BERJANJI DENGAN SYAITAN
(Dalam babak akhir filem Rosemary’s Baby kita melihat Mia Farrow seorang ibu telah anak syaitan. Sang Suami telah memberikan isterinya untuk diperkosa oleh satu kumpulan penyembah syaitan. Sang Ibu cuba mendapatkan bantuan dari polis, dari tuan doktor, dari jiran tetangga. Semuanya gagal kerana mereka ini semuanya adalah penyembah syaitan.)
Minggu lalu saya telah menulis tentang siapa musuh yang dilawan dan cuba dikalahkan oleh penyokong Pakatan Rakyat dan oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang. Untuk saya amat jelas, musuh mereka bukan Barisan Nasional. Bukan parti United Malays National Organisation. Bukan Najib, Muhyiddin, Soi Lek atau Taib Mahmud. Musuh mereka ialah satu sistem pemilihan yang telah diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.
Sistem pengundian yang diwujudkan oleh Suruhnjaya Pilihan Raya ini telah dirancang dan dibentuk dengan tujuan memustahilkan parti mana pun dari berjaya mengalahkan United Malays National Organisation. Ini bukan padang berat sebelah. Ini bukan pengadil tumbuk rusuk. Apa yang sedang dirancang lebih licik dari semua ini.
Mari kita kaji dan lihat kawasan Lembah Pantai. Dalam PRU12 Shahrizat Jalil, menteri kabinet Andullah Badawi telah dikalahkan oleh Nurul Izzah dengan kemenangan majoriti 2895 undi. Ini satu kemenangan hebat untuk pendatang baru saperti Nurul Izzah. Hari ini Shahrizat Jalil bukan sahaja telah terpinggir malah sedang disingkirkan oleh Raja Nong Cik yang mahukan kerusi Lembah Pantai.
Lembah Pantai telah dipilih oleh Raja Nong Cik kerana semuanya telah disusun dan dirancang dengan baik oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan PDRM. Dalam perancangan ini secara tetiba 13,486 pengundi baru telah mendaftar di Lembah Pantai.
Ini seolah-olah 21 tahun dahulu 13,486 pasangan warga kampong Kerinchi, Pantai Dalam dan Abdullah Hukum telah bersegema pada malam dan hari yang sama. Hasilnya 21 tahun kemudian – anak-anak ini semuanya telah mendaftar untuk menjadi pengundi di PRU13 ini. Apakah ini betul?
Jawabnya tidak. Kemasukan pengundi baru ini ialah perancangan SPR yang licik. Pengundi-pengundi Melayu dari Bukit Bintang , Seputeh - kawasan yang mustahil untuk dimenangi oleh United Malays National Organisation telah diloroh masuk ke Lembah Pantai. Ini satu kerja lojistik yang berat justeru memerlukan kerjasama rapat dengan JPN.
Tidak cukup dengan ini - di Lembah Pantai ada 2000 pengundi pos. Pada tahun 2008 dahulu hanya ada 148 sahaja. Hantu manakah yang menjadi pengundi pos ini? Mereka ini ialah pegawai polis. Apakah Lembah Pantai ini kawasan jenayah? Tidak. Bangsar yang ‘ chic’ dan ‘trendy’ termasuk ke parlimen Lembah Pantai. Justeru, dari mana 2000 ekor Mat Kampau ini datang?
Jangan terperanjat. Jangan mengeleng-geleng kepala apabila saya nyatakan bahawa Rumah Pasong di Bukit Jalil yang 15 batu dari Lembah Pantai ini juga dikira sebagai pengundi pos untuk Lembah Pantai. Bunyinya lawak tetapi inilah hakikat perancangan penipuan di Lembah Pantai.
Justeru, pembaca jangan terperanjat apabila saya nyatakan: 15,000 lebih pengundi baru ini akan mengalahkan Nurul Izzah. Ini bukan kerana si Nurul ini tidak berkemampuan. Atau dibenci oleh warga Lembah Pantai. Tidak. Nurul Izzah adalah seorang YB yang amat-amat popular dan disayangi oleh penduduk Lembah Pantai. Di Parlimen Nurul mengajukan pelbagai soalan dan dilihat bergerak cergas sebagai wakil rakyat.
Tetapi, Nurul Izzah akan dikalahkan kerana sistem pengundian yang diwujudkan khusus untuk menipu dan memenangkan calon United Malays National Organisation.
Jika kurang yakin dengan apa yang saya labonkan tentang Lembah Pantai maka biar saya surahkan pula kawasan YB Sivarasa dari Subang. Kawasan ini lagi pelik bin takjub. Telah ada penambahan 30,000 pengundi baru. Ini bererti 30,000 warga Subang dengan penuh takzim telah berikrar untuk mengambil bahagian dalam pesta demokrasi. Jadi apa yang dihairankan?
Yang menjadi takjub bin hairan ini ialah disebelah kawasan Subang ialah kawasan Petaling Jaya Utara dimana warganya tidak ramai yang mendaftar untuk menjadi pengundi. Di PJ Utara hanya ada 5,000 penambahan pengundi baru berbanding dengan 30,000 kawasan disebelahnya. Apakah warga di PJ Utara manai, malas dan sembab? Jawanya tidak. Pendaftaran pengundi baru di Subang ini jelas untuk menipu. Rancangan jahat ini akan mengorban bukan sahaja Sivarasa malah Dr. Nasir dan Elizebeth Wong juga akan terkorban sama.
Kemudian mari kita beralih ke kawasan YB Charles Santiago di Klang. Mengikut laporan YB Charles kepada Bersih 2.0, dikawasan ini tetiba terdapat 5,000 pengundi hilang entah kemana? Pelik bin Melik kemana perginya 5,000 pengundi ini. Apakah mereka telah disambar Geruda atau diculik oleh UFO?
Jawabnya tidak. Nama-nama ini sengaja dihilangkan untuk memastikan Rodiah Ismail dari N41 Batu Tiga dan Dr. Rani dari N42 Meru akan bungkus. Mereka berdua ini adalah Adun dalam kawasan Parlimen Charles Santiago.
Disini sekali lagi saya katakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan jatuh. Ini bukan kerana kerajaan Pakatan tidak popular. Atau kerajaan Pakatan Rakyat ini mengamalkan rasuah. Sama saperti Nurul Izzah di Lembah Pantai – kekalahan ini disebabkan sistem penipuan yangh diwujudkan oleh SPR. Khalas.
Saya ingin mencerah dan mengigatkan kembali para pembaca tentang 8 Tuntuan Bersih. Hingga ke hari ini hanya –pengunaan dakwat kekal – yang dikatakan akan digunakan. Pengunaan dakwat ini pun dirancang penuh dengan tipu muslihat untuk memastikan kertas undi akan kotor. Untuk memastikan banyak undi rosak. Semua disusun untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kalah.
Minggu lalu orang ramai diberitahu oleh SPR bahawa akan diwujudkan – kerjaaan sementara – sesudah Parlimen dibubarkan. Ini langkah yang baik. Tetapi bukan ini yang dituntut oleh Bersih. Kenyataan SPR ini jelas untuk mendodoikan dan mengalih pandangan orang ramai. Kelentong baru ini dibuat untuk menutup sistem penipuan yang telah dipasang.
Kenyataan dibuat untuk melalaikan orang ramai dari 8 Tuntutan yang belum dilunaskan. Ini bukan sandiwara. Ini juga bukan lawak seram. Ini terang-terang buat kerja tipu.
Muhyiddin Yassin telah juga membuat kenyataan mengatakan bahawa semua Tuntutan Bersih telah ditunaikan. Muhyiddin ini sebenarnya terberak dimulut dan bercakap di buntut. Muhyiddin berbohong. Muhyiddin sengaja terberak di padang sebagai usaha membantu SPR.
Kemudian berkali-kali Najib dan Muhyiddin berkata : kalau pilihanraya ini tipu macam mana di PRU12 - Pakatan Rakyat boleh menang lima negeri. Nampak sangat Najib dan Muhyiddin masih lagi terberak di mulut. Hujah terberak di padang ini dijaja ke hulu ke hilir sebagai bukti bahawa SPR dan pilihanraya di Malaysia ini bersih dan telus.
Jawabnya cukup senang – dalam PRU12 dahulu – jika tidak ada penipuan maka Pakatan Rakyat akan mendapat kemenngan mutlak. Pakatan akan menubuhkan kerajaan baru. Ini hakikat. Ini diketahui orang ramai.
Justeru, sesudah melihat keputusan PRU 12 dahulu, United Malayas National Organisation telah mengarahkan dua orang ahlinya yang menjadi Kepala SPR untuk menutup semua lubang yang mungkin memenangkan Pakatan Rakyat. Undang-undang Kecil Pilihanraya telah diubah, peraturan baru telah diwuujudkan. Bukan untuk menambah baik pilihan raya tetapi untuk memustahilkan Pakatan Rakyat dari meccapai kemenangan.
Peraturan baru ini termasuklah melarang logo parti yang tidak bertanding dalam kawasan itu dipasang. Menjauhkan lagi bilik panas dari tempat mengundi. Kalau dulu jaraknya hanya beberapa 50 meter kali ini 100 meter. Ini untuk memastikan pekerja parti Pakatan Rakyat tidak akan dapat melihat Mat Bangsa, Mat Indon atau Mat Burma masuk menyeludup mengundi.
Dalam barong mengundi wakil parti didudukan bukan untuk melihat muka dan meneliti kad pengenalan si Pengundi. Kerusi dan meja mereka disusun untuk memastikan mereka hanya nampak punggung dan belakang pengundi. Sekali lagi peraturan baru ini bertujuan untuk memastikan Mat Bangla, Mat Indon atau Mat Burma tidak dapat dilihat muka mereka.
Pasti para pembaca akan menjadi hairan dan bertanya : kenapa tidak buat laporan polis. Kenapa tidak ambil tindakan undang-undang?
Untuk menjawabnya saya bawa kembali kepada filem Rosemary’s Baby. Si Ibu yang telah melahirkan anak syaitan telah pergi ke rumah pasong untuk membuat laporan polis. Sayangnya Tok Sarjan dalam balai pun adalah penyembah shaitan. Si Ibu telah menalipon OCPD. Rupa-rupanya Tuan OCPD juga penyembah Syaitan. Lalu si Ibu lari mencari Tuan Doktor. Si Tuan Doktor ini juga dari kumpulan penyembah syaitan.
Pada ketika ini kedudukan Pakatan Rakyat sedang di kelilingi oleh kumpulan Penyembah Syaitan. Justeru membuat laporan polis tentang pengundi hantu tak ada guna kerana PDRM juga dibawah telunjuk syaitan. Pergi ke mahkamah untuk melaporkan pendatang haram ada kad pengenalan biru juga tidak ada guna kerana mahkamah juga milik syaitan. Cuba mendapatkan data dari JPN untuk membandingkan senarai pengundi adalah kerja sia-sia. JPN juga adalah anak syarikat syaitan.
Kepala syaitan ini saperti kata Mahathir Muhamad ialah United Malays National Organisation sendiri. Ini syaitan yang kita kenali. Kalau semuanya dimiliki syaitan dimana masa depan Pakatan Rakyat. Ada akan dijawab minggu hadapan. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dlam akhbar SUARA KEADILAN akhbar mingguan
sesiapa yang ingin melanggan
sila pukul talipon 03-22-72-40-45
MEMANG KERJA HARAM JADAH ! ABU !
BalasPadamYa betul Tuan TT,
BalasPadamPazuzu merasakan komplot terancang ini sgt aktif sekarang, bapa sedara beserta anak bini pd 2008 mengundi di Kg melayu subang telah ditukarkan lokasi mengundi utk Lembah Pantai,Sayugia dinyatakan bapa sedara aku tu mmg pro-syatan's party.Boleh jadi dia menerima laba dgn persetujuannya utk bertukar ke tempat mengundi bagi memenangkan Nong Chit
semput napas aku baca entri ni, walau pun aku tak de asma, tapi tiba krongkong aku jd sempit, napas aku laju aku terkedu dan tergenang ayo mate aku.kan lebih eluk benda ni berlaku setelah ketiadaan aku rintih ku. tak sangup aku melalui keadaan ni. YA ALLAH YA TUHAN ku KAU musnahkan lah penjarah2 ini dr muka bumi mudah2an bumi MU akan aman hingga hari kiamat
BalasPadam112 mat bronson live in KL jeng!Jeng!Jeng!
BalasPadamKerja membureet adalah kerja syaiton syaiton syaiton syaiton syaiton syaiton
BalasPadamAdik ipar saya yg taknak pegi mengund tiba tiba nama dah terdaftar...if bn wins this elections aku mmg akan tukar kewarganegaraan jadi org Nepal.lagi elok
BalasPadamKalau begini ceritanya, eloklah pilihan raya lambat lagi supaya PR sempat melakukan sesuatu. Kalau boleh, kempen juga kat mana-mana pengundi hantu yang di kenali supaya mengundi PR.
BalasPadamMusuh mereka ialah satu sistem pemilihan yang telah diwujudkan khusus untuk menipu Pakatan Rakyat.
BalasPadamadakah sistem boleh ujud & aktif dgn sendiri? pasti ada pencipta & pengaktif.
tt dah bagi pencerahan. apa yg patut kita buat? berserah pada takdir? lambatkan lagi pilihanraya supaya PKR boleh buat sesuatu? jgn jadi bodoh, buatlah apa mende pun, bersih, duduk bantah, SPR mcm tu jugak, ibarat anjing menyalak bukit. komen-komen kat sini pun byk retorik & hampas quality: ada ke kalo kalah tukar warganegara nepal, apa ko dpt jadi nepal, merintih-rintih tak jadi apa pun, doa yg tak beserta dgn usaha pun hampas jugak. satu je jawapannya: revolusi! kasik penggal itu kepala spr. ada berani?
BalasPadamMakanya Anwar Ibrahim silap dalam melobi wakil-wakil rakyat.. sebelum pilihanraya kita harus melobi SPR terlebih dahulu...
BalasPadamMari kita semua berdoa agar orang-orang SPR durjana dan ahli keluarga mereka ini terseksa dunia dan akhirat akibat pengkhianatan yang mereka lakukan..
bertaubat dan laksanakanlah amanah sebelum tubuh badan kamu bernanah..
maybe selangor akan kalah..tetapi,dengan selangor kalah PR dapat ke putrajaya apa salahnya...janji kita ke putrajaya!
BalasPadam