Lajim lempar 'bom' melalui Akuan Bersumpah
Harakahdaily, | 11 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.
Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.
"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.
Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.
Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.
"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.
Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.
AKUAN BERSUMPAH
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat
Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat
1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan,
Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat
perakuan berikut:
1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah
memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;
2. Saya telah
memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004
dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah
sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3. Saya
meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan
pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib
rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;
4. Sepanjang
penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi
UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan
yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan
UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5. Saya juga
menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala
keputusan UMNO di
peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;
6. Pada 9 Oktober
2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan
Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua
Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah
RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;
7. Menteri
berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan
dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia,
yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan
melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;
8. Menurut
kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa
Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu
merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua
Menteri;
9. Saya dengan ini
mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai
kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan
negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:
i. Sebarang
perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan
Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40
juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
ii. Sebarang pengisytiharan yang
dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah
bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti
yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi
atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan
Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO
Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang
dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah
bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;
10. Oleh yang
demikian, saya menyimpulkan bahawakenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen
adalah tidak benar,menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar
iaitudakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yanghanya
menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabahtidak mendapat
pulangan setimpal;
11. Buat sekian lama,
pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli
politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai
Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering
dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;
12. Wang haram dari
kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang
mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan
Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya
disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang
akhirnya
dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan
Sabah;
13. Saya bersedia
untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara
yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan
anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14. Saya yakin
pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan
UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa
yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dengan sebenarnya dan
diakui oleh yang tersebut namanya
di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah
……………………………….
pada 10 haribulan Disember, 2012
LAJIM BIN UKIN
---------
Bani Melayu mesti sedar bahawa UMNO/BN memegang aqidah kronisme kapitalisme atau kapitalisme kronisme sejak mereka mentadbir negara dan ini membawa makna hanya geng-geng mereka/kaum kerabat menjarah kekayaan negara. Buktinya seperti Akuan Bersumpah Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang mendakwa BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.
BalasPadamContoh terbaik lagi ialah anak Madey yang jadi bilioner dan boleh semak yang semua Ketua Bahagian UMNO/BN adalah mereka yang tergolong paling sengketnya jutawan sementara majoriti rakyat hanya mengigit jari melihat Menara Berkembar Petronas, Formula One, tak ada harta tapi boleh bergelut kesempitan hidup aje. Ayuh matikan amalan /pegangan kapitalisme kronisme ini dan Bani Melayu sulit nak terima konsep yang majoriti mereka susah dan biarkan segelintir Bani Melayu yang enjoy dengan menjadi kaya raya.
satu bom belum cukup...report polis tak jalan,buat akuan sumpah,akuan sumpah tak jalan,buat summong ...kalau summons tak jalan...kita santau je hakim hakim tu....hehehehe...syabas datuk....mana bom bumburung,mana bom yang lain lain....kasi bom cukup cukup sama tu penjajah tu...bom sampai terbaraiiiii...
BalasPadamhahaha..tapi ledakan C4 Bik Mama lagi padu dari yang ini..hahaha
BalasPadam- Kalau ikut teori dan hukum akal, bom ini memang amat berbahaya.
BalasPadam- Tapi, kalau ikut praktikal dan ilmu hukum hakam di Bolehland ini, bom tersebut tidak akan memberi apa2 kesan kepada SPRM, para hakim yang adil lagi bijaksana, menteri2, menteri besar2 dan segala pakar putar belit.
-Mengikut hukum hakam di negara Bolehland ini, pihak terbabit adalah MAHA KEBAL malah dikhuatiri bom tersebut boleh menambahkayakan lagi pihak putar belit tersebut.