Isnin, 19 November 2012

BERITA BAIK UNTUK WARGA SELANGOR DAN KERAJAAN PAKATAN







KOMENTAR TUKAR TIUB
exco ronnie telah berkata
pada 14 hari telah diberi
kepada tuan empunya kamera AES
sesudah 14 hari maka kerajaan selangor
akan mengarahkan kontrektor untuk
mencabut kepala bana ini

kerjaan selangor kan selamat kan duit
kerana ramai rakyat akan memcabutkan
kepala bana AES tanpa bayaran

NOTA:
pada 26 haribulan ini adalah tarikh akhir
amaran telah diberi kepada tuan empunya
kepala bana ini
jika masih berdegil maka orang ramai berhak
mencabutkan kepala bana ini

PENGUMUMAN
orang ramai diminta
mengenal pasti tempat dan lokasi
kepala bana ini di pasang
agar   bila tiba tarikh nya kepala bana ini
dapat di cabut

siarkan gambar dan alamat kepala bana ini
dalam face book atau  tweteer
seliannya adalah sejarah!

 
 SAMM Menawarkan Diri Untuk Roboh Kamera Haram AES di Selangor Secara Percuma

Hanya berbaki tujuh hari lagi daripada 14 hari tempoh yang diberi kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram tersebut secara sukarela dan percuma. Tawaran SAMM ini juga mampu mengurangkan kos yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengeluar tender atau mengarah petugas khas untuk aksi mengalih kamera haram tersebut.

Bagi SAMM, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menaikkan apa-apa struktur tanpa kebenaran pihak berkuasa kerana ia turut membabitkan soal keselamatan awam, apatah lagi struktur tersebut juga mengganggu keselesaan awam. Sekiranya struktur awam ini menyebabkan kecelakaan, siapakah yang akan bertanggungjawab sedangkan ia dipasang secara haram?

Maka SAMM sangat berbesar hati untuk memastikan struktur awam ini dialihkan dengan kerjasama mana-mana pihak yang ingin bersama, setelah sampai masa dan mendapat kebenaran dari Kerajaan Negeri Selangor. SAMM juga mempunyai kemahiran dan punya tenaga anak muda yang cukup untuk menurunkan kamera AES dengan selamat.

SAMM juga sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat kerana membuktikan isu kamera AES ditangani dengan serius, lebih-lebih lagi apabila kamera tersebut dinaikkan secara haram. SAMM melihat ini sebagai bukti rakyat diutamakan berbanding kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa berpihak kepada konglomerat dan kroni dalam banyak perkara.

Sekian
 Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM




7 ulasan:


  1. HIP HIP HOORAY
    HIP HIP HOORAY
    Bro orang ramai selangor pun degan sukarela nak tolong robohkan camera2 aes di seluruh selangor pada jam12 haribulan 24nov.
    Hip HIP HOORAY
    HIP HIP HOORAY

    BalasPadam
  2. cantik ni,jgn rosakkan aes cabut kepala bana ni elok2 bleh jual balik kt kilang...untung sama2 kita buat tahlil dan doa hancurkan umno,amacam

    BalasPadam
  3. kahkahkahkah...
    ini berita paling best gua dengar..
    ini baru kuasa rakyat..
    rakyat yg tentukan urusan negeri..
    bukan freeloader & bukan umno kepala penyamun yg sesuka hati mencekik rakyat...
    kahahahkah.... gua suka dengar berita nie bro tt... kah kah kah...

    blog nie best juga.. ada berita belanjawan selangor...

    Gerai3Abdul

    -Tukar Tiuun....

    BalasPadam
  4. orang awam independent macam saya ni boleh ker.......perlukah saya inform kerajaan selangor untuk mengapak tiang AES ni..?...mana yang balance balane besi tur...boleh ker diambil jual kat besi buruk...?...aku cadang nak beli sportrim motor kalau boleh buat semua tur....???..ahhhh boleh ker tak boleh ker,,,ada aku padulik...kerajaan selangor aku dah arah..aku pasti melakukannya demi agama ,bangsa dan NEGARA......kita beroleh kemenangan yang pertama......!!!???

    BalasPadam
  5. korang berani ker nak buat...
    kang kena tangkap polis kang..
    alasan - merosakkan kemudahan awam aka vandalisme

    tak pasal2 kang korang kena belasah kat lokap

    BalasPadam
  6. SAMM anak2 muda mcm nie yg kita perlukan untuk abad ke 21 ..cayalah! bawa perubahan yg baik untuk negara akan dtg. rekruit mat2 rempit join SAMM klu perlu..

    BalasPadam
  7. Ui, geng 'AES' yg slalu sembunyi2 dlm rimbunan bunga pembahagi jln tu - dgn alat tembak laju tu kita nak buat apa plak? Perlu ka kita 'robohkan' dia dgn alatnya tu skali?

    BalasPadam