KENYATAAN
MEDIA
20 November
2012
“FACT
FINDING MISSION” KE HONG KONG:
LAPORAN
KEPADA JAWATANKUASA SEMAKAN ICAC UNTUK MENYEMAK/ MEMBUKA SEMULA KES RASUAH
RM40j MELIBATKAN DATO’ SERI MUSA AMAN, DATO’ SERI NAZRI AZIZ DAN MICHAEL CHIA
National
Oversight & Whistleblowers (NOW) telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan satu rombongan ke Hong Kong bertujuan mengumpul maklumat lanjut
dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak-pihak berkuasa dan
berkepentingan di Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang
dikaitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman, Dato’ Seri Nazri Aziz dan Michael Chia.
Ini
bertepatan dengan kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat baru-baru ini
yang menggunakan nama dan reputasi Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong
(ICAC) untuk menggugurkan dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan
Michael Chia.
Sedangkan
sehingga kini, tidak ada satu pengesahan pun dari ICAC yang mengiyakan
kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz itu, ditengah-tengah tuduhan bahawa ICAC
terpaksa menghentikan siasatan kerana tidak mendapat kerjasama dari pihak berkuasa
Malaysia yang sengaja melengah-lengahkan kes tersebut.
Perkara ini
diperkuatkan lagi dengan perkembangan terkini dari siasatan terhadap tuduhan
rasuah melibatkan hartawan Ananda Krishnan di India, apabila pihak berkuasa
India turut menyuarakan bantahan terhadap pihak berkuasa Malaysia yang
dilaporkan sengaja tidak memberi kerjasama untuk melengah-lengahkan kes
tersebut.
Jelas bahawa
ada perkaitan yang membimbangkan di antara kedua-dua kes; apabila pihak
berkuasa Malaysia dituduh tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa lain
yang menyiasat kes rasuah individu tertentu yang rapat dengan Umno/Barisan
Nasional.
Oleh itu,
adalah menjadi keutamaan untuk mengesahkan kebenaran kenyataan Dato’ Seri Nazri
Aziz dengan merujuk kembali perkara ini kepada ICAC dan pihak berkuasa Hong
Kong. Sekiranya ICAC terpaksa menghentikan siasatan kerana pihak berkuasa
Malaysia tidak memberikan kerjasama yang sewajarnya, ini adalah satu skandal
besar yang perlu disiasat dengan lebih lanjut oleh SPRM dan pihak berkuasa di
negara ini.
Pendedahan
terbaru bahawa keluarga Dato’ Seri Nazri Aziz ada mendapat habuan dalam bentuk
sebuah kereta mewah dianggarkan berharga RM1 juta dari Michael Chia menguatkan
lagi persepsi bahawa tindakan Dato’ Seri Nazri Aziz membersihkan nama Dato’
Seri Musa Aman dan Michael Chia adalah berunsurkan rasuah yang perlu disiasat
segera.
Saya telah
menghubungi ICAC dan sementara ia menjelaskan ia perlu menjaga kerahsiaan
siasatan, ICAC juga memaklumkan bahawa wujud mekanisme semakan semula siasatan
melalui sebuah badan yang dipanggil Operations Review Committee (Jawatankuasa
Semakan ICAC).
Oleh yang
demikian, satu rombongan yang turut disertai wakil-wakil rakyat akan berkunjung
ke Hong Kong untuk memulakan proses permohonan kepada Jawatankuasa Semakan ICAC
untuk:
1. Memaklumkan fakta-fakta kes
yang menyebabkan ICAC terpaksa menutup kes ini untuk mengesahkan sama ada
dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama benar atau
tidak;
2. Membuka semula siasatan
terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan pengubahan wang haram (money laundering)
terhadap Dato’ Seri Musa Aman, Dato’ Seri Nazri Aziz dan Michael Chia mengambil
kira perkembangan terkini termasuklah kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz
di Parlimen dan keterlibatan keluarga beliau menerima habuan dari Michael Chia
Rombongan
ini yang disertai oleh saya, YB William Leong (AP Selayang), YB Hee Loy Sian
(AP Petaling Jaya Selatan) dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja) akan berlepas ke
Hong Kong esok (21 November 2012).
Dalam rangka
lawatan ini, rombongan akan menemui ahli Majlis Perundangan Hong Kong
(Legislative Council) seperti berikut:
Leung
Kwok-Hung, pengerusi League of Social Democrats
James To
Kun-Sun, wakil Parti Demokratik
Raymond Wong
Yuk-Man dan pimpinan parti People’s Power
Pimpinan
Civic Party
Rombongan
juga akan mengadakan pertemuan dengan NGO dan media untuk menerangkan kesan kes
ini kepada reputasi ICAC. Satu sidang penerangan akan diadakan pada hari
Khamis, 22 November 2012 yang akan turut disertai oleh wakil-wakil parti
politik, NGO dan media.
Sesi
penerangan dan pertemuan dengan ahli-ahli Majlis Perundangan Hong Kong adalah
bertujuan untuk mendapatkan kerjasama mereka untuk berunding dengan
Jawatankuasa Semakan ICAC untuk menyemak kembali kes tersebut.
Akhir
sekali, rombongan akan bertemu dengan wakil ICAC untuk menyampaikan permohonan
rasmi agar kes ini disemak kembali mengambil kira kesannya kepada reputasi
antarabangsa ICAC, apabila namanya digunakan di Malaysia untuk membersihkan
nama Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia dalam suasana yang menimbulkan penuh
tanda tanya.
Misi ini
adalah misi yang pertama dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bergantung
kepada perkembangan di Hong Kong.
Satu sidang
media akan diadakan di ibu pejabat KEADILAN pada hari Jumaat, 23 November 2012
jam 4 petang sejurus rombongan tiba dari Hong Kong.
Masa untuk jatuhkan Nazri..
BalasPadamSapa punya kerja la ni..
teringat kembali Allahyarham Jalil Ibrahim bank Bumiputra sekor pemimpin negara pun tak kena.cina hong kong kena mcam tu aje.KAwan tu sampai ragut nyawa
BalasPadampemimpin bukan sahja kena bersih, tetapi kena nampak bersih.
BalasPadampemimpin yang tak bersih atau nampak tak bersih kena le kita pujuk2 masuk dalam lubang tandas dan kita tolong tarik flush supaya masuk kolam takungan taik.
Kita tak brapa nak suka kalau anak pemimpin kesayangan kita dapat guna pakai hummer free. Kenapa free? Kenapa free? Ada ke kat dunia yang fana ni benda free? Kat situ pun kita tengok macam dah tak berapa nak bersih.
Sebab tu bila kita masuk Bersih ada pemimpin yang tak suka!!
Mulut sesetengah pemimpin PAS ni kadang-kadang macam mulut betina sundal. Berapa kali nak tegur nak peringat, dah dekat PRU13 ni tak payahlah bukak isu2 sensetif. Ni dok gebang pasal PM pulak. Tak boleh ke simpan sampai menang dulu.
BalasPadamYang bertanya kat muktamar tu kalau tengok kerja tak ler seberapa. Belum apa2 dah pikir pasal nak PM bagai. Zaman nabi dulu, yang gi perang tak pernah pun terpikir nak jawatan ketua tentera ker, panglima ker!! Mereka ikhlas hanya kepada perjuangan dan bukan ikhlas kepada jawatan.
Si yang bertanya tu macam dah bagi peluru hidup kat TV tiga suku dan utusan meloya untuk tembak PR hidup2. Kita yang kat bawah ni dok tercungap-cungap berjuang, mat yeh ni pulak bagi peluru kat musuh untuk tembak kita.
Aku rasalah, kalau mat yeh si yang bertanya kat muktamar tu diberi peluang jadi PM, mau hanyut negara!
kt malaysia nak kaya cepat..join politik..tu sebab org politik kaya raya..duit berjuta2..nie kenyataan dlm m'sia sekarang..
BalasPadam