Jumaat, 9 November 2012

HANYA BILA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KALAH - SEMUA UNDANG UNDANG ZALIM AKAN DI HAPUS



NOTA:
januari 12 satu junta kita  berhimpun
menuntut 8 tuntutan
termasuk menuntut hapuskan AES







AES: SAMM Yakin Kerajaan Akan Tangguh

Kerajaan Malaysia telah menerima tekanan yang hebat dari pelbagai sektor lapisan masyarakat supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh dan dikaji terlebih dahulu. Daripada majoriti rakyat biasa hingga ke NGO yang berpengaruh, sistem saman AES didesak agar kajian menyeluruh dan pendapat awam diambil kira sebelum ia benar-benar dilaksana. 

Pihak yang menentang perlaksanaan AES juga merentasi kepartian apabila ramai dari kalangan ahli Umno termasuk beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional turut tidak bersetuju AES dilaksana buat masa ini. Antara alasan utama MP kerajaan melontarkan sokongan terhadap penangguhan AES adalah kerana pilihanraya yang semakin hampir dan akan menyebabkan Barisan Nasional hilang pengundi malah turut menyuarakan kemungkinan kerajaan pemerintah tumbang dengan isu AES. Walaubagaimanapun kerajaan setakat hari ini tetap berkeras perlaksanaan AES diteruskan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berkeras mendesak sistem AES yang beroperasi 24 jam saman terhadap rakyat perlu dihentikan. SAMM tetap berpendirian bahawa banyak faktor lain perlu dititik-beratkan bagi menjamin keselamatan pemanduan di atas jalanraya selain saman halaju. Masalah jalan berlubang, tidak rata, selekoh yang masih tidak diterangi cahaya ketika malam, jalan berlopak air ketika hujan adalah antara faktor kemalangan yang terlebih dahulu perlu diperbaiki, diselesaikan masalahnya sebelum rakyat disaman semahunya.

SAMM juga tetap bertegas supaya keselamatan penunggang motorsikal diberi keutamaan kerana dari statistik kemalangan jalanraya yang menyebabkan kehilangan jiwa adalah majoriti penunggang, bukan pemandu. Ini membuktikan AES tidak releven jika dikait untuk mengurangkan kemalangan maut kerana AES yang menelan belanja jutaan ringgit adalah untuk kenderaan empat roda, bukan untuk motorsikal. 

Kerajaan sepatutnya berbelanja lebih untuk membina laluan sikal dan perlu menggubal undang-undang jalanraya khas untuk melindungi penunggang motorsikal. Dengan kamera AES, dapatkah AES menyaman motorsikal yang laju?

SAMM yakin sistem saman AES akhirnya akan ditangguh oleh kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat ketika pilihanraya umum semakin hampir. Kononnya prihatin terhadap rakyat maka AES ditangguh dan dikaji terlebih dahulu menjadi ayat lazim memujuk rakyat supaya kembali mengundi Barisan Nasional. Namun SAMM percaya rakyat hari ini telah bijak apabila memikirkan AES pasti akan dilaksana secara besar-besaran sekiranya BN menang PRU-13. 

Ini terbukti pada PRU yang lalu apabila kerajaan berjanji tidak naik harga minyak tetapi naik hingga 78sen selepas 3 bulan pasca PRU-12. SAMM menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada peristiwa kenaikkan harga minyak pada PRU yang lalu.

Samada kerajaan tangguh atau tidak AES di atas apa jua alasannya, rakyat tetap menolak Barisan Nasional pada PRU-13 demi keselamatan dan sesejahteraan rakyat. Telah banyak kali perasaan rakyat diguris dengan keputusan 'flip-flop', rakyat bukan bahan ujikaji dan juga bukan bahan untuk kerajaan dan kroni menjana keuntungan.

Akhir sekali, SAMM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada KASE yang menyediakan 100 peguam untuk berdepan saman AES. Dengan adanya bantuan rakyat sebegini, pasti ia melegakan orang ramai yang teraniaya dengan saman AES yang berorientasikan 'perangkap' ini. SAMM gesa rakyat dikenakan saman AES supaya jangan bayar saman tersebut, tetapi serahkan kepada KASE.

Sekian,


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


JANGAN LUPA MEGA DEMO
SEJUTA AKAN BANGUN MELAWAN

1 ulasan:

  1. kalau ditakdirkan aku kahwin lagi...anak petama aku,, aku akan beri nama MOHAMAD KASE ASE ITUGOVE...BIN AKU LER......SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA TAN SRI KHALID DAN MAHFUZ OMAR......

    BalasPadam