KOMENTAR TUKAR TIUB
cuaca semakin hangat
minggu lalu mahasiswa duduk bantah di dataran
sapa pun tak berani kacau
pada 27 haribulan akan datang mogok lapar pulak
kita lihat apa yang akan terjadi
pada 28 haribulan kaum keluarga felda
buat duduk bantah
sampai mat isa turun terima memo
semua ini adalah perancangan
untuk hangatkan 12 januari
BERANI DATANGLAH DATARAN
18 sertai mogok lapar 100 jam di Dataran
Lapan belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8 malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.
Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru.
Pesertanya - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara - hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut.
Antara lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak.
Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran Merdeka.
Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan masyarakat sivil.
-----------
SELAMAT TAHUN BARU,SELAMAT ADA PERDANA MENTERI BARU,SELAMAT ADA KERAJAAN BARU,SELAMAT ADA SISTEM YANG BARU DAN SELAMAT ADA MENTALITI YANG UPGRADE DAN BARU...KALAU MAHU INI TERJADI..MARI KITA JADIKAN TAHUN BARU 2013 INI TAHUN UNTUK LAP PELUH..KERANA LEPAS NI KITA AKAN BERUSAHA KERAS UNTUK MEREALISASI KAN APA YANG SAYA SEBUT DIATAS....KERINGKAT DAN DARAH SEBAGAI TARUHAN KALI NI...MARI KITA TURUN...KATAKAN PADA BN..TURUNLAH KAMU SEBELUM KAMU DITURUNKAN....ITU SPANDUK AKU..KORANG BUAT TEMA LAIN..NAK SAMA TEMA DENGAN AKU..BOLEH...UPAHNYA CIUM....HEHEHEHEHEHEHE......
BalasPadam