Rabu, 5 Disember 2012

MEREKA SAMSENG - KITA TURUN SATU JUTA 12 JANUARI






 KENYATAAN MEDIA

5 Disember 2012
 RAKYAT MALAYSIA TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG UMNO
 
Saya mengecam sekeras - kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak.

Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak  telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.

Saya sekali lagi mengecam sekeras - kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.

Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasar - dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO - BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.


YB Amirudin Shari
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat Gombak







-------

12 ulasan:

  1. TT...

    Saya hadir semalam.

    Saya tak puas hati.

    Kami rakyat datang, polis tidak dapat lindungi keselamatan kami. Pihak AMK dan Unit Amal pun tidak dapat lindungi keselamatan kami. Jadi saya rasa, kami berhak bangun untuk mempertahankan kami.

    Berapa kali kami perlu dibaling batu, ditikam dan sebagainya hanya untuk mempertahankan diri kami?

    Yang penting sekali, kalaulah kami tidak diberikan kebenaran untuk melawan balik kerana takut terperangkap agenda musuh, sekurang-kurangnya kami tidak mahu "menahan betis ketika todak melanda". Kami bukan patung untuk dijadikan bahan percaturan untuk dikorbankan. Berikan kami idea atau cadangan agar "batang pisang" dapat digunakan ketika todak menyerang.

    Sepatutnya, MP/pegawai pakatan yang perlu memikirkan bagaimana untuk menggantikan "betis kami" dengan "batang pisang" dan bukannya kami yang memikirkannya. Kerana kami juga pernah mengundi anda semua!

    Atau rakan-rakan lain ada idea lain bagaimana nak menghadapi ini semua?

    Kami sanggup bersama-sama PR, tapi kami bukanlah betis untuk MP2 PR tengok sahaja!

    Cuba lihat ADUN Bt Caves, memekak bila kejadian habis, memekak dalam surat khabar, tapi ketika kejadian? PELIR pun tak der untuk kehadapan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn merungut. . . org lain ader lg teruk kene dr ko. . tp dorunk taw aper yg dperjuangkan. . jgn harap org lindungi kiter. . .itu sial namenye. . .weeee. . .

      Padam
  2. tv tak cerita pun pemuda2 mat rempit tu ialah budak parti apa. Memang patut pun kalau kena doa umeno KO.

    BalasPadam
  3. mana DSAI kata nak jumpa ketua balai... porahhh cit.... gua sokong ulasan pro pembaharuan... sampai bila nak membodohkan diri kena provokasi... darah kita mengalir kebumi.. darah yb2 ade? so please lah tegas sikit... penyokong kita ramai... jgn jadi seperti kambing satu padang tapi masih takut dgn serigala 2-3 ekor...

    BalasPadam
  4. Betul saya sokong agar pemimpin PR yang bijaksana dapat atur strategi gejala samseng ini..


    keselamatan rakyat harus dijaga.

    BalasPadam
  5. Its all bcause of politic....
    manusia hilang pedoman...
    atas nama politik...

    BalasPadam
  6. Salam semua,

    Dari pembacaan komen-komen di atas memperlihatkan segelintir pendengar ceramah tidak berpuas-hati dan mengharapkan pihak penganjur bertanggungjawab. Mari saya tekankan di sini bahawa segerombolan anak muda yang tidak bertamadun dari UMNO ini hanyalah 'tips of the iceberg'. Kamu yang memilih menyokong PR harus bersedia menghadapi segala kemungkinan. Semenjak kecil saya sudah melihat bagaimana bapa dan ibu saya dimalukan, dipulaukan, disabotaj oleh orang kampung hanya kerana ibu-bapa saya penyokong PAS. Namun ini tidak melunturkan semangat mereka. Bapa saya pun tidak merayu atau menyalahkan pemimpin atas apa yang berlaku padanya kerana sedar inilah harga yang perlu dibayar jika dia memilih bersama sebuah parti bernama PAS. Anda seharusnya berbangga kerana sanggup berkorban apa saja untuk mencapai sebuah masa depan yang lebih baik dan menamatkan seekor parti jahat demi anak cucu kita. Melihatkan komen tuan-tuan belum tiba lagi masanya saya melihat pengorbanan yang setaraf seperti saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya, Afghanistan. Harus saya ingatkan Najib boleh saja menjadi Bashar al-Asad bila-bila masa. Cuma yang menangguhkan perkara ini adalah sifatnya yang penakut. Apabila sifat penakutnya hilang, ketika itu masihkah tuan-tuan bergantung pada pihak AMAL, AMK dan sebagainya. Please bear in mind that WE ARE ALL PAKATAN RAKYAT. Please don't leave PR in the dark when things get worse.

    BalasPadam
  7. RELEK SEMUA...BAIK KITA MENGALAH DAN SABAR,INILAH PERJUANGAN SAMPAI BERDARAH DAN MATI..RELEK..BIAR KITA BERDARAH NAMUN TERUS MAJU DAN BIAR KITA MATI NAMUN TERUS BERJUANG....inspirasi...KITA TERTINDAS,KITA DIKERAMBIT,KITA DIBALING BATU,KITA DIEJEK..apa yang kita dapat..inspirasi..INSPIRASI MEMBENCI PUAK PUAK SIAL NI SEDALAM DALAM NYA DAN SEBENCI BENCINYA...KITA AKAN BERTINDAK BILA DIPERLUKAN...TAPI BIAR KITA HANTAR PAKATAN DULU KE PUTERAJAYA DAN AMAT MANIS HASILNYA BILA TIBA MASANYA PUAK PUAK NI MERASA DAN MENDENGAR APA ITU ALAT MUZIK GAYUNG DAN BALDI BILA DALAM PENJARA NANTI.....????!!!..SABAR DAN TERUS MAJU.....!?

    BalasPadam
  8. saya pun ade ketika kejadian. tak terfikir pula dimana YB2 ketika kejadian. kalo yg tengah berceramah, tak pe la jugak.

    Di mana Amir Shari ketika itu? Cakap je komited itu komited ini, tapi betullah seperti brader pro kita cakap, pelir pegi mana kalo bersembang mengenai perjuangan?

    YB2 PR pun sudah ramai jadi pondan bila dapat kuasa.

    Walaupun rasa marah malam tadi, tapi tidak pula terfikir pandangan brader pro yang sangatlah atheist itu.

    BalasPadam
  9. PR pun kena ade samseng tpi samseng krn pertahankn diri!bagi lepuk ramai2 samseng umno ni mcm kita tibai peragut,biak mrk serek nak dtg buat kacau majlis org. Mesti ajar cukup2.x main lagi buat2 baik tapi terang2gan mrk mencederakn org.dan ini sunggoh melampau dan memng nak kena!!

    BalasPadam
  10. Pakatan kna kumpul Ank Muda. Jom kita Lawan Kejahatan UBN. Buktikan kta Warga Muda bkn JAHAT. Kuatkan Semangat. Tngl 120 hari lg untuk Kta KUBURKAN UBN. Tunjukan Kuasa RAKYAT. Kita ke Putrajaya... Jgn lupa 112 jom Pakat Turun. Kih.kih.kih...

    BalasPadam
  11. aduih aih...

    kita bukan minta dijaga.

    kita cuma minta,

    1. kalau tak mau bagi KAMI LAWAN balik, sila bagi cara lain!
    2. kalau tak bole jaga kami, cari la cara lain.

    Sekarang ini, cuba fikir, saya penakut atau tidak sedangkan saya mahu berlawan balik tapi tidak dibagi. kemudian, mahu saya tadah kepala untuk dibaling batu?

    Tak faham isu yang cuba diketengahkan, ITU BEBAL namanya.

    Selepas beberapa hari baru keluar kritik?

    Saya berhari-hari menunggu respons anda, tapi selepas beberapa hari sampai dah basi isu, baru nak balas balik, dan katakan saya pengecut?

    Itu BACUL NAMANYA. Sekali lagi, ditujukan khas buat tanpa nama atas ni, ITU BACUL NAMANYA!

    Lupakan je la. Tak pasti, ini diluluskan TT atau tidak. Heheh.

    Saya berharap TT luluskan, sebab saya berharap sangat ramai dikalangan kita penyokong PR, faham isu yang cuba diketengahkan.

    Ni balik2 modal lebai iaitu Sabar, syukur dan perjuangan sedangkan lebai2 yang bercerita itu, sedikitpun tak sabar, tak syukur dan hanya bising2 pasal perjuangan. Mereka bukan dibaris paling depan!

    BalasPadam