Ahad, 4 November 2012

KESAH SIBU DAN PASAR SIBU



TAMU  SENTRAL SIBU


PAGI KELMARIN DALAM PASAR


memang terbaik
memang memeranjatkan
memang susah nak jumpa
memang melawat pasar sibu satu pengalaman sepanjang hidup

ada 5 jenis cendawan hutan
aku bebelas  sayuran dari hutan
yang mustahil akan ditemui dipasar kl
ada umbut
ada ulam bijian yang  tak pernah terdapat dimana mana
inilah barangan hutan

IKAN IKAN IKAN
yang paling menarik ialah
warung yang menjual ikan sungai
ada dua tiga jenis ikan sungai yang belum pernah aku lihat
dan belum pernah di rasa

ikan tapah - 40 ringgit sekilo
enak manis

TAMU SENTRAL SIBU

PELBAGAI JENIS SIPUT SUNGAI
sibu ditepi sungau yang selalu banjir
maka dari paya bakau ditemui
pelbagai siput sedut dan siput kopek kulit

PALING RARE PALING TAK PERNAH DILIHAT 
biawak air yang telah kering disalai
agak murah harganya 12RM untuk satu kilo
lebih banyak daging dari biawak pasir dub


CATHRINE DENEUVE
NOTA:
tetiba dipasar buah melintas seorang wanita
pertengahan umur
dia bagitu elegant
tinggi langsing
penuh sopan
penuh keyakinan
melintas dihadapan mata aku

dia tidak menoleh
aku yang terhenti bernafas
wanita di pasar sibu ini
mengingatkan kepada cathrine deneuve
wanita peranchis yang elegant

siapakah agaknya wanita itu?

sampai kiamat pun sialan aku ini
tidak mungkin terjawab
maka ingat itu dipahat dihati



SEKARANG DI KUCHING
tadi aku naiki kapal sungai
yang jadi kapal laut
dan kemudian jadi kapal sungai

dari sungai rejang
masuk ke laut china selatan
kemudian masuk kembali ke sungai kuching

ini pelayaran yang aku cadangan wajib diambil
sekali dalam hidup

aku tidak ada abjad
aku tidak ada hurup dan ayat
untuk menuliskan betapa indahnya
pengalaam aku menaiki kapal ini
aku tidak ada nahu untuk menerangkan

keindahan awan
keindahan air
kampong dan hutan tidak mungkin dapat aku tulis

hanya aklu cadangankan ambillah sekali dalam hidup
naikilah kapaldari miri ke kuching
dan rasakan nikmatnya

...akan dsambung...




4 ulasan:

  1. jeles mak kalau tt datang BLUES.......KAKAKAKAKA.....thank untuk info...inspire me....ahhh..aku tak pedulik...aku nak naik juga kapal tu satu hari nanti....thank tt...ekelleh...gua pun blues juga...jiwa biluss....

    BalasPadam
  2. Sibu adalah kampung saya...kapal tu di panggil express. Banyak pengalaman perlu ditimba!
    Durian Kunyit, Sayur Midin, Dabai, Umai, Linut, Sago, Biskut Osborne, Kek Lapis, Ikan Terubok masin...
    Macam2 Ada...jarang lepas sempadan Malaya!

    BalasPadam
  3. Pandai kau kelentong yea tt,
    kononnya "ini pelayaran yang aku cadangan wajib diambil
    sekali dalam hidup...."

    Dalam masa yang sama kau tulis,
    "aku tidak ada abjad
    aku tidak ada hurup dan ayat
    untuk menuliskan betapa indahnya
    pengalaam aku menaiki kapal ini
    aku tidak ada nahu untuk menerangkan

    keindahan awan
    keindahan air
    kampong dan hutan tidak mungkin dapat aku tulis...."

    Maknanya apa ? Itu sebenarnya ketika kau naiki kapal itu kepala kau sudah berdengong kerana sudah dapat mabok free.... kah kah kah kah !

    BalasPadam
  4. malaysiakini - dari Edward Subeng Stephen, Bernama 7:06PM Nov 3 2012
    Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah kafe di Jalan Pahlawan di Sibu tengah hari ini.(sabtu)
    Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe itu.
    Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan senapang pam, melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang turut dinaiki tiga rakannya.


    hmm... jantung aku kuat berkata, 49.5setengah% yakin tt terlibat!
    1)tak semena2 dari banyak2 pekan kampung estet pulau dll 1malaysia, tt boleh ada di bandar sibu pulak weekend ni - 1kebetulan yg teramatsangat betul.
    2)tempat kejadian ialah 1 kafe dalam bandar - tt memang suka lepak kat kafe2 dlm bandar dok cucimata tengok awek lalurumput, apalagi tt dah kaya sekarang, bukan masalah negara kalau setakat hulur 10rgt kat towkey kafe utk segelas kopi dan hulur 10rgt kat pelayan kafe utk pergi carikan petai muda.
    3)penembak kemudian melarikan diri.
    ada sekor atau beberapa ekor tukang komen yg agak bebal jugak la, dalam blog tt ni, yg selalu mengata tt suka melarikan diri. kebetulan lagi? atau memang betul? atau memang betul2 bebal? hmmm...
    4)penembak kemudian melarikan diri dengan melompat masuk kereta proton wira murah yg dipandu 3org rakan.
    proton wira ni sebenarnya nampak je murah. tapi kat luarnegeri kereta sama dijual lebih murah lagi. malah yg kat luarnegeri tu ada yg dijual dgn specs lebih tinggi, tapi harga masih juga lebih murah dari harga pasaran 1malaysia. pakcikmakcik kampung je nampak murah, sebab dah kena magic show dek Kera UMNgOk-BoNgok yg buatkan harga kereta lain jauh lebih tinggi akibat cukai impot yg amatsangat tinggi tahap mahatheer punya mamak punya hidung punya tinggi!
    5)penembak kemudian melarikan diri dengan melompat masuk kereta proton wira murah yg dipandu 3org rakan.
    heh! kita semua tau tt takde lesen dan tak reti memandu! sampai 3org kawan yg dia upah pandu sebijik kereta! i rest my case, my lord!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM 2

    BalasPadam