Khamis, 11 Oktober 2012

SO... I DAH TUNGGU YOU... TAPI I TAK GERENTI


DENGAR KAN SAJAK BARU  PAK SAMAD
AKAN DIBACA DI PERHIMPUAN
BERSIH ROCKS
 BAHASA ROJAK HAKIS KEKUATAN BAHASA KEBANGSAAN – meloya

NILAI 10 Okt. - Penggunaan Bahasa Melayu “rojak" yang berleluasa dalam kalangan masyarakat adalah satu kes kehilangan bahasa, yang mana jika tidak dibendung akan beransur-ansur menghakis kekuatan bahasa itu sendiri.

 Muhyiddin Yassin berkata, kehilangan bahasa boleh berlaku pada tahap masyarakat umum, apabila sejumlah besarnya tidak fasih lagi menggunakan bahasa ibunda atau bahasa etnik mereka sepenuhnya, sama ada secara lisan atau tulisan.

"Dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi seperti siaran radio, televisyen, internet, khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial seperti facebook dan twitter, sering kali ejaan dan sebutan tidak digunakan dengan betul.

"Penggunaan Bahasa Melayu yang betul dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi. Ini merupakan satu petanda yang amat buruk bahawa bangsa berkenaan sedang mengalami kehilangan bahasa," katanya..

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, masyarakat perlu berhenti daripada berasa malu menggunakan bahasa kebangsaan dan menggunakannya dengan rasa bangga dalam kehidupan seharian seperti sewaktu menghadiri persidangan, mesyuarat, menulis laporan atau berbual dengan rakan sekerja.

Katanya, setelah negara merdeka sejak 55 tahun lalu, tidak ada alasan untuk masyarakat untuk tidak memahami bahasa kebangsaan, sehinggakan terpaksa menggunakan Bahasa Inggeris terutama dalam majlis-majlis yang dianjurkan.

"Bukanlah bermakna Bahasa Inggeris tidak penting, tetapi jika kita tidak menggunakan bahasa kebangsaan, bermakna kita tidak memartabatkan bahasa kita.

Sekiranya kita tidak memartabatkan bahasa kita, masakan orang lain akan melakukannya," katanya. – TIEWNAMA

 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
 woit...YOU KNOW LAAA.... kah kah kah..
 kah kah kah...I DAH TAHU YOU KNOW.... kah kah kah..
 kah kah kah..SO BILA NAK JUMPA YOU?.... BIZI KE?.... kah kah kah..
 kah kah kah...WHAT IS THE BECAUSE?....kah kah kah..
 kah kah kah...BECAUSE YOU TINGGAL PRESIN MANA DI PUTRAJAYA?... kah kah kah.
 kah kah kah... YOU KNOWLAAA  BUJET NI ALL BUKAN I TAHU PUN.... kah kah kah..
 kah  kah kah...... SO  YOU TINK WAT... MI SPIK INGLIS LAA... kah kah kah

TURUN JANGAN TAK TURUN

6 ulasan:

  1. Kerajaan sendiri tak peka, banyak ejaan bahasa melayu yang salah, dewan bahasa dan pustaka harus beri nasihat.....seperti "bandaraya" sepatutnya bandar raya...."tengahari" - tengah hari.....UMNO - ?????!!!!

    BalasPadam
  2. Masa saya bekerja dengan jabatan kerajaan.. Jabatan kerajaan sendiri yang suka speaking.. camno.. Majlis depa pon dalam bahasa Ingeris website dsb..

    Bahkan saya pernah tanya pengarah saya kena kita tak guna Bahasa Malaysia dalam laman sesawang kita.. Dia kata kita perlu pakai bahasa ingeris.. :|

    what to say.. :) Kome jalan tak betul suruh orang jalan betul.. Piiii rah..

    BalasPadam
  3. kahkahkahkah kalau kau buat karangan bahasa ingeris campok campok ni ok jugak isham.. jamin lawakkkkkkk... kahkahkah

    BalasPadam
  4. sorry wak din, i mothertongue is minang gombak, therefor i no speak jawa.

    BalasPadam
  5. U know la,wat u toking ebot...rain rain go away..come again anader dey.... Dey apa..DEY MACHA

    BalasPadam
  6. Rojak berasal daripada rojak Mamak.

    Semua rakyat Malaysia terutamanya bahasawan-bahasawan dan sasterawan-sasterawati harus tahu bahawasanya kebanyakan perkataan-perkataan didalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Tamil dan Sanskrit.

    Mengapa? Sebab pada zaman dahulu, nenek moyang kita beragama Hindu. Sejak kebelakangan ini banyak perkataan-perkataan Arab diperkenalkan, contoh wasatiyyah.

    Perkataan-Perkataan Sanskrit & Tamil:

    Agama
    acara
    adakala
    aneka
    anggota
    bahawa
    bahasa
    rajah (gopal)
    jawi
    rencana
    rugi
    rupa
    sakti
    kali
    jampi
    janda
    saksama
    sari
    satria
    sediakala
    belanja
    belaka

    dan beribu-ribu perkataan lagi.

    Boleh dikatakan semua perkataan Melayu yang tidak berasal daripada bahasa Arab, Latin, dan Inggeris berasal daripada bahasa Sanskrit dan Tamil.

    Kalau tak percaya, sila tanya lebai Google.

    KAH KAH KAH

    BalasPadam