Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
18 Oktober 2012
AMK Kutuk Chua Soi Lek Mengarut Dan Alih Fokus
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengutuk kenyataan Presiden MCA Dr. Chua Soi Lek
yang mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya
PAS melaksanakan hudud di Malaysia. Dakwaan Chua hanya berdasarkan SMS yang
tidak dapat mengesahkan pengirim menunjukkan Chua semata-mata mengarut dan cuba
mengalih fokus rakyat yang benci terhadap rasuah dan penyelewengan yang
diamalkan oleh UMNO/BN.
Dr. Chua Soi Lek telah banyak kali memilih
untuk mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu
rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011. Dr. Chua
juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa politk wang bukan rasuah dan
sebagainya yang langsung tidak memahami kebencian rakyat terhadap kerajaan yang
rasuah dan bukannya hokum hudud.
AMK berpendapat bahawa Dr. Chua masih dalam
keadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan
kenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan. Dr. Chua langsung tidak ada
keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan UMNO/BN
yang menyeleweng.
AMK menyindir Dr. Chua seperti meludah ke
langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat,
maka semua premis arak, judi, siber café dan refleksologi akan ditutup.
Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri
telah banyak meluluskan bilangan lesen siber café dan rumah urut yang
sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua Soi Lek.
AMK menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka. PAS
telah bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN dalam Pakatan Rakyat dan mendokong
agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku JIngga. Perjuangan PAS untuk
merealisasikan sebuah Negara berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti
dan rakyat Malaysia.
Yang mendukacitakan adalah MCA yang masih
mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik. MCA rela
untuk menjadi alat politik perkauman UMNO dan langsung tidak berupaya untuk
membantah kerajaan perpaduan di antara UMNO dan PAS.
Oleh itu, AMK berpendapat bahawa Dr. Chua Soi
Lek telah ketandusan idea dan tidak berupaya bersaing dengan Pakatan Rakyat
atas dasar atau halatuju pembangunan Negara yang sepatutnya.
Maka Pilihanraya Umum yang akan datang amat
penting dan significant untuk rakyat merealisasikan perubahan yang perlu ada di
Malaysia. Selamatkan Malaysia daripada rasuah dan penyelewengan supaya menjadi
sebuah Negara yang demokratik, bebas dan adil.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
Malaysia
tt...
BalasPadammintak tolong 1 perkara
tolong la ye, 1 je
tolong la jangan memandai mencemar duli bagi anugerah kat pelakun porno separuhmasa ni dengan gelaran raja
aku tak sanggup kalau nanti tv3suku dan utusex meloya buat laporan macam ni:
persidangan majlis raja2 kali ini turut disertai buat pertamakali oleh raja terbaru kita, pelakun porno separuhmasa yang terkenal di batupahat, singapore, jb, and some say batam too...
mau tergolek2 phua chu kang ketawa!
**nasib baik la Tuhan jadikan pelakun porno separuhmasa ni seekor apek cina, kalau dijadikan melayu, dan jadi raja, sah2 jadi spesis raja zalim!
tt... kalau kau degil nak jugak hadiahkan gelaran raja kat pelakun porno separuhmasa ni, kau mesti hasilkan photofit apek ni sebagai seekor raja zalim siap dengan misaitebal berlengkok...
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)
Tu point akan diguna umno yang sayangkan agama kata Keadilam/PR luluskan judi dan maksiat lebih banyak dari BN :)
BalasPadamSama macam point isu hudud diguna menakut-nakutkan orang cina.. :)
Tapi banyak yang tak sedar ialah premis urut dan judi haram.. yang dah kawtim kaw kwa ngan penguatkuasa.. :) berpuluh kali operasi pon masih berjalan bebas tanpa segan silu..
Keampuhan PR pada masa ni terletak di tangan PAS.. Buktinya dalam masa sama nik aziz diserang hasan jati.. dalam pada itu jugak tetiba si Soi Lek bercakap pasal hudud. wat de fuss.. dapat sms dari orang tidak dikenali.... pleaaassee.. tak lama lagi ada laa ularmak umno naik pentas balik.. cakap pasal hudud on behalf of sarkis umno.. and the cycle rotates again.... UMNO.. the sial-est creation ever...
BalasPadam