KOMENTAR TUKAR TIUB
terbaik!
syabas!
tapi hati hati
kita kempen agar orang ramai timbul benci
timbul benci kepada united malaysa national organisation
kita goreng perlahahn lahan
kita bakar lama lama
awas!
jangan jadikan ini sama saperti kes shahrizat lembu
bila lembu letak jawatan - rakyat rugi
jadikan kes AES
jadikan kes nazri
jadikan kers anak nazri
sebagai bisul yang menanah
jangan sampai meletus
ingat pengalaman madey letak jawatan
mat zzzz naik gerombolan menang besar
yang kita perlukan ialah huru harakan musuh
kita hanya pukul gendang
ketok tetawak
tipu bangsi
biarkan united malays national organisation menari
biarkan menari ikut gendang rakyat
najib sedang dikepong
di eropah di kepong oleh peguam peranchis
di eropah sednag dikepong oleh balasubramaniam
di malaysia di kepong oleh madey
di rumah tak ada pilihan di kepong oleh bik mama
SELANGOR TIDAK BENARKAN
PENGUATKUASAAN AES - mkini
Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan
kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini
kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara
terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ,
Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES)
semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji
sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh
langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan
memasang sistem AES ini.
"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga
mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk
pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan
(PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT
untuk memaklumkan kepada kementerian
menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak
boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.
"Kerajaan negeri merasakan perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan
syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.
"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat
konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat
jumlah keuntungan itu tidak wajar.
"Kerajaan negeri
juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding
Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan
raya," tegasnya.
Dengan cara ini, tegasnya, rakyat yang membayar saman akan menyumbang kepada
negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga.
Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya
dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES.
"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih
berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang
tinggi.
"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat
konsesi mahu mengaut keuntungan melampau
hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban,"
tambahnya.
JANGAN LUPA MEGA DEMO
JANGAN LUPA 112
JANGAB LUPA BUAT PERSEDIAAN
Semalam berita cakap tidak dibenarkan selain daripada ahli parlimen bersidang media di parlimen. Adakah tegahan ini disebabkan ada peguam perancis akan p buat pembentangan di parlimen nanti??
BalasPadamTakot la tu...
satu juta di kuala lumpur.
BalasPadamoklah tu.
tapi patut juga diadakan
di negeri2 lain di waktu yang sama, 12 januari 2013.
1. kota kinabalu
2. kuching
3. kangar
4. alor setar
5. pulau pinang
6. ipoh
7. kota bahru
8. kuala terengganu
9. shah alam
10. putrajaya
11. labuan
12. seremban
13. johor bahru
14. kuantan
dan
15. melaka
dapat dikumpulkan 20 atau 30 ribu setiap negeri sudah cukup hebat.
Saya sokong 100% dgn idea tu bro. Maka byk la tempat2 setiap negeri polis2 ditempatkan....
PadamSETUJU !!!!!
PadamBro TT canang2 kan idea ni... kalau boleh mcm sblm ni... around the cities world
dah benda nie balik pada rakyat juga yg tanggung ..so, tak payah pasang saja la ..teliti2 dah mcm drama tv3 plak ..kami rakyat mau kata putus. tu saja ..klu tak nak pasang, terus terang ckp tak nak pasang. senang. kami rakyat penat dh dgn ecososial m'sia dah nie.
BalasPadamTARIK RAMBUT DALAM TEPUNG DALAM KEADAAN STIM...RAMBUT TAK PUTUS,TEPUNG TAK BERSELERAK...KALAU DAPAT BUAT....WELCOME TO THE CLUB.....
BalasPadam