kepada ngo diseluruh negara
jika ingin bersama untuk menjadi kerabat
himpunan sejuta rakyat sila hubungi
seketeriat :
adib: 019- 266- 13-23
NGO NGO BARU MASUK
bersih melaka
bersih johor
anak muda anti keganasan polis
solidariti punk dabn skin head semalaysia
SILA BUAT PERSEDIAAN
sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket kereta api dari selakarang
sila pastikan ada tempat tingal
sila pasti ada bilik untuk bermalam
DOKTOR DI SERU
tuan doktor
dari seluruh negara
yang ingin menjadi sukarelwan
sila hubungi seketeriat
himpunan ini memerlukan
sebanyak mungkin tabib, bomoh dan doktor
HIMPUNAN KEBANGKIATAN RAKYAT KE KUALA LUMPUR 12 JANUARI
December 20, 2012
SHAH ALAM, 20 Dis — Sebuah perhimpunan besar-besaran yang digelar Himpunan Kebangkitan Rakyat akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada 12 Januari tahun hadapan untuk memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum ke 13 bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.
Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianggotai oleh parti pembangkang dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama-sama menghimpunkan rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri ibukota.
"Kami akan berhimpun di Stadium Merdeka. Di beri atau tidak satu juta akan turun," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad mobilisasi dari seluruh negara sudah dilakukan semenjak dua bulan lalu untuk memastikan angka sejuta dapat dicapai pada perhimpunan yang bermula pukul 2.00 petang itu.
Pengerusi jawatankuasa teknikal bagi perhimpunan ini Hishamuddin Rais mengatakan perhimpunan yang dianjurkan ini bukanlah mirip perhimpunan Arab Spring.
"Perhimpunan ini adalah Malaysian Durian. Keras tapi akhirnya manis," katanya.
Perhimpunan ini turut disokong oleh Himpunan Hijau yang menentang Kilang Pemprosesan Nadir Bumi, Lynas.
Menjelang pilihan raya 2008, parti pembangkang dan NGO pernah menganjurkan dua perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Hindraf berhimpun di Kuala Lumpur pada penghujung 2007 sehingga dikatakan menjadi punca "Tsunami Politik" yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.
TUNJUKAN KEMARAHAN
PADA 12v JANUARI
------
Kena beringat2.
BalasPadamBalaci grombolan akan buat provokasi.
TT kena beri penerangan jelas2.
Syarat2 berhimpun mesti diberi.
Peraturan berhimpun wajib dipatuhi.
Kalau nampak balaci2, cantas awal2.
Durian pun Boleh... Jnji kl112... Kasi pupus umno pru13... Kih.kih.kih...
BalasPadam