Selasa, 20 November 2012

TUKAR TIUB MENGHASUT LAGI






PILIHAN MASA DEPAN 


PILIHAN RAYA ATAU PILIHAN JALAN RAYA

(Pada Sabtu 3  haribulan November yang lalu hampir 30,000 Warga Demokrasi telah berhimpun di Seremban. Dalam hujan lebat mereka tidak berganjak. Guruh halilintar membelah bumi namun  30,000 Warga Demokrasi  enggan berundur. Mereka menuntut Janji Bersih. Mereka menuntut 8 Tuntutan Bersih.)

Sekali saya membuka perbincangan tentang pilihan raya. Jangan tersilap anggap. Saya tidak menolak pilihan raya. Ini kerana pilihan raya adalah salah satu dari beberapa pendekatan dan metod untuk mengurus, mengagih dan mentadbir kuasa. Dalam dunia hari ini pilihan raya telah menjadi amalan pengagihan kuasa untuk hampir  kesemua negara-negara di dunia ini.

Walau pun ada negara saperti Saudi Arabia yang tidak pernah mengadakan pilihan raya - hakikatnya sistem pengagihan kuasa melalui pilihan raya ini telah diterima pakai secara menyeluruh. Malah dalam negara-negara dimana Sultan, Shah, Al Malik dan Raja masih  wujud - pilihan raya juga telah diterima pakai  sebagai cara pengagihan kuasa.

Pilihan raya telah dikait rapat dengan demokrasi. Tetapi  jangan salah hitung - demokrasi boleh wujud tanpa pilihan raya. Wujudnya pilihan raya bukan pula  satu jaminan  untuk kewujudan demokrasi. Adalah  salah untuk membuktikan bahawa kebebasan dan demokrasi hanya wujud jika ada pilihan raya. Bagitu juga adalah salah untuk menganggap jika tidak ada pilihan raya maka demokrasi tidak wujud.

Hitler  yang telah  melancarkan Perang Dunia ke Dua   menjadi Chanselor Germany bukan melalui rampasan kuasa. Adolf Hitler mendapat kuasa melalui kemenangan  pilihan raya. Pada 31 Julai 1932 Parti Nazi  yang rasis lagi zalim   telah menang dengan 230 kerusi. Kemenangan dalam pilihan raya ini telah  membuka jalan untuk Hitler berkuasa. Ini bermakna ditaktor juga boleh naik tahtha melalui pilihan raya.

Dalam Adat Perpatih Perpatih di Negeri Sembilan, anggota masyarakat memilih, melantik dan memberi kuasa  kepada pemimpin mereka tanpa  pilihan raya. Dalam cara agihan kuasa dan   pemilihan  penguat kuasa tanpa pilihan raya ini masih wujud ciri-ciri demokrasi dan kebebasan. Demokrasi bentuk ini, sama saperti demokrasi dalam pilihan raya  - lahir kerana keperluan ekonomi. Adat Perpatih di Negeri Sembilan muncul kerana ekonomi berasaskan  sawah dan padi.

Mari kita kembali melihat sejarah  pilihan raya di Malaysia. Di Tanah Melayu  yang kemudian menjadi  Malaysia telah mengadakan 12 kali pilihan raya umum. Manakla pilihan raya kecil  telah  berpuluh  kali dijalankan. Tetapi ini bukan bermakna  ada demokrasi  dan kebebasan dalam negara ini. Memang betul kita ada pilihan raya. Memang betul   lima tahun sekali ada pesta pilihan raya untuk seluruh negara. Dari segi prosedur tidak dapat dinafikan bahawa  Malaysia mengadakan pemilihan wakil rakyat melalui undi. Tapi kewujudan  prosedur bukan tanda  wujudnya kebebasan hak memilih yang bersih, adil dan jujur.

Pemilihan melalui  pengundian telah diwujudkan oleh penjajah British  pada tahun 1955.  Sistem pemilihan wakil rakyat yang dilembagakan  oleh British ini telah  hilang pupus. Selama lebih dari 50 tahun sistem peninggalan British yang memiliki asas demokrasi dan kebebasan telah berubah rupa.

Dalam tiga tulisan saya yang lalu, telah diterangkan bahawa untuk PRU13 kali ini  telah diwujudkan satu sistem pemilihan khusus untuk menipu para pengudi. Sistem yang diwujudkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ini bertujuan untuk memastikan parti United Malays National Organisation akan kembali berkuasa.

Kenapa SPR melakukan sademikian? Bukankah SPR ini satu badan yang bebas yang hanya mengikut arahan Agong. Memang betul  lembaga SPR ini bunyinya bebas. Pengerusi dan para pegawai SPR  yang dilantik oleh Agong. Tetapi Agong hanya melantik nama-nama yang diberikan oleh  Perdana Menteri.
 
Justeru adalah mustahil  Dolah Badawi atau Najib Razak yang juga Presiden United Malays National Organisation  akan melantik Tian Chua atau Saifuddin Nasution untuk menjadi Pengerusi SPR.  Sosok yang akan mengepali SPR ini pastilah barua budak suruhan United Malays National Organisation yang setia dan senang untuk  disuruh arah.

Pengerusi dan para pegawai didalam SPR ini telah diikat dengan kepentingan ekonomi dan kepentingan kelas untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa. Hakikatnya SPR ini bukan badan yang bebas. Ini terbukti apabila  rakyat Malaysia gempar apabila diberitahu bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli parti United Malays National Organisation. Dua bengolan SPR ini bukan minta maaf dan  meletak jawatan. Malah mereka membabi buta menafikan yang mereka ahli parti walau pun bukti saheh telah ditonyohkan ke hadapan mata mereka.

Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah : Surahanjaya Pilihan Raya  Malaysia ini tidak boleh dipercayai. Lembaga ini adalah barua kepada United Malays National Organisation. Penipuan dan semua rancangan penipuan yang telah    dibogelkan berpuluh kali  oleh Bersih dan  pemimpin Pakatan Rakyat  tidak diendahkan kerana  penipuan ini adalah sebahagian dari rancangan yang SPR sendiri terlibat.

Justeru rakyat tidak ada jalan lain. Jalan yang terbuka luas ialah turun sekali lagi ke jalan raya. Kerana inilah  30,000 Warga Demokrasi berhujan lencun dimalam Sabtu lalu. Warga Demokrasi membuktikan bahawa mereka menyokong teguh racangan demo pada 12 Januari akan datang. Kalau dalam hujan lebat 30,000 yang datang bayangkan berapa ratus ribu yang akan ke jalan raya pada petang 12 Januari nanti di Kuala Lumpur?

Demo 12 Januari Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan  ini lebih besar dari besar. Akan lebih lebih mega dari mega.  Himpuanan Kebangkitan Rakyat  ada ibu dari segala ibu demo.

Demo Kebangkitan Rakyat  12 Januari ini adalah sambungan dari perjuangan Bersih yang menuntut 8 Tuntutan. Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah serangan akhir dituju kepada SPR untuk menunaikan 8 Tuntutan Bersih. Warga Demokrasi telah muak dengan memo. Warga Demokrasi telah berpuluh puluh kali membuat laporan polis. Warga Demokrasi telah berkali-kali membuktikan penipuan dalam senarai nama pengundi. Hasilnya sifar, zeri, nil..zilch.

Maka jelas jika 8 Tuntutan ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini  sekali akan  lagi menobatkan United Malays National Organisation dengan cara tipu. Warga Demokrasi tidak lagi akan menerima penipuan ini. Selama 50 tahun Warga Demokrasi telah ditipu maka PRU13 ini adalah tanda nokhtah. PRU13 adalah perenggan akhir untuk SPR untuk  menjalankan pemililhan secara jujur dan bersih.

PRU13 ini adalah persimpangan –  penerusan penipuan oleh  SPR untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa atau mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Untuk Warga Demokrasi telah jelas, mereka hanya akan menerima pilihan raya dengan tertunainya  8 Tuntutan.

Warga Demokrasi, penyokong Bersih dan penyokong Pakatan Rakyat akan menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka. Jika Selangor kalah maka gugurlah kerjaaan Pakatan Rakyat. Jika Kedah kalah maka kalahlah kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Bagitu juga seluruh keputusan PRU13 akan disambut dengan sopan. Warga Demokrasi akan menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka.

Waspada! Warga  Demokrasi akan bersopan dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka hanya satelah  8 Tuntutan telah ditunaikan. Penunaian ini bererti sistem penipuan yang sedang di rancang oleh SPR ini telah ditalkinkan. Sama ada Pakatan Rakyat menang atau United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya menang bukan persoalan untuk Warga Demokrasi.  Yang penting PRU13 dijalankan dengan bersih dan adil.

Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini adalah adalah pembukaan  tirai pendemokrasian di Malaysia. Telah jelas kepada Warga Demokrasi bahawa segala porak peranda yang berlaku sekarang. Segala kerenah – rasuah, pembunuhan, perampasan tanah dan dan dan... semuanya berpunca dari pimpinan negara yang dipilih secara tipu.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah perkahwinan semua Warga Demokrasi. Bersih dengan baju kuningnya. Himpunan Hijau pencinta alam sekitar  dengan baju hijaunya. Penentang ISA dengan baju merahnya. Penyokong bahasa ibuanda dengan baju putehnya. Dan anak muda punk rocker dan counter culture bersama dengan Gerakan Selamatkan Warisan dengan baju hitam mereka.

Kuning, hijau, merah, puteh atau hitam adalah  tanda pengembelingan kebangkitan rakyat menuntut PRU13 dijalankan tanpa penipuan. Pada 12 Januari tahun hadapan kota Kuala Lumpur akan menjadi kota pelangi. Warna-warna ini adalah warna pendemokrasian. Warna-warna ini adalah tanda bahawa orang  ramai  akan mengitiraf SPR yang menipu.

Bersih 2.0 Secara resmi telah menuntut agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan. Ini kerana Bersih tidak yakin dengan kepimpinan dua ahli United Malays National Organisation ini. Desakan Bersih ini tidak diindahkan.

Maka mari kita tunggu dan lihat apakah rancangan dan kerenah SPR untuk meneruskan penipuan  apabila  pada 12 Januari 2013  satu juta.... diulangi ... apabila satu juta Warga Demokrasi turun ke jalan raya. Apakah PRU13 akan diadakan sebelum 12 Januari? Tunggu minggu hadapan untuk jawapan. (TT)




NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon: 03-22-72-40-45



3 ulasan:

  1. Susahnya nak humban pemimpin jahat dgn sistem yg penipu, walau dibenci ramai namun tetap menang juga...maka kekallah ia di singgahsana dulu, kini dan selamanya...khaakk ppttuiihhh!!

    BalasPadam
  2. PRU13- EVOLUSI UNDI ATAU REVOLUSI JALANAN?? KERAjaan amno yg buat pilihan. Rakyat layann jerr.
    Kita adalah tuan kpd nasib kita sendiri. Selama ni gua tak tahan kena hujan, batuk selsema sesak nafas. TAPI 03/112/12, gua enjoy hujan kat padang senawang 2. Badan sejuk gua layan sup utara 2mangkuk, semangat tetap membara, hati masih panass. Jumpa pd 12/01/13 kat kl

    BalasPadam
  3. TT...
    ada sumber kata hanya polis yg brtugas saja kena undi pos...yg lain undi serupa org awam....

    mohon pencerahan...

    BalasPadam