Selasa, 13 November 2012

UCAPAN SELAMAT MENDAPAT PENCERAHAN







Selamat Hari Deepavali!
  (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Bagi pihak Parti KEADILAN dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakyat Malaysia yang merayakan hari ini, baik yang beragama Hindu, Sikh dan Jain. Deepavali, atau singkatannya Diwali, bermaksud ‘sebarisan pelita’ – suatu simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan.

Selari dengan semangat perayaan ini, ingin saya seru rakyat Malaysia untuk mengingati mereka yang sedang menghadapi ‘kegelapan’ dalam hidup masing-masing.

Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Puan Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan. Tatkala anda menjamu laddoo dan barfi, ingatlah ibu-ibu seperti Puan Suppama yang dinafikan bantuan kerajaan, malah tidak diizinkan mengisi borang e-kasih.

Dikala kita menyambut hari perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, masih terdapat ribuan penduduk berketurunan India yang masih tidak diiktiraf status kewarganegaraan mereka; antara ribuan ini, seramai 1,758 dari mereka telah membesar di rumah-rumah kebajikan yang dibiayai kerajaan, dan mereka kini tiada kerakyatan dan tiada dokumen pengenalan untuk membuktikan bahawa mereka rakyat asal Malaysia.

Deepavali dari segi spiritualnya meraikan cahaya – meraikan kebaikan yang wujud dalam hati setiap insan. Diwali merupakan suatu kemenangan atas segala kegelapan – baik yang lahir dari kejahilan dan prejudis, mahupun penganiayaan yang membabitkan seluruh masyarakat.

 Bersempena hari ini, ingin saya mengingatkan diri saya serta rakyat Malaysia bahawa perjalanan kita masih jauh, dan perjuangan kita terlalu hampir untuk kita pandang leka. Biarlah cahaya kemenangan itu bangkit semula, dan biarlah ia terus menerangi perjuangan kita rakyat Malaysia.

Deepavali Nalvazhthukal (தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்)

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat



KITA ULANGI LAGI PADA 12 JANUARI
LEBIH BESAR DARI BESAR
LEBIH MEGA DARI MEGA




5 ulasan:

  1. bagiku agamaku
    bagimu agamamu

    BalasPadam
  2. Tak ada kojo lain ke hisham...ekau dapat duit..orang biaso dapek apo?

    Lobih baik den niago tolong bangso den kojo

    BalasPadam
  3. agama itu agama dan berniago itu berniago...kalau tak pernah di kejar internal security act...baik diam....!!!!!! kerana komen anda unrelevan...!!!

    BalasPadam
  4. Didi, orang perlukan agama untuk bekerja supaya kerja dengan amanah. :)


    BalasPadam
  5. YAAAAA BETULLLL.....ITULAH YANG BETUL.....? KALAU CAKAP MACAM TU DARI TADI KAN SENANG SETTLE.....AMANAH.....CEKAP DAN BERSIH....SATU SAJA YANG MAHATHIR TERRER PRAKTIKAN....CEKAP.....CEKAP BENOR MAMAT NI MEREMBAT,,,JANGAN MEMAIN ...DIA GURU DALAM BIDANG CEKAP NI.....TAK CAYA TANYA ROSMAH....DIA BATCH PERTAMA KELAS MADEY...KETUA KELAS PULAK TURRRR.....???

    BalasPadam