Khamis, 27 Disember 2012

PENGUMUMAN PENTING UNTUK 12 JANUARI




PENGUMUMAN PENTING
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket kapalterbang
sila tempah bilik hotel
sila tempah bilik penginapan

sila layaru tukar tiub
sila layari radio bangsar utama
sila layari semua laman anti kerajaan
untuk maklumat terkini dan ter now

sila buat ramai
datang mendengar ceramah 
dan hasutan
pilih wilayah yang berdekatan
mari kita buat sejarah



Kenyataan Umum
26 Disember 2012
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini melancarkan Jelajah Anak Muda Mobilisasi #KL112 – 1 Juta Rakyat. Siri jelajah yang merangkumi 12 venue di seluruh negara yang mengandungi perbagai program menumpukan mobilisasi anak muda untuk merialisasikan 1 juta rakyat turun bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang jatuh pada tanggal 12 Januari 2013 bertempat di Kuala Lumpur.
Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjuk menifestasi berbentuk kemarahan secara aman.
Bagi tujuan melancar mobilisasi yang ampuh, satu rapat Kemuncak mengira detik #KL112 akan diadakan bagi tujuan menimbulkan mood ‘pesta tuntutan rakyat’ dan memberikan pengarahan terakhir agar himpunan majoriti peserta himpunan memahami pengarahan untuk esoknya dan menjamin kelicinan dan kejayaan himpunan.
Dengan ini diumumkan ;
RAPAT KEMUNCAK MENGIRA DETIK #KL112
11 Januari 2013
8.40 malam (acara bermula 5 petang)
Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur
Selaku penganjur SAMM dan SMM sudah mendapat persetujuan jawatankuasa induk Hari Kebangkitan Rakyat yang akan turut menjadi penganjur bersama. Selain persembahan dan penampilan ramai pimpinan pemuda,  akan muncul juga pimpinan utama PR seperti DS Anwar Ibrahim, Tuan Hj Md Sabu turut akan dijemput TG Hj Hadi, TG Nik Aziz, Lim Guan Eng dan lain-lain pimpinan. Nantikan juga penampilan istimewa Ustaz Azhar Idrus pada program kuliah di sebelah petang.
Selain itu program akan bermula sejak petang akan ditampilkan rakyat tertindas yang akan muncul menyuarakan masalah mereka sendiri selaku suri rumah, pekerja kilang, pemandu teksi, pekerja swasta, mahasiswa, penganggur, profesional muda dan ramai lagi. Ini akan menjadikan rapat memuncak mengira detik #KL112 ini benar – benar pentas rakyat yang memulakan mood pesta tuntutan rakyat.
Rapat mengira detik ini juga akan menjadi lapang sambutan bagi peserta himpunan yang datang dari luar Kuala Lumpur yang dinasihatkan datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Sekian,
Adam AdliYasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama
Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112

----

3 ulasan:

  1. DIDI KOTA BELUD yang sebenar27 Disember 2012 pada 11:25 PTG

    mulai tadi aku berjogging untuk stamina...berpeluh kau..sihat aku...bukan aper..standby untuk dikejar...kalau takat sb sb perut buncit tu...aku keluar lidah je berlari..jom jogging..untuk kl112..anda tak akan menyesal....KITA LARI KALAU DIKEJAR,BUKAN TAKUT..CUMA NAK MENGOLOK OLOK PAK PULISI YANG AQUARIUM NYA GEDEK...HEHEHEHEHEEHEHEH.....YANG PENTING..KITA ENJOYYYYYY.....SEE U KL112..KHALAS.

    BalasPadam
  2. malam tahun baru nanti, masa orang lain nak sibuk buat countdown (kiraturun?), aku nak servis kereta.

    air filter dah beli, oil filter dah beli, minyak enjin pun aku dah beli. brek pad aku dah tukar minggu lepas.

    aku buat sendiri sebab boleh jimat. duit petrol untuk KL112 pun kawan2 dah kasi. 3 orang kawan akan tumpang kereta aku untuk turun KL.

    cakap banyak taknak, 8/1/2013 aku dan kawan2 akan gerak ke KL untuk buat ramai :)

    dalam beg kami dah sedia tuala kecil, garam, air mineral, baju bersih 1.0 ... hehe face mask pun ada jugak.

    TT apsal tahun baru 2013 aku rasa mcm lambat jer nak sampai?? apsal?

    BalasPadam
  3. den daghi nogoghi 9 kek kualo pilah. den dongan 9 oghang naik ben. den akan sampai ko KL 8 januari ni den duduk kek kg baghu tompat adek bersamo2 8 orang. den juga dah stanby alat2 nak bemontrasi. kali ni kito tawan KL. kami pun dah siap2 untuk mati bersamo2 di KL. kali ni kito ubah kerajaan BN kpd kerajaan PR. den doakan kito semuanya selamat dan berjaya. salam reformasi.

    BalasPadam