Khamis, 1 November 2012

TEMPUR SEMAKIN RANCAK - TIPU SEMAKIN GALAK






NOTA:
pru13 akan sampai
united malays national organisation
sedang merancanga untuk merampas selangor
sekarang kita lihat bertalu-talu serangan dilakukan

- projek kondo di batu caves dikatakan projek anti hindu
- projek ini diluluskan oleh kerajaan selangor
wal hal ini projek kerajaan khir toyo

PKNS di serang bertalu-talu

YAYASAN SELANGOR dikatakan jual harta tanah
dibawah ini adalah penerangan YS tentang duduk perkara


 


PEMBANGUNAN TANAH YS TELUS

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor

5 ulasan:

  1. YAYASAN SELANGOR TIPU....MANA ADA KERAJAAN BN/UMNO BUAT DIRECT TENDER,,,MANA ADA... TIPULAH YAYASAN SELANGOR...PENIPU BESAR PUNYA YAYASAN SELANGOR........KERAJAAN BN/UMNO MANA ADA DIRECT TENDER......BORANG TENDER PUN TAKDER MACAMMANA MAU BUAT DIRECT TENDER...APA LAH YAYASAN SELANGOR NI.......BORANG TENDER TAKDER..MACAMMANA MAU BUAT DIRECT TENDER......TEPUK BAHU JER...TERUS LULUS.....PIGIDAH YAYASAN SELANGOR....TEPUK BAHU JER...FAHAM....?

    BalasPadam
  2. YAYASAN SELANGOR BANYAK TIPU...MANA ADA BN /UMNO BUAT ITU DIRECT TENDER.....MACAM MANA MAU BUAT DIRECT TENDER KALAU BORANG TENDER PUN TARAK...TIPU YAYASAN SELANGOR NI.....UMNO MAIN TEPUK BAHU JER TERUS LULUS...APALAH...TEPUK BAHU JELAR......TIPU YS...NI.... TAK PERCAYA MAK...ADA BUAT DIRECT TENDER TAKDER BORANG TENDER,,,GILO KO.....

    BalasPadam
  3. Memang nak rampas Selangor ngan masalah AIR (yang ditimbulkan syabas) dengan tanah batu cave yang diluluskan Sammy Vellu dulu.. Semua nak bagi Kerajaan Selangor ni koman.. :)

    Semua benda buruk akan dikaitkan dan disalahkan kat kerajaan selangor apa saja isu yang boleh.. So bila PRU13 nanti BN menang depa akan kata rakyat menyahpah dengan kerajaan PR selangor dan kembali menyokong BN.. :)

    Projek kat batu Cave nanti dikatakan untuk menaiktaraf ekonomi dan rakyat India.. caya la.. :) takdanya lagi nak bising2..

    BalasPadam
  4. sekarang baru aku faham

    masa amno bising2 dulu aku ingat ys nak buat kolam bagi bela udang

    BalasPadam
  5. salam browwwwwww

    khirrrrrrrrrr toyollllllllll gigi juga yang salahhhhhhhhhhh kah -kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam