dream
    And put it to an end
    Ya better beware
    Of retribution with mind war
    20/20 visions and murals with metaphors
    Networks at work, keepin' people calm
    Ya know they murdered X
    And tried to blame it on Islam
    He turned the power to the have-nots
    And then came the shot.
    - Sg Legom Crocs -

    BalasPadam