TARIKH YANG WAJIB
KOMENTAR TUKAR TIUBapa yang sedang dilakukan
oleh kerajaan pakatan
di selangor dan pulau pinang
adalah contoh terbaik dimana
rakyat didahulukan
kroni dibenamkan
membenamkan kepentingan kroni
wajib dikembangkan dalam pakatan
wajib disebarkan dalam pakatan
anti kroni adalah senjata ampoh
kerana jika pakatan mengendalikan pentabiran
para kroni ini yang biasanya ada wang ringgit
akan menyelit masuk
BAGAIMANA KRONI MASUK
politikus mahu cari pengaruh
politikus hendak bertanding jawatan
politikus memilihara anak buah
politikus memimpin sebuah parti politik
tapi sang politikus tak ada duit
sang politikus memerlukan duit
lalu datang:
seorang cukong
seorang along
saorang saudagar
saorang jutawan
seorang tuan tanah
datang dan memberikan dana
untuk sang cukong
dana yang diagihkan ialah pelaburan
pelaburan berjangka panjang
justeru kita melihat dibelakang para politikus ini
kelihatan mamat mamat dengan kereta besar
mamat mamat dengan penjabat besar
apabila sang politikus menang
sang polikus tak perlu bayar dengan duit
sang politikus hanya bayar dengan projek
luluskan projek sang cukong
luluskan projek saudagar
inilah yang berlaku dengan AES
projek ini adalah projek kroni
pastilah sang kroni ini
telah memberi berjuta-juta ringgit
ketika diperlukan
mungkin ketika pemilihan bahagian
mungkin ketika pilihan raya umum
lihat bagaimana AES ini ditentang oleh semua orang
ketua pemuda gerombolan minta AES ditangguh
kerana AES ini menghilangkan undi
bung mokhtar tak setuju dengan AES
banyak bahagian gerombolan tak setuju
kerana ramai penyokong gerombolan kena saman
tetapi AES tetap diteruskan
kenapa?
inilah kuasa yang ada pada tangan kroni
inilah bahayanya budaya kroni
ini wajib jadi ingatan kepada penyokong pakatan raykat
kenal pasti awal awal bakal para kroni
yang akan menyelit masuk
AES BAIK UNTUK SIAPA?
hasil dari pemasangan kamera ini
sokongan kepada gerakan anti AES melonjak naik
ini menguntungkan pakatan rakyat
jika sejarah melihat kembali hari hari akhir
united malays national organisation
maka akan ditemui peranan kamera ini
tetapi AES tidak lah sahebat BEG BIRKIN
Putrajaya: Tindakan kerajaan Selangor mahu menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu mulai hari ini disifatkan sebagai tindakan mencari publisiti murahan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, juga menyifatkan kerajaan negeri itu sebagai tak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, juga menyifatkan kerajaan negeri itu sebagai tak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.
AES YANG BAIK
ADALAH AES
YANG MENYEMBAH BUMI
ADALAH AES
YANG MENYEMBAH BUMI
57 kamera AES akan dipasang di Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM 6 Dis.- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 57 Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang walaupun ia mendapat bantahan daripada kerajaan negeri.
Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaccob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 39 kamera akan dipasang di jalan persekutuan dan lebuh raya manakala 18 lagi akan dipasang di kawasan lampu isyarat.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan pelaksanaan AES di Pulau Pinang, pihak JPJ akan menggunakan alternatif lain bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut perancangan.
Kita tidak mahu berperang dengan mana-mana pihak kerana pelaksanaan sistem perangkap had laju ini dibuat untuk manfaat rakyat dan bukannya untuk kepentingan individu tertentu.
Kita juga dimaklumkan Ketua Pengarah JPJ sendiri bersedia untuk bertemu dengan wakil kerajaan negeri untuk memberikan gambaran jelas mengenai AES supaya tiada lagi pertikaian akan timbul," katanya kepada pemberita selepas memberikan talimat AES kepada pegawai Jabatan Kerajaan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media di Seberang Jaya di sini hari ini.
--------
Itu baru betul. Jumpa dulu ketua kerajaan negeri minta kebenaran. Kalau dapar kebenatan barulah pasang, barulah bukan dikira pembinaan haram jadah! Tapi kalau ketua kerajaan negeri tak vagi, belah ajelah!!
BalasPadamHai datuk ketua JPJ...
1. betulkah harga mesen AES tu lebih RM200 ribu sebijik? Apa masa interview TV tigasuku hari tu tak sebut sikit pun pasal rega??
2. betul ke JPJ tak dapat sesen pun keuntungan drp saman AES? Masa interview TV tigasuku hari tu pun tak ada mention!!
3. pengerusi yang interview datuk hari tu ada 3 saman AES. Dia dah bayar ke datuk?? Masa datuk kata tak ada diskaun saman tu, pengerusi ada terkata "kita akan cari jalan lain". Apa maksud dia tur datuk???
4. Datuk kata, bila ada AES maka ada la pemberitahuan/ papan notis pemberitahuan antara 2 hingga 3 km. Ada ke datuk, papan penberitahuan dipasang tapi kamera tak ada datuk?? Itu kira menipu jugak tu!
5. Betul ker, kalau tak ada orang buat kesalahan dan saman tak masyuk, syarikat itu rugi makan "itu syarikat itu punya pasal". Kalau rugi betul ker kerajaan. rakyat tak payah bayar datuk??
Tindakn gntung lesen je klu kslhn jlnraya ni..xpyh saman2..bila tngkp xde lesen bru la saman duit..xde la suka2 nk kluarkn saman..sbb duit la kroni bg idea nk cri untung,polis duk lepak duit masyukkk..
BalasPadamPsl saman xpe. Kita bayor. Ni nk ckp psl komisen Aes. Knpe perlu ada org tengah.. Sape dia ni npok mcm kenal je.. Untung keluarga Kuat O.K.U... Kih.kih.kih.. Kita duk kampung terlopong mulut dengoor... Baham Bodo Blke...
BalasPadamMenurut info dari anak salah seorang Pengarah yg memasang AES ini..sebanyak 6juta ringgit di laburkan utk menyogok orng2 tertentu agar projek ini di terima.Utk mendapat balik jumlah pelaburan /sogokan..mahu tak mahu kerajaan terpaksa melaksanakan sbb klau tak melaksanakan..nama2 orng yg menerima habuan awal akan di dedahkan.-detective conan
BalasPadamjangan tengok atau tunjuk lanun korang je puak umno oiii....kamu tak tengok lanun pakatan macam mana.....jangan..nanti menyesal.....baik surender jelah senang..tak payah kita gaduh...lawan je TOWKEY koranghabis cerita. turrrrr....
BalasPadam