KITA BERJUMPA DI KUALA LUMPUR
KITA TURUN KE JALAN RAYA
KITA GEMPAK KAN
ISTERI ROSMAH
MENUTUP LUBANG ROSMAH
Dikesahkan seorang budak kecil telah menutup dengan jarinya
sebuah lubang berair ditembok yang
melingkari kota Amsterdam. Jari kecil yang menutup lubang ini telah
menyelamatkan kota Amsterdam dari
tenggelam. Ini cerita rakyat dan lagenda Belanda.
Persoalan hari ini apakah ‘lubang’ Rosmah dapat ditutup untuk menyelamatkan United Malays National Organisation? Jangan tersenyum - lubang
hanya satu metapora untuk dikaitkan dengan Anak Kecil Belanda yang
menyelamatkan Amsterdam. Lebih tepat lagi lubang yang saya maksudkan ialah
perangai, tingkah laku dan feal sosok yang bernama Rosmah Mansor.
Minggu ini seluruh negara telah terkejut membaca berita
Deepak Jaikishan. Si Penjual Karpet ini bukan kecik anak. Deepak ialah sosok
yang telah membayar mata-mata gelap Balasubramaniam. Deepak berjanji akan memberi 5 juta ringgit jika Bala menarik kembali Akuan
Bersumpah Pertama dan menulis Akuan
Bersumpah yang baru.
Dalam Akuan Bersumpah Pertama Bala telah menulis bahawa
Altantuya adalah bekas ‘penyedap’ Najib.
Mengikut Bala - Najib telah bertemu
dengan Altantuya di pameran intan berlian di Pulau Sentosa Singapura. Kemudian Razak Baginda
diberi ‘tugas’ untuk menjaga Altantuya kerana Najib hendak dilihat
bersih dan suci dari skandal seksual.
Mengikut kata Deepak sendiri , dia menganggap Rosmah sebagai
kakak kandung. Ini tiga tahun dahulu. Minggu lalu Deepak telah membocorkan rahsia
dengan menunjukan betapa ‘berpuaka’
kakaknya yang bernama
Rosmah. Duit yang dijanjikan oleh
keluarga Najib untuk Bala telah tidak ditunaikan.
Hati Deepak hancur
luluh apabila ‘jualbeli’ tanah yang
menjanjikan kekayaan yang bertimbun-timbun telah lungkup. Tanah yang dijanjikan
telah dirembat orang lain. Apa yang menjadikan Deepak maradang, bengis dan
berdendam ialah aduanya tentang jualbeli
tanah ini kepada kakaknya telah tidak dipedulikan. Suami kakaknya ialah Menteri Pertahanan ketika jual/beli
tanah ini dilakukan. Projek Berjuta-juta ringgit ini ialah Projek Kementerain
Pertahanan. Akhirnya kerana tidak puas hati - Deepak membawa kes ini ke mahkamah. Satu dunia pun tahu kong kalikong Rosmah dan
Najib.
Sebenarnya siapa dia Rosmah Mansor ini? Untuk menjawab soalan ini saya wajib membawa
pencerahan kepada pembaca untuk melihat ratusan tahun ke belakang. Bila kita
meneliti sejarah maka kita akan bertemu dengan watak-watak yang
memiliki perangai yang sama saperti yang
sedang dimainkan oleh Rosmah Mansor.
Marie Antoinette ( 1775- 1793) – pemaisuri Peranchis telah dipenggal
leherya oleh rakyat yang lapar. Ini satu babak dalam Revolusi Peranchis yang
mewujudkan Pepublik Peranchis Pertama. Di Argentina kita bertemu dengan Maria Eva Peron ( 1919-1952)
atau nama manjanya Evita. Bekas pelacur ini telah berkahwin dengan Juan Peron (1895-1974) yang menjadi Presiden
Argentina. Evita menjadi First Lady dari
tahun 1946 hingga meninggal dunia. Ketika menjadi Wanita Pertama – bekas
pelacur ini memiliki memiliki pengaruh besar kepada Presiden Peron dalam
pengendalian politik Argentina ketika
itu.
Rapat ke Tanah Melayu kita akan bertemu dengan Imleda R.
Marcos – balu kepada Presiden Marcos. Satu dunia tahu bahawa Imelda ini memiliki
fetis dengan kasut. Hingga ke hari ini babak
Kuasa Rakyat menumbangkan Presiden
Marcos s akan diingati dengan ribuan kasut yang dikumpulkan oleh Imelda.
Diseberang Selat Melaka kita bertemu pula dengan Raden Ayu
Siti Hartinah - nama
manjanya Ibu Tien - isteri kedua
kepada Haji Muhamad Suharto. Hingga ke hari ini kita tidak diberitahu siapakah
isteri pertama Presiden Suharto. Apa yang dunia tahu hanyalah semua perniagaan di Indonesia – dizaman Suharto - wajib memberi 10% kepada Siti Hartini. Justeru Ibu Tien dipanggil Ibu
Ten Percent.
Paling terkini kita bertemu dengan Wanita Pertama dari negara Arab. Leila Ben Ali adalah isteri kepada Zainal Abidin Presiden Tunisia yang
telah dihumbankan oleh rakyat Tunisia.
Leila akan dingati kerana
sebelum melarikan diri ke Saudi Arabia
– si Leila ini telah memecah
pintu Bank Negara Tunisia dan
melarikan 1.5 tan jongkong emas bernilai
62 juta dolar Amerika.
Tetapi apa sangkut pautnya
Pemaisuri Peranchis dan Wanita-wanita
Pertama ini dengan Rosmah Mansor?
Sebelum saya menjawabnya saya wajib memperkenalkan Raspustin (1869-1916) – sorang Padri yang juga
saeorang bomoh dan yang juga Pawang
Diraja untuk Tzar Russian. Rasputin ini dikatakan memiliki kuasa ilmu
ghaib yang boleh menepis segala serangan
keatas Tsar Nicholas.
Pemaisuri Tsarina Alexandra telah membawa Rasputin ke dalam Istana untuk mengubati
anakanda yang gering. Akhirnya Bomoh ini memiliki pengaruh yang cukup besar
dalam Istana Tsar Nicholas.
Untuk saya Rosmah Mansor ini adalah jelmaan Rasputin, Evita, Imelda, Ibu Tien dan Leila Ali. Untuk memahami
kenyaatan diatas saya wajib
memberikan hujah latar dan suasana yang
melahirkan wanita-wanita ini.
Memang betul Rosmah bukan penyedap atau penyanyi kelab malam saperti Evita. Tetapi
kelakuan Rosmah terkinjak-kinjak menari dan menyanyi ke hulu kehilir ini lebih
hina dari Evita yang berkerja membuka
dan membasuh seluar dalam lelaki. Dari
Lebai Desas bin Haji Desus rakyat Malaysia
juga diberitahu tentang Rosmah juga
pernah berpindah randah dari ‘ katil ke katil’
untuk mencari tempat ‘ bergantung.’ Sama saperti Ibu Tien - rakyat Malaysia juga tidak diberi tahu bahawa
Rosmah ini ialah isteri ke dua Najib. Siapa isteri Pertama Najib terus menjadi
tanda tanya. Berapa kali Rosmah ‘menjanda’ juga dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai.
Kalau Ibu Tien hanya mahu 10 percent untuk projek di
Indonesia – Rosmah Mansor memastikan
dalam semua projek kerajaan
Malaysia dia akan memiliki
kepentingan. Dari membekal makanan untuk latihan PLKN hingga ke runtuhnya
lapangan terbang Sungai Besi –
kepentingan Rosmah dijaga rapi. Dikatakan tidak ada projek ‘mega ‘ yang akan
lulus jika Rosmah tidak memberi restu. Justeru perbalahan
terkini antara adik Deepak dengan kakak
Rosmah berlatarkan ini.
Bagitu juga projek kamera AES yang pada awalnya telah ditolak
oleh Kementerian Pengangkutan tetapi dijadikan projek swasta. Projek merompak
duit dalam poket rakyat ini tidak popular dan akan melarikan undi. Ketua Pemuda Khairy dan YB Bung Mokhtar telah
menentang projek ini. Tetapi AES ini masih dikekalkan kerana ada ‘badak berendam’
dibelakang projek ini.
Leila Ali isteri Presiden Tunisia pernah menghantar sebuah
kapal terbang ke Selatan Peranchis hanya untuk membeli ais krim yang
diminatinya. Ini tidak jauh dari perangai Rosmah Mansor yang mengarahkan Jacob of New York untuk
membuat sebentuk cicin berlian berjuta-juta ringgit untuk dirinya. Cerita dan surah Rosmah ‘bershopping’ ini
telah menjadi lagenda cerita rakyat yang akan turun temurun sama saperti lagenda Anak Belanda menutup lubang. Tidak
cukup dengan keberahian membeli belah Rosmah juga memiliki fetis untuk memiliki
beg tangan Birkin yang pasti menundukkan koleksi kasut di muzium Kasut Imelda Marcos.
Ada lagi persamaan yang dapat dilihat dalam semua perempuan-perempuan
ini. Kesemuanya memiliki ‘ sejarah hidup’ yang agak kabur. Leila Ali berkerja
sebagai tukang gunting sebelum dapat menggunting Zinalabidin. Evita bekas bekas pelacur dan penyedap Juan
Peron. Ibu Tien dikatakan anak babu pembantu rumah dalam keluarga bangsawan Jawa. Manakala Imelda adalah
bekas Ratu Cantik.
Setiap perempuan ini sedar dari mana mereka datang. Dari segi saikoanalysis perempuan-perempuan
ini memiliki rendah jiwa – inferiority complex.
Kesakitan jiwa rendah ini telah diterjemahkan dengan ‘ jiwa besar –
superiority complex. Superiority complex ini mermunculkan keanggkuhan
dan kesombongan yang bersalut
dengan kuasa politik.
Membeli belah, memilik harta kekayaan itu adalah percubaan
untuk menimbuskan sejarah hidup mereka yang kabur dan gelap. Dengan memiliki
emas dan intan berlian, dengan mengumpul harta kekayaan perempuan-perempuan ini
mengharapkan orang ramai akan terlupa bahawa mereka adalah bekas pelacur atau
perempuan simpanan yang tidak berkelas.
Jalur-jalur ini dimiliki oleh Rosmah Mansor. Rosmah cuba
menghilangkan ‘kejandaan’ nya apabila berkahwin dengan Najib. Umum mengetahui
bagaimana Rosmah cuba menghalang tamu
dari datang ke Majlis Perkahwinn anak gadisnya dari suami pertama. Umum juga tahu bagaimana adiknya sendiri
melarikan dari Malaysia. Umum tahu bahawa Ibu dan Ayah Rosmah bercerai berai.
Rosmah pula tidak secantik Imelda atau Evita. Rosmah pendek dan gemok. Malah lebih gemok dari Ibu Tien. Semua ini adalah beban inferiority
complex yang menjerat leher Rosmah.
Kerana itu saban hari Rosmah dengan
Permatanya dan melakukan pelbagai usha
untuk membuktikan yang dirinya ada kelas
dan bukan Mak Janda nenek kebayan.
Tetapi dibelakang intan berlian, kasut dan beg ini ada lagi
satu jalur yang lebih penting yang
mengikat kesemua perempuan ini. Suami kepada perempuan-perempuan ini semuanya
takutkan bini. Inilah watak yang
dimiliki oleh Marcos, Suharto, Zainal Abidin dan Najib. Watak ‘lembik’ takutkan bini ini menjadikan
isteri-isteri ini bergerak dibelakang tabir untuk menjana
kuasa. Si Rosmah sama saperti Evita - mereka bukan lagi bergerak di belakang tabir
tetapi mengurus politik secara terbuka.
Apakah lubang Rosmah ini dapat ditutup untuk menyelamatkan
United Malays National Organisatiion?
Jawapannya muncul minggu hadapan
kerana kita wajib berhadapan dengan Rasputin dan Marie Antoinette sebagai penjelmaan akhir untuk Rosmah Mansor. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah pernah
disiarkan dalam akhbar
SUARA KEADILAN.
Sesiapa ingin melangan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon: 03- 22-72-40-42
-------
FLOM-Fat Lady On Mahathir.
BalasPadamCAKAP JELAH LUBANG PUKI..APA TAKUT...IS IS IS...KO SHAM..TERBAIK....TAPI SATU,, INFERIORITY COMPLEX DENGAN SUPERIORITY COMPLEX TU AKU MUSKYIL...DIO TU MACAM PERTAMA COMPLEX KE..?...GEDUNG BELI BELAH....tepat dan padat ler ko sham...tak takut rosmah saman ke.....ahhhhh....saman pun samanlah,KASIH TELANJANG DIA HABIS HABISAN SHAM...TAK CUKUP KITA KUTIP DERMA BAYAR KOS GUAMAN KO KARANG...KAMI DIBELAKANG TT...BERANI LANGGAR BERITA JUJUR....NAK TANYA,,, ROSMAH YANG KO CAKAP NI ROSMAH MANA SATU...HEHEHEHEHEHEHEHE.....?
BalasPadamCerah mata baca crite tt..Hebat.hebat.hebat... Wow.. Kaya la lu punya lubang.... Crite r lg.. Kih.kih.kih..
BalasPadamLobang rosmah tak dapat ditutup dengan jari. Ia hanya akan ditutup dengan tumit kaki. Itu pun tak berapa rapat kerana masih terdapat liang2 udara untuk angin masuk.
BalasPadamWakakakakakkakaka.....
sekeji keji EVITA VERON TU..ada lagu dont cry for me argentia...sekotor kotor EVITA..orang buat filem tentang dia..dah tu box office pulak tu.....dah tu MADONNA pula tu.......bawak filem dia...agak agak buku dia tu laku tak.aku agak....ahmad maslan dengan ajib gor je baca kot..itu pun kena paksa..free pulak tu..kalau artis...adibah noor bunuh diri ler kalau dapat tawaran tu..kalau lagu....sesuai lagu singer lah dia ni..." SINGA..MENAWAN KELUARGA BAHAGIA..." DIA NGAN AJIB JE LER...taak malu betul lah dia ni...mental minah ni...apa lah nasib ajib dapat bini GILA macam dai ni...hai jib......main catur sorang sorang lah kau lepas ni......????
BalasPadamlubang lakhanatullah ni kena ronjang dengan kaki beramai BUKKAKE
BalasPadamtapi lubang telinga melayu dah pekak!! sia-sia je tt bersurah. badak tetap kenyang sbb dia tau melayu mamang banggang!! bagi imam muda ini citer lapok sosialis kah kah
BalasPadamini punya bangsa che guvera atau mao tak teruja nak pandang daa...
bayangkan korea dah jadi kumpulan elit dunia tapi harimau kokak terkekeh-kekeh nak lwn laos kah kah
yg maju mamak n makcik felda!!
mana ada bangsa di dunia 55 tahun boleh jadi biol dek lobang demi lobang??
Dalam Quran ada satu surah yang dinamakan Al-Takaatur, Surah 102. Lapan ayat aje... nak baca gi kat sini http://www.masjidtucson.org/quran/noframes/ch102.html#1
BalasPadamTapi dalam BI.
Cuba tanya Lebai Google apa itu HOARDING...
Nafsu Rosmah tiada sempadan dan dgn itu tiada penutup utk menutup lubang nye. Betul ke Rosmah mau menutup nye atau mmng dia mahu dbuka, dipamerkan ke seluroh antero dunia?
BalasPadamSalam TT, kalau TT kata Rosmah tu gemok dan pendek, itulah dia si Rosmah tu dari keluarga kerbau pendek! Kah..kah..kah..
BalasPadamhttp://www.surah.my/102
BalasPadamBadak berendam,,,kahkahkah!!!!!!!steady TT!!!!!
BalasPadamIsham,
BalasPadamMana lagi untuk pembaca kau ikut tulisan kau berkenaan seni,budaya,makanan,sosial etc, dulu ada jugak tulisan kau dekat Off The Edge, The Sun dengan Yahoo. Asyik pasal politik pun bosan jugak.
Kalau ada dan kau masih menulis promote la dekat blog sini, rindu dengan tulisan kau selain berkaitan politik, terima kasih!